Bab 47

809 102 20
                                    

SEPANJANG dalam kelas, hatinya tidak tenteram. Fikirannya sudah jauh menerawang membelah awan. Meninggalkan jasad yang lemah mendagu di atas meja. Hari ini, mereka belajar di dalam kelas. Lebih selesa berbanding dewan kuliah yang dipenuhi dengan beratus pelajar. Masih belum ada yang tahu dia sedang berbadan dua, hampir memasuki dua bulan kandungannya sekarang ini. Layanan yang Farhan berikan sedikit sebanyak membuatkan dia lebih yakin untuk terus mempercayai lelaki itu.

Namun, ada sisi lain dalam dirinya yang ligat memangkah dari terlalu mempercayai dan terus menerus termakan dengan setiap kata dan tingkah lelaki itu.

"Kenapa muka kau pucat?"

Ayra tersentak, kemudian pantas berpaling ke arah Widya di meja sebelahnya. Senyum tipis dihadiahkan buat gadis itu. Gelengan diberi tanda dia tidak apa-apa.

"Jangan nak tipu" Widya pantas mendekatinya. Ayra hamburkan tawa kecil. Lengan Widya ditarik bersamanya, mengajak gadis itu turun ke cafe. Kelas telah pun tamat jam 5.30 petang tadi. Agenda pertama mereka selepas  kelas adalah menuju ke kafe untuk mengisi perut dan kemudian ke perpustakaan untuk meminjam beberapa bahan rujukan.

"Widya"

"Hmm"

"Apa cita-cita kau?" jeda. Tangan Widya yang ligat menggeledah beg tadi terhenti.

"Aku...teringin nak jadi psychologist. Kalau tak, takkan aku ambil bidang ni, kau ni pun" Bingo!

"Psychologist bidang apa?"

"kanak-kanak?"

"And why?" Widya putar biji mata.

"Because I love kids. isn't obvious?"

Ayra terdiam selepas  itu. Dari gentar dalam suara itu, dia tahu Widya sembunyikan sesuatu. Mata itu tidak bisa menipu. Malah dengan memanipulasikan jawapan pun adalah gagal untuk menutup kenyataan bahawa gadis ini menyimpan sesuatu.

She lie's

...

Buku-buku di atas rak diperhati satu per satu. Mencari tajuk yang diingininya. Tumpuannya bukanlah pada pencarian buku sahaja, malah sesekali mata mengerling kumpulan pelajar perempuan yang sejak tadi tidak lepas dari menjelingnya. Pakaiannya diperhati dari atas ke bawah, tak ada apa-apa yang bermasalah pun. Atau dia ada pakai kasut sebelah lain sebelah lain?

"You... Ayra Hijanna ke?" Terhinjut bahu tatkala satu suara menjengah telinganya. Kepala dipalingkan ke tepi, seorang gadis berambut pendek bersama knitwear hitam dan seluar slack memandangnya atas bawah. Bersama keraguan yang masih bertumpuk dalam diri, dia mengangguk.

"Ada orang cari you, dia tunggu dekat luar library. Look rich, your sugar daddy?" Gadis itu ketawa sinis. Ada nampak muka dia macam murah sangat ke? Serentak itu, sebelah keningnya terangkat. Tidak mengerti.

"Go see him" gadis itu memutarkan biji matanya dengan riak menyampah. Ayra kaku dengan riak itu, kemudian berlalu juga bertemu dengan 'seseorang' yang dikatakan tadi.

Sempat berpesan pada Widya untuk menjaga bukunya sebentar sementara dikeluar. Gadis itu sekada mengangguk dan masih sibuk membelek buku ditangan.

Sebaik saja keluar dari pintu perpustakaan, matanya meliar ke segenap kawasan hadapan itu. Tiada sesiapa kecuali beberapa orang pelajar yang sudah berangkat pulang.

Ting!

Telefonnya berdeting. Lantas tangan menyeluk masuk ke dalam beg. Paparan notifikasi dari seseorang menerpa pandangan.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now