Bab 12

46 6 1
                                    


S E C O N D E N C O U N T E R
HAYDEN LEE X PUTRI RANIA

BUAT kesekian kalinya Putri melepaskan keluhan berat.

Adakah tindakan mereka untuk berpecah itu adalah tindakan yang bijak? Bukankah sepatutnya mereka bersama walau kemana jua?

Ah,salahnya juga kerana mengikut kata hati sangat. Sudahnya dia membawa diri melangkah memasuki Kedai Buku Popular dengan hati yang gundah-gulana. Begini agaknya perasaan mak-mak bila tengok anak dia tiada depan mata.

Tiba-tiba ekor mata milik Putri menangkap sesuatu yang menarik perhatiannya. Oh!

Kakinga laju mendekati rak buku yang dilimpahi cahaya terang benerang yang menempatkan buku-buku ditulis oleh Collen Hoover, penulis kegemarannya.

Matanya bersinar terang.Buku itu! Buku yang dia cari sejak berminggu-minggu lamanya kini berada dihadapan mata. Tinggal senaskah sahaja.

Oh,katakanlah... adakah ini mimpi?

Di saat tangannya mahu menyentuh buku tersebut,jari-jemarinya terlebih dahulu tersentuh belakang telapak tangan seseorang. Kedua-dua mereka tersentak tatkala tangan bertautan ketika target masing-masing adalah buku yang sama.

"Eh?"

"Ah"

Terlepas ketawa kecil dari atas.

Atas?

Kepala Putri mendongak memandang si pemilik telapak tangan yang dia tanpa sengaja tersentuh. Membulat terus matanya saat dia bertembung dengan sepasang mata indah milik seorang jejaka yang dia kenali.

"Awak buat apa dekat sini?"

Terus tawa meletus keluar dari seulas bibir merah merekah itu diapit dengan sepasang lesung pipit di kedua belah pipinya.

Wajah Putri segera bertukar warna. Adakah pertanyaannya serupa melontarkan lawak jenaka?

"Seperti awak, saya juga mahu mencari buku. Alih-alih terjumpa awak pula. Is it what people called as fate?" seloroh Hayden.

Matanya melirik tajam penuh bahagia saat memandang telapak tangan mereka berdua yang masih tidak berganjak walau seinci dari tempat asalnya.

Sengaja Hayden pura-pura tidak perasan akan kedudukan mereka yang berdiri amat dekat dengan sedikit jarak di antara mereka. Diam-diam dia berharap bahawa masa dapat dihentikan buat seketika.

Ia dia akui,memang dia seorang yang tamak. Dia tamakkan perhatian dari si gadis pujaan hati.

"Oh, umm t-tak sangka awak pun minat karya Collen Hoover jugak...saya ingat taste awak more kepada Historical or non-fiction " demi mengelakkan dari sebarang kejanggalan di antara mereka berdua, Putri membuka topik.

"Pardon me?" Hayden sedikit tersentak.Asyik sekali dia meneliti sepuasnya wajah yang sentiasa menjadi igauan siang dan malam .Dia kurang memberikan tumpuan kepada bicara gadis manis yang berdiri disebelahnya kerana seluruh fokusnya tertumpu pada wajah gadis itu.

Putri mengetap bibirnya untuk menghilangkan rasa gemuruh. Mana tak gemuruhnya bila ditenung sebegitu rupa oleh sang jejaka.

"Nothing...urm,so can you let me have the book please?"

"Sure. Tapi dengan satu syarat"

"Ah?" Terkebil-kebil mata hazel bundar itu memandang wajah Hayden.

Lah,kenapa pulak ada syarat bagai ni?

"Saya boleh mengalah,tapi biar saya yang bayarkan" laju sekali dia mengambil buku tersebut lalu dibawa pergi menujun ke kaunter bayaran.

Alexander Elite School: Girl Meets BoyWhere stories live. Discover now