BAB 18

4.4K 623 389
                                    

selamat pagi

.

.

.



Empat tahun lalu....



AKU tergamam apabila kaki ini melangkah keluar daripada klinik. Jantung ini berdegup kencang bagaikan bila-bila masa sahaja, ia akan terkeluar. Sakit kepala. Aku rasa bagaikan mahu pitam. Emosi aku mula terganggu lagi. Tubuh aku menggigil dan air mata aku mengalir deras ke pipi.

"Fella." Luq menyentuh bahu aku. "Please, look at me."

Aku geleng kepala. Tangannya aku tolak kasar. Sepasang mata yang merah naik merenung wajahnya yang juga kusut sebaik sahaja kami berdua keluar daripada klinik. Pelipis sendiri aku picit. 

"Abang Luq, she's going to kill me."

"I'll explain to her." Luq menjawab ringkas. Lengan aku terus diheret ke arah keretanya yang dipakirkan di hadapan klinik. Pintu, Luq buka dan tubuhku ditolak masuk. "Masuk. Dekat luar ini panas. It's not good for you, Fella."

"It's better that way." Aku mendengus kasar. Air mata yang membasahi pipi, aku seka. "Kalau benda dalam perut ini mati, lagi bagus!"

"Fella!" Luq menengking aku sembari kedua-dua belah tangannya mencengkam bahu aku kuat. Wajahku terdongak, merenung wajah Luq yang mula bertukar merah. "Kau jangan merepek! Itu bukan anak haram, Fella! Aku pun tak paksa kau, kan? Kita dah bernikah pun! Apa masalah kau nak bunuh anak itu? Gila dah ke kau ini?! Itu bukan 'benda', Fella! Itu anak kita! Apa masalah kau ini?"

"Apa masalah saya?! Masalah saya ialah saya yang kena tanggung benda ini semua, Abang Luq! Mama akan bunuh saya kalau tahu saya mengandung anak awak, Abang Luq! Awak tak akan kena apa-apa! Awak akan balik Jerman, kan?! Awak akan tinggalkan saya dan saya akan tanggung ini semua!" Aku menengkingnya semula. 

Esakan aku semakin menggila. Mataku mula menunduk, merenung perut yang masih tidak menunjukkan sebarang tanda.  Tubuh aku menggigil ketakutan. Tiba-tiba teringat pada malam kami bersama. Aku sendiri tidak tahu bagaimana aku boleh terbuai sama, mengikut rentak lelaki ini. Walaupun itu semua terjadi tanpa rasa cinta.

Macam mana boleh jadi begini, Ya Tuhan?

Luq terdiam. Bahu aku dilepaskan. Akhirnya, dia terus masuk ke dalam kereta. Kami sama-sama terdiam. Luq menyandar pada kerusinya dan dahi sendiri diurut perlahan. Matanya terpejam. Aku hanya memerhatikannya dari sisi.

"You're going to leave me." Aku tersenyum hambar. Air mata mengering ke pipi. Tangan sendiri mengusap rahimku. "Like you always did."

Luq tidak menjawab. Tetapi tangannya terus bersimpul dengan tanganku yang dipegang erat. "Aku minta maaf. Mungkin kau betul, ini semua salah aku. Mungkin aku tak patut mulakan.... aku tak patut sentuh kau. Aku...."

"Salah saya juga." Aku memotong kata-katanya. Aku mengeluh berat. "Saya muda lagi, Abang Luq. I'm eighteen. I don't know anything about pregnancy and I don't know anything about marriage. Why can't I have a normal life? Saya.... saya nak sambung belajar. Saya nak kejar cita-cita saya. Saya nak ada kawan dan merasai kehidupan belajar. Tapi...."

Lensa mataku jadi hangat. Pucuk hidungku sakit.

Dada aku, menyimpan rasa perit yang berdempuk hebat.

"Kenapa takdir saya macam ini?" Sambungku lagi. Kerongkong aku memberat. "Macam mana.... macam mana saya nak jawab dekat mama nanti?"

"Aku.... aku akan tolong kau."

"No, you won't." Aku ketawa sinis. Tanganku yang berada dalam genggamannya, aku tarik. Wajahnya aku jeling tajam. "I don't trust you."

Hikayat Allerednic- Sudah Terbit (FajarPakeer)Where stories live. Discover now