chapter 6: mechamato is Boboiboy Dad?

2.3K 125 18
                                    

Boboiboy dan kawan2 dia sekarang berada dalam bilik mereka. Ying tidur di bilik sebelah Yaya. Mereka semua tidur berasingan sebab dalam ruang itu ada 5 bilik sekali bilik air dan ruang tamu untuk mereka berehat atau berbincang atau apa2.

Fang pula berada dengan Kapten Kaizo apabila dia dipanggil kaizo selepas letak barang di dalam biliknya. Ying dan Yaya sedang kemas barang mereka. Gopal pula... Sedang main game atas katil.

Boboiboy? Dia sekarang berada dalam bilik dia juga. Dia sedang duduk di meja yg dihadap depan tingkat melihat  pemandangan yang berada di luar.

Dia masih lagi termenung. Muka dia kelihatan sedih. Ochobot perasan dan pergi pada pemiliknya. "Boboiboy... Kau okay?",tanya Ochobot.

Boboiboy beralih memandangnya. Dia tunduk muka dia ke bawah. "Maafkan aku Ochobot. Aku cuma...runsing saja",ckp Boboiboy tidak pandang Ochobot.

Belum sempat Ochobot nak cakap tiba2 ada panggilan daripada Maksmana. "Diminta pasukan tapous untuk lapor diri ke bilik utama. Ulang semula, minta pasukan tapous untuk lapor diri di bilik utama dengan segera"-

Boboiboy bangun dan pandang Ochobot. Dia memberi senyuman pada Ochobot menunjukkan dia okay. Ochobot tahu yang senyuman itu bukan seperti biasa... Senyuman itu kelihatan sedih.

Di bilik utama...

Kelihatan Maksmana, Komander Kokoci, Laksmana Tarung dan Laksmana Amato sedang duduk di meja bulat membincangkan sesuatu dengan serius.

Boboiboy bersama kawan2 dia, Kapten Kaizo, Fang dan Ochobot telah sampai dan memberi tabik.

Ramenmen juga sampai di situ selepas mereka. "Kenapa kau di sini juga?",tanya Kaizo.

"Aku terima arahan daripada Komander Kokoci untuk datang ke sini ",ckp Ramenmen. Kelihatan Sai dan Shielda baru sampai juga bersama Nut.

"Aik? Korang pun ada?",cakap Gopal. "Hehe... Aku dah ada di sini dari semalam begitu juga yang lain",ckp Nut. Mereka angguk faham.

Masing2 hairan dengan situasi ini. Begitu ramai orang yang berada di sini. Mereka merasakan ada sesuatu tak kena.. Kapten Kaizo memandang mereka berempat yg duduk di meja itu.

"Nampak seperti... Keadaan ini lebih serius bukan?",ckp Kaizo dgn muka yg sangat serius. Boboiboy dan lain2 tak faham kecuali Ramenmen.

"Hmm... Seperti kita tahu.. Galaxy Cosmos muncul semula selepas 5 tahun dan... Salah seorang dari mereka telah datang ke bumi dan cuba menculik Boboiboy",ckp Kokoci dgn serius.

Masing2 hanya diam saja. Suasana dalam bilik utama itu mula tegang. "Kita masih belum tahu apa yang mereka akan lakukan tapi... Mungkin mereka akan cuba menyerang Laskar stesen dan cuba culik Boboiboy. Kemungkinan besar mereka ingin gunakan kuasa Boboiboy untuk kejahatan",ckp Laksmana Tarung pula.

Boboiboy genggam jam tangannya. Muka dia kelihatan resah. Amato perasan.

"Tapi,jangan risau. Korang semua selamat berada di sini. Kami akan melindungi kamu semua utama lagi kamu,Boboiboy",ckp Laksmana Amato memandang Boboiboy.

Boboiboy tidak memandangnya langsung. Mereka semua hairan dengan perangai Boboiboy hari ini kecuali Maksmana.

"Walaupun begitu,kamu semua mesti berjaga-jaga. Ketua mereka dan kakitangan dia sangat berbahaya dan licik contohnya seperti Kitara. Kami masih lagi menyiasat mengenainya. Contohnya,
kenapa mereka muncul semula selepas 5 tahun? Masih banyak misteri belum terungkai",ckp Maksmana pula.

Mereka semua diam. Tiba2 Yaya angkat tangan. "Ah... Apa sebenarnya berlaku 5 tahun yang lalu? Agak pelik kerana mereka menghilangkan diri selama 5 tahun dan muncul semula. Dan,terus serang Boboiboy. Mereka seperti dah rancang semua ini lama dah",ckp Yaya.

Boboiboy: Hero ElementalWhere stories live. Discover now