Bab 8

56 8 6
                                    

"HEEH, the eldest? More like the youngest. Tak pernah nak matang pun Kak Sha tu " bisik Ezekiel dekat sekali di telinga Putri .

Terjerit kecil Putri di buatnya.

Telinga yang dibisikkan tadi tu di tutup menggunakan telapak tangan.

"Ezekiel!"

Ezekiel menjungkitkan bahunya lalu menyambung,

"Dengan kitaorang je asyiklah nak cari gaduh. Tak paham betullah. Nak kata on period...Takleh gak sebab sebulan sekali je kan korang datang?"

Kening di jungkit sedikit.

Dia pura-pura tidak melihat wajah putih bersih milik Putri bertukar merah padam.

Dia memang sengaja berbisik supaya gadis itu tidak lupa akan kewujudannya mereka berdua yang di tinggalkan di belakang.

"Why did you left us alone,Rania??" Soal Elyas dengan nada yang sedih.

Tubuhnya yang tinggi lampai itu menyendeng sedikit ke arah Putri.

Entah sejak bila twins itu menyamai langkah Putri  pun, dia tidak pasti.

Rasanya dah jauh kot dia kekalkan jarak?

"Oh? Kita dah sampai"

Pantas sekali Putri memusingkan kepalanya memandang pintu masuk rumah agam yang tersegam gah.

Dari jauh tadi tak nampak sangat, tapi lepas dah berjalan kaki dari arah pintu pagar utama barulah dia nampak dengan jelas seni bina bangunan rumah agam gah itu.

"Eh? parents kau buat construction ke? Macam dah lain  sikit rupa bentuknya...haritu masa aku datang bulan lepas tak macam ni kan?" Soal Putri.

Matanya bersinar terang memandang perubahan ketara yang berlaku.

"As expected from our promising architecture in the future. Tajam sekali mata Putri  menilai eh?" Suara garau itu tergelak kecil.

Wajah Putri tersenyum ceria.Dia amat kenali suara itu!

Pantas sekali dia mendekati tubuh lelaki yang masih segak bergaya walau usianya sudah mencecah pertengahan umur.

Putri kemudian menundukkan badannya penuh hormat ala-ala gaya jepun.

"Assalamualaikum,uncle. Uncle sihat?"

Tidak sempat lagi Tuan Khairulddin mahu membalas salaman Putri, isterinya terlebih dahulu melaung dari dalam. Meneggelamkan suaranya.

"OMG, Putri ke tu?Come in dear! Eiiii, rindulah aunty dengan Putri. Lah ni kenapa badan macam makin susut je?" Jerit Puan Sarah kegirangan.

Lantas wanita berusia 40-an itu menerkam tubuh Putri lalu dibawa tubuh genit itu ke dalam dakapannya.

Putri tersenyum malu.

Dia harus mengakui bahawa perangai twins saling tak tumpah seperti Puan Sarah.

At least part making contact physically.

"Mana ada susut aunty. Saya sihat je"

Puan Sarah melekapkan kedua-dua telapak tangannya ke muka Putri.

"Dearie pakai product apa ni? Makin mulus je kulit Putri.Ah, kalaulah Ellia belajar sikit dari kamu cara-cara menjaga kecantikan diri...Aunty ni ada anak perempuan sorang pun macam takde anak perempuan. Asyiklah dengan sports dia tu" bebelan Puan Sarah hanya di sambut dengan gelengan kecil oleh Putri.

Alexander Elite School: Girl Meets BoyWhere stories live. Discover now