BAB 4

4.2K 608 170
                                    


"HEY Aschenputtel."

Pipi aku terasa disentuh. Mata aku terbuka luas dan....

"Arghh!" Jeritan aku bergema.

Pap! Mulut aku ditekup kuat. "Diamlah!" wajahnya serius. 

"Kau ni kan, untung-untung aje aku jadi fairygod father kau, memekak pulak." Abang Luq jeling aku tajam. Dia merengus kasar dan mulut aku yang ditekup, dia lepaskan. "Cubalah kau diam. Macam mana kalau tiba-tiba mama dengar? Tak ke nanti kau juga yang kena belasah? Takkan aku nak selamatkan kau lagi?

Aku terdiam. Bibir aku dikertap kuat. Mata aku jatuh pada badan aku yang dah selubung dengan selimut. Laju aje aku buka selimut dan cek sama ada kain batik tadi ada ke tidak. Luq ni bukan boleh percaya! Lagilah bila aku macam ni....

"I didn't do anything to you, kid." Beritahunya apabila melihat muka panik aku.

Huh. Nafas dihela. Aku mengesot menjauh ke tepi. Bau lavender dia mencucuk hidung. Selimut aku selubung rapat satu badan. "Terima kasih."

Dia angguk. Mata dia tajam pandang aku macam nak makan. "Mama buat apa dekat kau?"

Aku diam.

"Aschenputtel."

"Stop calling me, Aschenputtel!" Aku pandang dia tajam. "Just.. don't!" 

Mata aku tertutup rapat sejenak. Aschenputtel adalah bahasa german yang bermaksud; Little ashes. Semasa mula-mula mereka datang ke rumah aku, ibu aku meninggal dunia dan papa aku kahwin baru. Aku masih empat tahun dan aku sangat suka bila papa nak panaskan rumah kami pada waktu malam, dia akan bakar fireplace dan aku akan baring di tepi. Ke esokkan harinya, aku akan diselubungi debu hitam. 

Sara dan Luqman panggil aku little ashes dengan panggilan hinaan, tapi papa dengan panggilan manja. Aku tak suka siapa-siapa yang lain panggil aku dengan panggilan itu. Satu keluhan nafas, aku lepaskan.

"Terima kasih," aku menunduk. "Saya rasa, saya patut balik bilik dulu." 

Aku bangun dengan selimut-selimut sekali tapi dia tarik selimut aku dari belakang. Langkah aku tersekat.

"Tidur je sini," ujarnya dan dia mengesot ke tepi. "Kau tidur sebelah sini. Bukan haram pun." 

Hujung ayat dia, perlahan. 

"Aku tak buat apa-apa. Kalau aku buat apa-apa nanti, kau termengandung pula, lagi susahlah aku" dia letak bantal peluk ditengah. "Ini bukan drama melayu, reality. Aku tak cintakan kau and so do you. Dah tidur." 

Dia mengarah. Aku masih tercegat dan pandang dia. Lama.

Dia mengeluh. 

"Look Fella, aku dah ada girlfriend, lagi cantik dari kau. Kalaupun aku nak buat benda tu, baik aku buat dengan dia." Dia senyum nakal.

Dahi aku berkerut. Apa bendalah dia beritahu benda ini dekat aku. Gila ke apa? Malas nak layan, aku kalihkan wajah aku ke arah lain. Tak mahu memandang mukanya yang menyakitkan hati itu. "Tapi apa salahnya kalau saya nak tidur bilik saya?"

"Nanti mama nampak, kau nak jawab apa?" soalnya pula. 

"Dan nanti kalau mama nampak saya tidur bilik awak, saya nak jawab apa?" Melawan pula kau ini. Berani.

Dia mengeluh. Kepalanya sendiri, dia gosok banyak kali. Pening agaknya dengan aku ini.

"Aschenputtel.... kalau kau nak aku bagi tahu mama kau tidur bilik aku, silalah keluar dari bilik ni. Aku tak bertanggungjawab apa-apa kalau dia belasah kau ke apa. Kalau aku bela kau, lagilah kau kena teruk lagi, faham?" Dia merenung aku dengan pandangan mencabar. "Atau kau nak tidur bilik ni dan kau selamat?"

Hikayat Allerednic- Sudah Terbit (FajarPakeer)Where stories live. Discover now