END - TAMAT

5.8K 638 681
                                    

KISAH SEORANG CINDERELLA.

.

.

.

.


.

MATA aku tertutup rapat. Berpura-pura tidur, aku tahan nafas apabila pintu bilik dibuka. Terdengar bunyi seorang anak kecil sedang bersembang dengan seorang lelaki yang sangat aku kenal. Bantal yang ada di sisi, aku peluk erat. Tapak kaki yang menapak mendekat, kedengaran lebih kuat di telinga ini.

"Kenapa Papa Butterfly ada dekat sini?" soal Jaja.

Dahiku hampir berkerut. Jaja dah 'bangun'?

"Papa Butterfly memang selalu ada malam-malam. Jaja tak perasan ke? Kalau Jaja tidur berjalan, sama ada kakak penjaga dekat sini yang bawa Jaja balik ke katil atau Papa yang bawak. Hari ini, jauh betul Jaja berjalan ya." Beritahu Luq. Entah apa entah dia buat pada si kecil sehingga Jaja ketawa suka. Luq sambung lagi, "Jaja tidur dulu. Jangan tinggalkan mommy Butterfly."

"Okie!" Ceria saja suara Jaja. "Terima kasih bawa Jaja balik bilik!"

"Terima kasih tunjukkan jalan."

"Kenapa nak terima kasih tunjukkan jalan?"

"Sebab nanti.... Papa Butterfly boleh jumpa Mommy Butterfly." Jawab Luq. Aku dapat rasakan kehadirannya di sisi katilku. Jantung aku mula berdegup kencang. Jari jemari Luq naik mengusap rambutku. "Jaja jaga Mommy Butterfly elok-elok okay?"

"Papa Butterfly tak nak tidur sini?" Aku terdengar Jaja menepuk-nepuk ruang di sebelahnya. "Come, papa. Lessa sleep together."

Ah, sudah. Budak ini.....

"Boleh ke?" soal Luq. Aku dapat rasakan ruang kosong di belakang aku sudah memberat. "Jaja tidur tengah, papa tidur belakang Jaja."

"Nanti Papa susah peluk mommy. Jaja tidur depan mommy lah."

"Nanti Papa tak dapat peluk Jaja pula."

"Tak apa. Mommy needs Papa. Come, papa! Come!"

"Syhh, Jaja! Slow down your voice. Mommy terjaga nanti." 

Pipi aku jadi merah serta merta. Jaja, aku dapat rasakan dia baring di hadapan aku dan memeluk pinggang aku erat. Kemudian, kehangatan daripada belakangku mula menyelimuti tubuh ini. Aku tergamam dan tubuhku kaku.

"Good night, Papa Butterfly." Ucap Jaja.

"Good night, Little Butterfly." Balas Luq.

Sepi.

Jaja sudah tidur. Dengkuran halusnya kedengaran. Tetapi untuk Luq, aku tahu dia masih terjaga. Hidungnya digeselkan pada leher aku. Bulu roma aku merinding tegak. Tiba-tiba, bisikan garau menerjah telingaku. "I know you're not sleeping, Fella."

Mata aku terbuka luas.

Luq ketawa kecil.

"Kau ingat, kalau aku ceraikan kau.... aku akan lepaskan dengan mudah, Fella?" Setiap patah perkataan yang keluar daripada bibirnya, membuatkan jantung aku berdebar. Ibu jari Luq mengusap pinggang aku. "No, I'm going to haunt you down."

"You're going to marry another. Why need to bother about me?" Bisik aku semula.

"Because you're the only one that my heart desires." Balasnya.

Morpho menelaus mengepak. Aku menjerit dalam hati, supaya mereka diam.

"Saya tak tahu apa permainan awak, Abang Luq." Aku mendengus kasar. Mata sendiri aku tutup. Tubuh Jaja yang ada dalam pelukan ini, aku bawa lebih rapat lagi ke dada. "Kalau awak ceraikan saya, saya pun boleh cari lelaki lain."

Luq menyumpah.

"Fella." Suaranya bergetar. Pinggang aku dicengkam kuat. "Apa yang kau cakap ini?"

"You're going to marry another, Abang Luq. But you're saying that I'm the one that you heart desires. I can do the same, get married to Abang Shah, for example." Aku senyum sinis. Entah dari mana, aku ada kekuatan untuk berani melawannya. "You're complicated, Luqman. I can do the same too."

Tidak lama kemudian, aku dapat rasakan tubuh aku ditebalikannya dengan kasar!

Kini, dia menindih aku di atas dan kedua-dua tangan aku, dikunci kiri dan kanan. Renungan mata kami bertemu, hangat dan penuh amukan! Wajah Luqman, bengis. Jaja di sebelah aku tadi, bergerak sedikit tetapi dia masih tidur lena. 

Kini, hanya ada aku dan Luqman.

"Kau cakap apa, Fella?" tekan Luq.

"Ceraikan saya." Suaraku bergetar. Tiba-tiba teringat peristiwa yang dia pegang lengan Kak Leyna petang tadi. "Dan saya boleh kahwin dengan lelaki lain juga. Just like what you did. I can find my own happiness. But wait, do I need to find my own happiness by marriage, though? No. I don't think so.  But If he's someone like Abang Shah or Adam, I think.... why not?"

"Fella." Luq mendengus kasar.

"Oh, and Adam." Aku sambung. Senyuman sinisku melebar. "Kalau saya kahwin dengan dia selepas bercerai.... kita boleh jumpa, Abang Luq. We'll be a happy family, right? And, I can destroy Kak Leyna too. Because she's such a trash in my eyes. Educated but she doesn't have manner."

"Sejak bila kau pandai melawan?"

"Kenapa? Tak suka perempuan yang pandai melawan? Suka Cinderella yang senang dibuli lagi?" Aku ketawa kecil. Sebelah tangan yang dia cengkam ke katil, aku tarik kasar! Lantas, tangan yang sama memegang rahang Luq. Ibu jariku mengusap pipinya. "I'm tired of being Cinderella, Luqman. Now, let's see the cold side of me, shall we?"

Luq merenung aku tajam.

Aku melawan renungan dia tanpa berkelip.

Lantas, aku dapat rasakan Luq tarik tangan aku yang mencengkam rahangnya tadi. Jari jemari aku dibawa ke bibirnya. "Jadi, apa yang kau nak buat dekat aku?"

"Saya nak musnahkan perkahwinan awak." Jawabku.

Mata Luq terkelip sesaat. Bibir terkunci.

"I'm sick of being Cinderella." Sambung aku lagi. Tangan aku pada wajahnya, aku tarik menjauh. "And I'm sick of your drama, Luqman. Let me go. Let me be free again."

Luq redupkan renungannya untukku.

Buat seketika, satu keluhan berat dia lepaskan dan tubuhnya menjauh daripada menindih aku dan dia keluar daripada bilik ini, meninggalkan aku dan Jaja dalam kegelapan yang dia cipta sendiri.

.

.

.

.

.


Bersambung as ebook ( go to @elvrosethrone or @evanotesbooks in Instagram untuk maklumat lanjut)

Hikayat Allerednic- Sudah Terbit (FajarPakeer)Where stories live. Discover now