Chapter 12: Epic Fight!

1.6K 91 33
                                    

Masih ada lagi 3 robot petai. Boboiboy Solar dgn Duri berjaya kalahkan dua.

Ejen2 Laskar cuba sedaya upaya tapi disebabkan Solar dengan Duri kembali semula kpd tuan asalnya dan laser Borara itu asyik tembak saja membuat mereka mengalami kesusahan.

"Graviti pemberat!",mereka melihat Yaya diikuti Ying dan Gopal. "Ying! Gopal! Sekarang!",jerit Yaya. Robot petai itu cuba melepaskan diri tapi tak berjaya.

"Molekul kaca",Gopal menukarkan robot petai itu menjadi kaca. Selalunya makanan bukan? "Tendangan laju",Ying tendang robot petai kaca itu dan ia musnah.

Tapi,masih ada lagi 2 robot petai. Dua robot petai itu mahu menembak mereka menggunakan laser pemusnah.

"Pelindung kuasa tinggi",laser itu tidak dapat ditembusi pelindung itu. Yaya,Ying dan Gopal hairan. Mereka mencari siapa yg menggunakan kuasa itu.

Mereka melihat seorang budak lelaki rambutnya berwarna kuning cerah mata biru hijau dan tingginya sama dengan Boboiboy.

"Yeah! Ia berkesan!",itu Sankyu.. Okay dia memang macam Boboiboy sikit. Tapi,pelindung itu tiba2 hilang. Sankyu kebil mata seketika.

"Aik? Kesan pelindung itu sekejap jer?",soal dirinya. Gopal,Ying dan Yaya hairan dengan budak itu. Robot2 petai itu nak tembak dia pulak.

"HATI-HATI!",jerit Ying dan Yaya. Sankyu beralih. "Sarang labah2 pengikat!",sarang labah2 itu menarik Sankyu terus ke arah Gopal,Ying dan Yaya.

Mereka bertiga nampak seorang lagi budak lelaki dengan rambut berwarna biru putih dan matanya berwarna putih. Dia memakai cermin mata seperti Fang.

Budak lelaki itu pergi ke arah Sankyu. "Kau ni... Boleh uji teknik kau tu lain kali?",ckp Leo. "Hmph! Aku cuma nak selamatkan kawan2 Boboiboy sahaja",marah Sankyu.

Leo hanya buat tak tahu saja. Dia seperti Solar. Robot2 petai itu mahu menyerang mereka berlima tapi tiba2 salah satu robot petai tumbang.

Kelihatan seorang perempuan dengan berambut blond sama dgn Sankyu sedang pegang senapang. Dia lompat pergi ke arah mereka berlima.

"Korang berdua ni boleh jangan bergaduh sewaktu kita berlawan? Dah berapa kali aku pesan?",ckp Stacy kedengaran marah. Dia seperti Gempa.

"Maaf...",ckp Sankyu dan Leo. Gopal,Ying dan Yaya makin hairan. Mereka kebil mata banyak kali. Stacy perasan mereka bertiga.

"Korang okay?",tanya Stacy. "Ye? Ah... Kami baik2 sahaja. Terima kasih",ckp Yaya. Stacy hanya tersenyum. Tiba2 ada satu lagi robot petai mahu menembak mereka.

Pelbagai peluru datang ke arah mereka. "Kuasa Slomo!",Ying memperlahankan pengerakan peluru2 itu. "Gopal! Tukar sekarang!",jerit Ying.

"Baik! Tukaran... Makanan!",semua peluru itu bertukar jadi makanan. Sankyu jadi terkejut dan terus teruja melihat gula2 di depan matanya.

"Graviti pemberat!",Yaya pun menghentikan pergerakan robot petai itu. "Sekarang! Serang!",jerit Yaya. Stacy faham maksudnya. Tapi dia dihentikan oleh Sankyu.

Stacy perasan Sankyu telah memakan gula2 yg ditukar Gopal tadi. 'Habislah...',ckp Leo perasan dlm hati.
"Kuasa imaginasi... Laser pemusnah!",jerit Sankyu terlebih gula dah tu.

Dia dah mula hilang kawalan. Stacy tepuk dahi tapi sekurang-kurangnya robot petai itu musnah. Ying,Yaya dan Gopal bersorak. Tiba2 Sankyu terduduk membuat mereka terkejut.

"Ke.. Kenapa ni?",tanya Gopal. "Hmm.. Dia cuma kehabisan tenaga sahaja. Dia menggunakan kuasa dia terlalu banyak. Apabila dia membayangkan sesuatu tapi benda itu kuat dan hebat ia akan memakan lebih banyak tenaga",jelas Leo.

Boboiboy: Hero ElementalWhere stories live. Discover now