Chapter 22 : Flashback finale [ Promise ]

1.1K 77 41
                                    

Keesokan harinya...

Sankyu, Stacy dan Leo akan tinggalkan bumi hari ini. Mereka semua berada di luar kapal angkasa. Amato dan Arie juga akan kembali semula ke angkasa utk bekerja

Mereka semua ada kecuali Boboiboy. Masing2 hairan mana dia pergi dari tengah hari tadi. "Mana Boy pergi? Kita nak kena pergi ni...",ckp Sankyu.

Muka dia nampak sedih. Dia masih berasa berat nak tinggalkan bumi kerana dia dah anggap bumi ni tempat tinggal dia. Stacy dan Leo juga sama. Ren sedang mencari kelibat adiknya itu.

"Kita perlu pergi ni...",ckp Amato melihat jam di tangan. "Tunggu! Boboiboy masih belum ada di sini lagi",ckp Leo. Sankyu dan Stacy pandang Amato dan Arie dgn muka kasihan.

Mereka berdua saling memandang dan senyum kpd dua beradik itu. 'Mana Boy pergi ni? Atau... Ada sesuatu terjadi pada dia ka!?', Ren berasa sangat risau.

"Mak Ayah! Biar Ren pergi cari Boy! Tunggu sekejap", Ren mahu pergi tiba2 dia nampak satu kelibat budak lelaki kecil dgn bertopi dino oren kelam kabut berlari ke arah sini.

Sankyu dan Leo berasa gembira. Stacy tersenyum manakala Ren mengeluh panjang. Apabila Boboiboy sampai, Ren sudah memarahinya. Dia hanya tersengih.

Boboiboy pun terus pergi pada mereka bertiga. "Sorry lambat... Aku nak bagi korang sesuatu", ckp Boboiboy sambil senyum.

Mereka semua tertanya-tanya apa Boboiboy mahu bagi. Boboiboy pergi ke arah Sankyu dulu. Dia mengeluarkan topi seperti dia cuma ia berwarna kuning dan ada tulisan berjahit iaitu nama dia di situ dgn menggunakan benang biru.

Sankyu terkejut dan berasa sangat gembira. Dia mengambil topi cap itu dari Boboiboy. Lepas tu, dia beralih kpd Stacy.

Sankyu masih meneliti topi itu.

Boboiboy mengeluarkan rantai silver dan loket diamod seperti batu permata blue sapphire. Ia kelihatan biasa tapi sangat cantik. Mulut Stacy ternganga melihatnya.

'Macam pernah nampak sebelum ni..'soal Stacy dlm fikirannya.

Seterusnya, Boboiboy pergi ke arah Leo pulak dan mengeluarkan sesuatu dari begnya. "Sebenarnya semua barang2 ni saya pernah nampak semasa kita berempat keluar jalan2.

Tiba2 saya teringat tentangnya semalam. Korang bertiga nampak tertarik dgn barang2 itu. Saya nampaknya semasa itu. Tapi, korang tak beli pun. Saya kata nak beli utk korang sebagai hadiah hari lahir tapi...

Nampak sepertinya tak sempat sebab tu saya beli. Hehe, saya guna duit yg saya simpan dlm tabung tapi tak mengapa lah. Ini jam yg Leo nak. Saya nak korang tidak lupakan kami dan juga bumi",ckp Boboiboy kedengaran sedih di hujung ayat.

Ren tersenyum begitu juga Amato dan Arie. Sankyu terus peluk Boboiboy dan mengeluarkan air mata. Diikuti Leo dan Stacy. Boboiboy terkejut dan kebil mata seketika.

Dia pun mahu menangis juga. Mereka pun leraikan pelukan tersebut. Mereka bertiga pandang Boboiboy.

Boboiboy memberi senyuman terakhir kpd mereka tapi air mata masih mengalir. Dia cuba tahan dari menangis tapi tak berjaya.

"Boy... Terima kasih utk semuanya dan barang ini. Terima kasih Ren, Aunty Arie dan Pak cik Amato. Kerana jaga kami bertiga selama ni. Dan, Boy. Kami semua takkan sesekali lupakan korang, kami janji", ckp Stacy buat jari kelingking.

Boboiboy pun sama. Dia tersenyum. Mereka pun menaiki kapal angkasa itu. "Bye!", Sankyu, Leo dan Stacy sedang lambai dari pintu masuk kapal sudah mahu pergi.

"Kami akan balik semula ke sini Boy! Kami janji takkan lupakan kau dan abang Ren!", jerit Sankyu. Boboiboy dan Ren pun lambai juga. "Hehe... Jangan lupa hantar surat dan balik lah sini sekali sekala! Kita main bola sepak lagi!", jerit Boboiboy pulak.

Boboiboy: Hero ElementalWhere stories live. Discover now