LUQMAN

6.3K 617 479
                                    



Hadiah untuk kamu.

.



.

.



Tiga tahun kemudian....

BARU semalam dia pulang ke Malaysia setelah tiga tahun dia menetap di Jerman, hari ini dia berjumpa dengan kawannya, Akif. Si peguam yang bantu dia serba sedikit untuk menyelesaikan kes penceraian dia dengan Fella tiga tahun lepas. Akif ialah kawan baiknya yang pernah duduk satu rumah dengan dia ketika mereka berdua belajar di Jerman. Walaupun masing-masing belajar di universiti yang lain, jarak kedua-dua buah universiti sangat dengan dan itu sebab, mereka duduk satu rumah.

Dan itu sebabnya, Akif tahu semua benda tentang Luqman yang orang tak tahu.

Antara rahsia yang Akif tahu ialah, Luqman sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

"Kau ini, nampak lain gila, bro." Akif menepuk bahu kawannya apabila mereka bersemuka di Starbuck. Bola mata Akif ditarik dari atas hingga bawah, merenung tubuh rakannya yang semakin sasa dan maskulin. "Kau ini, semenjak jadi duda.... Semacam, eh?"

Luq tersenyum senget. Duduk di kerusi, tangannya mula menyambar Caramel Macchiato yang sudah siap sedia ada di atas meja. "Kau ingat aku suka minum apa?"

"Kita duduk satu rumah sama-sama kot, bro." Akif ketawa kecil. Kepala menggeleng. "Kau macam mana? Hidup dekat Jerman itu, okey tak?"

"Alhamdulillah, baik-baik saja. Kerja pun, okey. Uncle aku bantu aku. Rumah pun dia yang sediakan walaupun aku dah cakap tak mahu. Dia kata tak payah bayar kediaman, aku bayar juga. Nasib baiklah bahasa Jerman aku tak berkarat lagi masa aku balik Jerman tiga tahun lepas." Luq sengih sendiri. Teringat pada keluarganya si Jerman.

Ayah kandung Luq, sebenarnya seorang lelaki Jerman yang menetap di Malaysia sebelum berkahwin dengan ibu kandungnya, seorang wanita melayu, anak usahawan yang agak terkenal juga semasa itu. Disebabkan ayah kandung Luqman jatuh cinta mati dengan ibunya, dia sanggup tinggalkan keluarga asalnya di Jerman semata-mata untuk sentiasa bersama dengan ibu kandung Luqman. Malangnya, apabila Sara lahir, Luqman kehilangan ibu kandung sebenar dia.

Kemudian, muncullah mama.

Ayah Luqman berkahwin dengan mama kerana wajah mama hampir sama dengan ibu kandungnya. Luqman tak nafikan, mama memang cantik dan mama jaga dia dan Sara seperti ibu kandungnya sendiri. Tetapi.... Semakin Luqman dewasa, dia dapat rasakan kasih sayang mama sangat keterlaluan.

Lebih-lebih lagi apabila selepas ayahnya meninggal, mama terus berkahwin dengan Uncle Harris dan bermula dari situ, Luqman berjumpa dengan seorang Qurratun Nafella. Seorang Cinderella yang kuat menangis dan....

Caramel Macchiato yang menuruni kerongkong, membuatkan Luqman tersenyum pahit.

Nafella seorang yang manis seperti Caramel.

Luqman masih ingat lagi, dulu semasa sekolah menengah... dia bersekolah jauh. MRSM Langkawi. Dia jarang pulang ke rumah kecuali semasa hari raya sahaja. Habis SPM, dia banyak duduk di rumah.

Ketika itu umur dia lapan belas tahun dan Nafella ialah dua belas tahun.

Tetapi itu kali pertama, dia tak boleh melepaskan pandangan matanya pada wajah gadis itu. Wajah yang sangat manis dan ayu. Bibir Nafella sentiasa tersenyum untuknya suatu ketika dahulu. Rambut hitam gadis itu yang panjang, sentiasa menjadi target tangannya untuk ditarik. Tetapi sebenarnya, dia teringin sangat mahu mengucup rambut gadis itu. Luqman yang berumur lapan belas tahun itu tahu, dia gila.

Hikayat Allerednic- Sudah Terbit (FajarPakeer)Where stories live. Discover now