BAB 14

3.5K 623 415
                                    


kenapa engkau tak tido lagi



.


.


.


DRAMA. Aku mengeluh berat. Majlis sudah habis. Ramai orang sudah mahu pulang ke rumah masing-masing tetapi ramai juga yang menegur aku. Macam-macam soalan yang mereka tanya dan aku terpaksa menjawab dengan sabar. Sampaikan, aku duduk di meja makan dekat bawah khemah pun, ada seorang mak cik datang menegur aku dan buat interview secara tidak rasmi.

"Nama anak ini siapa?" soal mak cik itu.

"Nama saya Fella." Aku menjawab sopan. 

Sambil itu, aku menyuap Jaja makan dengan tanganku sendiri. Budak kecil itu duduk atas riba aku sambil menonton Omar dan Hana. Berkerut-kerut dahinya. Hanya mulutnya sahaja yang ternganga apabila aku suapkan nasi.

Haih, senangnya hati betul budak ini. Dah macam anak aku sendiri pula.

"Comelnya anak yang dekat atas riba ini? Adik ke anak ini?" soal si mak cik itulagi. Tangannya mencuit-cuit pipi Jaja. Jaja dengan sopannya, hanya senyum comel untuk mak cik tadi. 

"Ini..." Aku tak tahu mahu jawab apa. Tubuh Jaja aku peluk daripada belakang. Bibir aku terkunci. Dari jauh, aku nampak Luq dan seorang lagi sepupu lelakinya berjalan ke arah ini. Mata aku dan Luq bertemu sebelum aku menoleh ke arah lain.  Pada Mak Cik itu tadi, aku menjawab perlahan lemah, "Ini anak saudara saya."

Aku suap Jaja makan lagi.

"Jadi anak ini tak kahwin lagilah?" soal mak cik itu lagi.

Bibir aku terkunci lagi. Hujung mataku menangkap Luq yang sedang mendengar kawannya berbual di meja sebelah meja aku dan mak cik ini. Dia berdiri sambil menyelukkan sebelah tangan ke dalam poket seluar jeans. Wajahnya tegang tetapi wajah kawan-kawannya yang lain ceria dan semuanya sedang bergelak ketawa.

Aneh.

Pada soalan mak cik ini tadi, aku angguk. "Belum lagi, mak cik. Saya muda lagi. Macam mana nak kahwin? Belajar pun tak tinggi. Ada ke orang nak?"

Mak cik itu tersenyum mendengar jawapan aku. "Tak apa, dik. Biar kita lambat kahwin asalkan kita kahwin dengan orang yang tepat. Jangan kita kahwin awal tapi kahwin dengan orang yang selalu sakitkan hati kita, langsung tak boleh bantu kita buat kerja rumah dan langsung tak reti nak jaga hati dan perasaan kita."

Aku tersentap. Setiap butiran kata mak cik di hadapanku ini membuatkan aku terus merenung Luq yang sedang berbual dengan kawannya.

"Macam mana kalau kita kahwin tetapi bukan atas pilihan kita, mak cik? Macam mana kalau kita dipaksa?" soalku dan kali ini, suara aku semakin perlahan. 

Jaja yang duduk di atas ribaku, tetapi aku suap dengan nasi dalam pinggan. 

"Sebenarnya, dik.... ibu bapa tak boleh paksa anak gadis mereka kahwin jika tidak mendapat persetujuan daripada anak gadis mereka. Walaupun wali ada hak tetapi hak tersebut perlulah digunakan dengan betul-betul. Kalau tak suka dengan suami kerana dipaksa berkahwin, boleh mohon di mahkamah syariah untuk khuluk dan pulangkan semula mas kahwin yang telah diberikan suami." Jelas mak cik itu dengan nada yang lembut. 

"Maaf mak cik," aku tersenyum malu. "Saya mungkin pernah belajar waktu SPM khuluk itu apa.... tapi saya dah lupa. Khuluk itu apa ya, mak cik?"

"Khuluk ini macam tebus talak, Fella. Khuluk  ialah talak yang berlaku dengan keinginan isteri dan kesungguhannya untuk bercerai. Khuluk disyariatkan bagi memenuhi kehendak isteri maksudnya isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh suaminya dengan cara mengembalikan mas kahwin yang telah dipersetujui kedua-dua belah pihak. Khuluk adalah salah satu bentuk talak kerana ia adalah perceraian yang berlaku dengan adanya tebusan itu tadi." Panjang lebar mak cik itu menerangkan kepada aku. 

Hikayat Allerednic- Sudah Terbit (FajarPakeer)Where stories live. Discover now