Extra. Luq POV

4K 287 33
                                    

Spoiler dalam buku.
.

.

.

Pintu bilik Fella di hadapan, aku jeling tajam.

Kaki melangkah ke bawah dan menuju ke dapur. Telingaku menangkap bunyi orang sedang menyusun pinggan sambil menyanyi kecil. Sampai saja di muka pintu dapur, mataku tertancap pada tubuh genit yang membelakangi aku. Gadis itu sedang mengangkat wajahnya, merenung sesuatu dalam almari.

Kakinya berjingkit, tangan dipanjangkan ke dalam almari... dia cuba mencapai sesuatu tetapi gagal. Keluhan berat dilepaskannya tetapi dia masih mencuba.

Pendek. Aku mengejek dalam hati.

Dia masih tidak sedar lagi apabila aku berada di belakangnya sebelum tubuh ini, sengaja aku himpitkan pada tubuhnya. Tangan aku merangkul pinggangnya dari belakang dan tubuh Fella, aku angkat dengan mudah.

“Eh?!” Fella kaget. Terus saja dia berpusing ke belakang dan automatik, kedua-dua tangannya jatuh pada bahuku. Sepasang matanya membulat apabila pandangan mata kami bertemu. Dia menunduk, merenung aku yang sedang mendukungnya macam bayi.

Cantiknya dia ini...

“Buruknya kau ini.” Ucapku.

“Abang... Luq?” Seculas bibir itu bersuara dengan getaran nadanya. Jari jemarinya yang ada pada bahuku, terasa hangat. Kelopak mata Fella, berkelip laju. “Hmm, ke... kenapa Abang Luq angkat saya?!”

“Kau nak ambil apa?” soalku. Wajah serius.

“Saya nak ambil buah epal dalam almari! Kenapa Abang Luq dukung saya?!” Pipi Fella bertukar merah. Mataku terus merenung epal yang bersusun dalam almari di belakangnya dan sepasang mata kembali melekat pada pipi merah Fella.

Epal. Fella. Merah.

“Aku nak epal.” Tiga patah perkataan itu terbit dari bibirku. Spontan.

“Abang Luq mahu epal?” Dahi Fella berkerut.

“Ya.” Aku nak epal dekat pipi kau itu. Merah. Mataku tidak berkelip merenung pipi gadis itu yang semakin merah. “Aku tolong kau ambil epal. Kau ambilkan untuk aku. Aku nak makan epal.”

“Oh... Baiklah.” Fella tersenyum janggal. Matanya dialihkan ke arah lain selain wajah aku. “Tapi... tak perlu dukung saya. Saya boleh ambil sendiri.”

“Tapi aku tengok kau dah lima minit menjingkit, tak dapat-dapat juga.”

“Tak apa, saya boleh guna kerusi.”
Degil. Aku merangkul pinggangnya lebih erat. “Tapi tadi kau tak nak guna kerusi. Baru sekarang nak guna kerusi?”

Fella menggigit bibir bawahnya. Kelu agaknya? Aku terdengar dia menghembuskan nafas resah.

Matanya jatuh pada kedua-dua belah tangannya atas bahu aku sebelum naik pada wajah aku dan... mata aku. Sepasang mata coklat gelap itu tertancap pada mata hitamku. Pipinya bertukar lebih merah. Jari jemari Fella pada kedua-dua belah bahu aku, menjadi cengkaman kuat.

“Okey... saya pinjam tangan Abang Luq.”

“Pinjam... tangan?” Aku menahan senyum nakal aku dari melebar. Pinjam tangan aku untuk dukung dia, untuk ambil epal?

“Hmm...” Fella menunduk. Kemudian, dia terus berpaling semula ke arah rak kabinet sembari sebelah tangan merangkul belakang leher aku. Dia terus mengambil epal yang tersorok di dalam rak kabinet.

“Epal ini, Pak Samad yang letak sini. Saya suruh dia letak dalam peti ais, dia letak dekat sini. Tengok? Kan dah kena panjat macam ini susah-susah?”

Saat ini, aku mahu berterima kasih pada Pak Samad. Nanti aku tambah gaj dia untuk bulan ini.

Aku hanya mendengar Fella membebel sambil keluarkan epal. Kemudian, dia suruh aku turunkan tubuhnya ke lantai, aku ikut. Dia masih membelakangi aku dan jari jemarinya lincah menyusun epal dalam bakul sederhana besar. Aku masih tak berganjak ke belakang.

“Epal ini, saya nak buat kek epal esok... Nak bagi dekat keluarga Auntie Sofiah.” Beritahu Fella. Suaranya ceria.  Aku dapat melihat senyumannya yang melebar. “Nanti, Abang Shah pun boleh makan juga.”

Tiba-tiba, aku benci epal. Tiba-tiba rasa nak potong gaji Pak Samad sebab tolong belikan epal. Ini semua salah Pak Samad.

“Shah?” Aku menunduk, mendekati telinganya. Berbisik halus sehingga tubuh Fella jadi kaku. “Bagus sangat ke Shah itu?”

Kedua-dua tanganku mengunci tubuh Fella, kiri dan kanan dan aku dapat lihat yang tangannya yang lincah membuat kerja tadi, terus tidak bergerak. Sebiji epal yang berada di tangan kanannya, jatuh ke dalam bakul.

Kenapa, Fella? Takut?

.

.

.

Rawr

Hikayat Allerednic- Sudah Terbit (FajarPakeer)Where stories live. Discover now