BAB 9

4K 612 287
                                    



AKU tarik nafas. Tak cukup oksigen dibuatnya! Bunyi bising lagilah membuatkan aku rasa nak pengsan! Bau busuk ikan, ayam, udang. Tak suka la pergi pasar. Kasut di kakiku sendiri, aku jeling banyak kali. Takut pula tercicir. Takkan mahu menunggu Prince Charming kutipkan selipar busuk ini lagi?

"Cik? Oh, Cik! Berangan ke itu?"

Aku terkejut apabila ditegur Pak Cik si penjual ikan di hadapanku. Berkelip-kelip mata aku merenungnya. Dia menggeleng perlahan dan mengeluh. Tangan Pak Cik itu menghulurkan plastik merah. "Nah, Cik. Ikannya sudah siap disiang sekali ya. Lain kali jangan berangan lagi. Budak comel macam cik ini mudah diculik!"

"Terima kasih Pak Cik!" Aku menjawab dan sengih diberi. Plastik merahku sambut.

"Sama-sama!" Balas Pak Cik itu. 

Aku berlalu. Langkah aku lajukan menuju ke arah kereta. Pak Samad dah menunggu. Bila aku sampai, Pak Samad hanya tersenyum manis. Plastik ikan di tangan aku dah bertukar tangan. "Saya nak pergi tempat bunga sekejap. Bawa ini masuk ke kereta ya, Pak Samad...."

"Buat apa?" soal Pak Samad. Kening bertaut. "Jangan lama-lama. Nanti mengamuk lagi mak tiri kamu itu."

"Beli kaktus aje. Hehe." 

Pak Samad hanya senyum kecil sebelum mengangguk. Aku hayunkan langkah ke arah pasar bunga tadi. Aku senyum kecil kepada beberapa orang jiran yang menegur. Biasalah, kalau dah duduk dekat tanah tinggi ni, senang dapat sayur dan buah-buahan yang fresh dan masing-masing akan keluar dari rumah setiap hujung minggu sebab nak beli barang-barang fresh di sini.

Mata aku tertancap pada kaktus kecil yang diletakkan di atas meja. Comelnya! Laju aje tangan aku nak menyambar pasunya sebelum ada tangan lain yang menyambar sama. Tangan kami bersentuhan.

Aku angkat wajah. Rahang aku hampir jatuh. Abang Shah?

Laju aje aku tarik tangan aku tadi. Dia pun sama. 

"Maaf! Saya tak sengaja." Aku menggumam perlahan. Kepala menunduk ke bawah. Tangan yang bersentuhan tadi, aku usap lembut. Aduh! Kenapa jumpa kembar si Zac Efron dekat sini?

"Im sorry too, miss Cinderella." Ujarnya dengan lembut. Apabila aku intai wajah dia, lelaki itu tersenyum merenung aku dari sisi. Tangannya mencapai kaktus  di atas meja tadi. "Suka kaktus ya, Cik Cinderella?"

"Iya, suka." Cukup perlahan dua patah perkataan itu diucapku. Mata memesong ke arah lain selain wajahnya. Entah mengapa, mata hazel yang tidak berkelip merenung aku itu membuatkan pipiku panas. 

"Saya pun suka juga." Beritahunya.

"Hmm, macamlah saya kisah." 

Dia ketawa kecil mendengar jawapan sinisku. Kemudian, dia bersuara lagi, "Awak ini, lembut tapi sinis. Saya keliru, Cik Cinderella. Comel tapi garang. Macam kaktus yang saya pegang ini. Kecil tapi berduri."

Aku mengeluh berat.  Kali ini tubuhku terus menghadap dia sepenuhnya. Aku bercekak pinggang. "Apa lagi yang awak nak, wahai Prince Charming pasar pagi?"

"Saya mahu awak, boleh ke?"

Eh? Aku pandang dia dengan mata membulat. "Boleh blah!"

Abang Shah ketawa lagi. Kali ini lebih kuat sehingga dia menekan perutnya sendiri. Aku pula yang naik pelik. Mamat ini memang mudah ketawa ke apa? Aku marah, dia ketawa! Aku langsung tak buat lawak.

"I'm sorry Fella. You're really something else." Abang Shah berhenti ketawa. Dia meraup wajahnya sendiri yang merah. Sepasang mata hazel mencengkam renungan anak mataku. "But I have to ask you something.... are you okay, Fella?"

Hikayat Allerednic- Sudah Terbit (FajarPakeer)Where stories live. Discover now