Bab 5

66 12 0
                                    


F I R S T E N C O U N T E R
SYED KHAIRUL ZAFWAN X AMANDA BATRISYA

"AHH,Leganya sudah melabur!" Teriak Amanda penuh ceria di hadapan pintu masuk tandas wanita.

Kakinya melangkah dengan hati yang girang sambil menyanyi lagi OP Jujutsu kaisen kegemarannya.

"Yami wo haratte,
yami wo haratte
Yoru no tobari ga
oritara aizu da..."

Sesekali dia memutarkan badannya membuat gerakan rutin tarian ballet yang tersemat kemas dalam kotak memori.

Namun yang lebih mengejutkan mata-mata yang memandang adalah dia  melakukan gerakan sukar itu di atas tembok korridor setinggi 8 kaki!

Tidak dia hiraukan pandangan pelik bercampur terkejut yang dilemparkan oleh rata-rata pelajar yang lalu lalang. Biarlah, dia sudah lali dengan semua itu.

Telatah gadis berambut messy bun itu menarik perhatian mereka. Sekali pandang mereka sudah kenal siapakah gerangannya.

Masakan ada yang berani menonjolkan perangai pelik kalau bukan satu-satunya Amanda Batrisya yang amat dikenali di serata AES?

Semuanya bermula sejak tahun lepas ketika dia  menyandang gelaran Ratu Ballet peringkat antarabangsa yang sekaligus  menaikkan nama sekolah berprestij mereka.

Masing-masing hanya mampu menggelengkan kepala termasuklah guru-guru yang mengajar. Tidak mereka ketahui apa yang bermain difikirkan gadis itu.

"Lalala~ eh silap step lah. Kena mula dari awal ni"gumam Amanda sendirian. Dahinya berkerut-kerut cuba untuk membetulkan posisi kakinya.

Tatkala dia cuba menukar posisi kakinya,   Amanda gagal mengimbangi tubuh badannya.

Lalu tubuhnya terhayun ke bawah. Dia memejam mata serapat yang mungkin,menanti tubuhnya jatuh ditarik graviti Bumi.

'kalau jatuh ni, possibility kaki patah adalah sangat berisiko tinggi. Ah,tidak!next month ada Pertandingan!' jerit Amanda dalam hati. Dia kini sudah sedar bahawa dia sendiri yang mebawa bala.

Dua saat,tiga saat...

Mata Amanda masih lagi terpejam rapat. Impak badan mengenai lantai masih lagi tidak dirasakan. Apakah dia sudah selamat sampai ke syurga?

"Hey,sampai bila kau nak baring atas aku ni?" Tegur suatu suara yang agak dalam milik seorang pelajar lelaki.

"Huh?" Perlahan-lahan Amanda membuka matanya.

Benda pertama yang menjamah pandangan matanya adalah seraut wajah jejaka tampan tanpa expresi.Matanya diturunkan lagi memandang headphones yang terletak elok di leher jejaka tersebut.

Dari segi pemakaian, agak selekeh. Dengan t-shirt uniformnya yang tidak di butang habis,menampakkan halkum maskulinnya. Tali leher berwarna berwarna biru tua yang tidak di ikat kemas  menunjukkan bahawa dia merupakan seniornya.

Sempat lagi mata helang milik Amanda menganalisis penampilan jejaka itu sebelum bertanya,

"Awak pewira saya ke?" Soal Amanda dengan nada yang keliru.

Jejaka itu tersebut mengerutkan dahinya. Dah kenapa minah ni?

Nak kata kepala terhantuk dekat lantai tak jugak sebab dia sudah pastikan yang kepala gadis itu dalam keadaan selamat ketika dia merangkul kemas tubuh genit itu dalam dakapannya.

Alexander Elite School: Girl Meets BoyWhere stories live. Discover now