BAB 2

4.7K 640 105
                                    

"FELLA, tolong buatkan homework aku!" Arah si adik tiriku yang empat tahun lebih muda daripadaku. Buku teks sejarah, selamba dia campak di hadapan wajah aku. Biadab betul budak ini. Namun, buku sejarah miliknya tetapku ambil dan belek.

"Kenapa suruh saya buat?" soalku. Dahi berkerut seribu.

"Buat ajelah. Hesy, kau ini banyak tanyalah. Aku lempang kau karang!" Dia merengus sebelum keluar dari bilik aku. Aku letak buku dia atas meja. Buat seketika aku menyandar lemah pada kerusi. Jam dikerling. Baru pukul tiga petang.

Nak lipat kain lagi, nak sapu lantai rumah dan nak buatkan kerja sekolah di adik tiri yang maha bodoh itu lagi. Masya Allah, kebodohan budak ini memang tak boleh disangkal lagi. Aku mengeluh berat. Kepala menggeleng laju.

Dalam kepala aku, memang aku dah berimaginasi aku tumbuk muka si Sara, adik tiri aku berkali-kali. Tapi nak buat macam mana, kan? Aku hanyalah Cinderella dalam rumah ini. Eh, Cinderella? Dahiku berkerut.

Wajah Zac Efron terbayang. Bibir ini mula tersenyum sebelum senyum cepat-cepat aku matikan. Pipi sendiri aku tepuk berkali-kali. Kau dah kenapa, Fella?!

"Qurratun Nafella!" Nama aku dilaung dari tingkat bawah rumah dan aku dapat rasakan bila-bila masa sahaja, rumah ini akan runtuh kerana laungan itu!

Automatik, badan yang menyandar tadi terus menjadi tegak! Aku bangun dari kerusi. Suara mama mengejutkan aku. Laju aje aku keluar dari bilik dan berlari ke tingkat bawah. Panik. Bukan apa, jika ibu tiri aku yang panggil aku... memang aku akan jadi panik!

"Fella!" Lagi sekali, dia memanggil aku!

"Ya, saya!" Aku menjawab dengan lembut. Tetapi dalam kepala aku, aku dah tambah muka mama tiri aku masuk ke dalam gelanggang gusti yang ada Sara tadi. Memang aku tumbuk muka mereka berdua satu persatu.

Malangnya, itu hanyalah imaginasi! Hai lah!

"Hoi perempuan! Kau turun pun lembab ke?! Kau buat apa dekat tangga itu? Berangan nak kahwin dengan anak raja?!" Perli mama dengan kasar.

"Ya, mama! Fella nak kahwin dengan Zac Efron!" Aku menjawab selamba tetapi suara aku cukup perlahan.

"Apa kau kata?! Aku lempang kau guna kuali karang!" Mama menengking lebih kuat.

Aku telan air liur. Mulutku yang berani menjawab tadi, terus aku tampar. "Tak ada apa-apa, mama! Fella nak turunlah ini!"

Dan aku dah selamat berdiri depan mama yang bercekak pinggang. Mama pandang aku tajam. Sara di sofa pandang aku dengan senyum sinis. Aku mengeluh berat. Memang sah aku akan kena 'belasah' selepas ini. Wajah yang sendu, aku tunduk ke bawah.

"Kau ini kan!" Tangan mama merentap kuat rambutku sehingga kepala aku diheret senget ke tepi. Sebelah tangannya yang satu lagi, mencengkam daguku kasar. "Makin besar, makin pemalas ya! Makin kuat melawan! Kau ingat aku tak dengar apa kau cakap dekat tangga tadi?! Kau nak aku bunuh kau ke, Fella?!"

"Fella minta maaf, mama." Aku cuba lepaskan rambut aku dari tarikan mama tapi mama menarik lebih kuat. Tanganku sendiri, berkali-kali menolak tangan mama. Mataku mula membundar, merenungnya sambil merayu. "Fella minta maaf mama. Tolong jangan tarik rambut Fella... sakit."

"Kenapa pemalas sangat ni, hah?! Aku suruh kau pergi mop lantai bilik Luq, kau tak mop pun kan! Pemalas! Ei, kenapalah aku kena jaga kau sejak dari kecil lagi? Kenapa kau tak mampus aje masa kecil-kecil dulu, Fella?! Meluatlah aku tengok muka kau ini!" Mama tunjal kepalaku berkali-kali. Wajah putih melepak miliknya bertukar merah menyala. "Dah lah muka kau ini macam muka mak kandung kau! Bawa sial betul anak beranak ini!"

Aku tersentap! Tetapi tidak melawan, aku hanya menunduk lemah ke bawah.

"Ma, Fella buat homework Sara." Aku menjawab perlahan. Takut jika aku dimarahi lagi oleh ibu tiriku tetapi hanya itu sahaja jawapan yang aku ada. Mataku menjeling tajam kea rah Sara. "Sara yang suruh Fella buatkan kerja sekolah dia, ma!"

Hikayat Allerednic- Sudah Terbit (FajarPakeer)Where stories live. Discover now