Bab 48

778 97 31
                                    

"FARHAN!"

Ayra berlari anak menyaingi langkah Farhan yang menonong naik ke tingkat atas tanpa mempedulikan dia yang membawa beg berat dan buku-buku tebal ditangan. Pinggang sudah terasa longgar dan hampir hendak tercabut!

Farhan berhenti melangkah. Matanya dijamu dengan kelibat Ayra yang termengah-mengah meletakkan buku di atas meja makan berhampiran mereka. Kali ini, tiada rasa serba salah dalam dirinya. Hati kosong, tak tahu hendak rasa apa. Sepanjang pemanduan tadi pun, dia hanya diam. Begitu juga dengan Ayra. Lancar perang dingin.

"Awak nak marah-marah kenapa?"

"Saya nampak marah ke?"

Orang buta aje yang tak nampak awak marah sekarang ni!

"Bagilah saya explain dulu"

Farhan palingkan semula ke hadapan, kaki mendaki anak tangga tanpa mempedulikan namanya yang diseru berkali-kali. Sesampai sahaja dibilik, stokin dibuka dan tuala dicapai. Kemudian, terus masuk ke bilik air.

Ayra termanggu sendiri diluar. Kaki mengacah hendak menyepak pintu tandas dihadapannya. Rengusan terlepas dibibir. Tudung dibuka, pin-pin dicampak bersahaja ke atas meja solek. Punggung dihenyak kasar, di atas katil. Gebar ditarik menutup seluruh badan hingga kepala.

Ingat drama melayu ke main 'tak nak dengar penjelasan' ? Pigidah!

Tidak lama kemudian, telinga menangkap bunyi pintu tandas terbuka. Farhan sudah selesai mandi mungkin. Ayra masih diam dalam balutan gebar, sementara menunggu azan maghrib yang bakal masuk beberapa minit saja lagi.

"Bangun"

Gebarnya ditarik kasar. Sah,
lelaki ni period!

"Tak nak" gebar ditarik semula namun ditahan oleh lelaki itu. Mereka bergelut sesama sendiri, menarik-narik gebar putih itu. Farhan jeling Ayra dengan jelingan tajam. Pegangan pada gebar terlepas setelah lama bergelut. Pinggang terasa lenguh semula, badan dibaringkan kembali.

"Ada rasa nak muntah tak? Sakit kepala?"

"Sakit hati" jawabnya seraya menahan lengan Farhan yang mula mengurut pinggangnya. Pandangan mereka bersabung.

"Tariq, kawan lama saya. Kitorang baru aje jumpa..."

"He touch you"

"Almost. Dia tak sengaja mungkin?"

"Heh, isn't obvious? He likes you"

"Apa kena mengena? Awak rasa tercabar? Cemburu?"

Farhan bangun dari duduknya. Tangan Ayra ditepis dari lengannya. Perasannya bercampur aduk, setelah apa yang dibincangkan mengenai kes Ayra siang tadi dan drama tujuh petang bersama 'kawan lama' isterinya tadi, dia ragu-ragu. Meragui Ayra? Mungkin.

"Suami mana aje tak tercabar? Memang kena jumpa sorok-sorok ke? You hiding something from me, right? I knew it. I was just a man who came into your life and mess up everything. Because, you know what? I saw everything Ayra Hijanna. You were investigate me. Awak tak percaya saya. Nokhtah" Ayra rasa tertampar. Tergamam saat matanya menangkap baur-baur amarah dalam mata kelabu itu. Bibir terketar-ketar hendak memberi jawapan.

Dia percayakan Farhan.
Tapi...

"Laughing like a happy family under a tree. Talking to my child and what you called 'almost' touch your bump. What a beautiful scene. I was willing to capture it. Buat frame letak bawah bantal awak. Malam-malam, boleh hadap" terlopong luas bibirnya saat ditembak dengan jawapan pedas itu.

"Sometimes, I ask myself. Where did I go wrong? Kenapa saya sentiasa rasa yang saya menyemakkan hidup awak? Pasal anak ni, maybe somehow you we're right. It's not even my child, kan?"

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now