Chapter 40: Aurora

1.1K 85 51
                                    

Nak sampai penghujung dah ka??? Author pun tak tak tau berapa chapter lagi.. Umm mungkin chapter 43 kot habis? Jngan risau... Akan ada sambungan dia nanti dlm Boboiboy hero elemental book 2😄😘

Jom author nak target vote dpt 1k kali ni! Silakan beri kerjasama😊 terima kasih sbb baca citer ni dan sentiasa sokong author😌 Jom kita mulakan chapter 40! Dan.. Gambar Ren tu aku yg lukis hehe😄

Keesokan harinya...

Stesen Laskar...
Bilik kawalan, 3:15 petang...

"Jadi... Ada jumpa apa2 tak?", tanya Kokoci pada geng kokotiam, Kaizo, Ren, Sankyu, Leo, Stacy, Sai, Shielda dan Ramenmen.

"Kami tak jumpa siapa2 di ketiga-tiga planet tapi yg pasti itu memang tempat persembunyian mereka. Apapun Kapten Ren... Aku rasa baik kau beritahu siapa 'mereka' yg beri maklumat ni?", tanya Ramenmen pada Ren dgn muka serius.

Ren pandang balik dgn muka yg dingin. Gopal dan Sankyu mula berasa seram. "Aku dah kata... Salah satu alien dri mereka pernah bekerja dgn Galaxy Cosmos tapi dia melarikan diri selepas dapat tahu tujuan sebenar mereka.

Dia ingin aku tangkap Galaxy Cosmos tu utk tuntut bela atas kematian kawan2 dia yg juga terlibat dgn Galaxy Cosmos tu. Mereka telah bunuh dua kawan dia sewaktu melarikan diri. Tapi, sudah tentu aku takkan beritahu pasal yg lain pulak sbb mereka tiada kaitan dgn ni", jelas Ren dgn nada yg dingin.

Yaya dan Ying saling memandang. Amato kelihatan termenung. Maksmana mengeluh.

"Hah... Baiklah, korang semua berehatlah dulu. Kita akan ada mesyuarat lepas ni utk susun strategi lawan bila Galaxy Cosmos datang menyerang dan cara mendapatkan Boboiboy balik. Semua bersurai!", arah Laksmana Tarung. Mereka semua beri tabik tapous.

"Ah sebelum tu. Pasukan Ren dgn Kapten Kaizo dan Ramenmen tolong tunggu sebentar", ckp Kokoci. Sankyu dan Leo saling memandang. Mereka semua pun keluar kecuali yg dipanggil.

"Kenapa Komander?", tanya Sankyu kehairanan. Kokoci pandang mereka 6 dgn muka yg serius "Aku nak korang hubungi ahli pasukan korang yg lain. Kita mungkin perlukan bantuan mereka. Ini sangat serius kali ni", jelas Kokoci.

Gasp. Mereka semua terkejut. "Perlukah kita minta bantuan mereka?", tanya Kaizo serius. "Ya! Lagipun, mereka masih lagi ahli kumpulan korang-", Kokoci tak habis cakap apabil Ren potong.

"Salah. Mereka bukan lagi ahli pasukan kami. Kaizo juga bukan ahli pasukan saya begitu juga Ramenmen. Kami semua dah berpecah sejak 2 tahun lalu.

Komander nak kami bekerjasama dgn mereka? Setakat dgn Si kepala dingin dan Kepala maggi tak pa lagi kecuali dgn mereka tu", ckp Ren kedengaran tak suka dgn cadangan Kokoci.

"APA!!?", marah Ramenmen dan Kaizo apabila Ren maksudkan mereka dua tadi. Ren hanya buat tak tahu. Kokoci buat muka kecewa dan Laksmana Tarung dgn Maksmana mengeluh.

"Ren... Kalau kamu nak selamatkan Boboiboy. Hubungi saja mereka. Mereka tu walaupun bukan ahli pasukan kamu dah tapi mereka masih kawan kamu bukan?", ckp Amato dgn nada yg lembut. Ren termenung seketika.

"Tapi, dah 2 tahun kami tak berjumpa atau berhubung dgn mereka, komander", ckp Stacy pulak. "Ah ha... Apa kami nak cakap dgn mereka nanti?", tanya Sankyu.

"Cakap saja ini arahan dri Maksmana kamu utk melindungi stesen Laskar, melindungi power sphera dan menyelamatkan Boboiboy", jelas Kokoci. Mereka semua termenung.

"Hah... Baiklah Komander. Nanti kami akan cakap dgn mereka", ckp Ren mengalah. Kokoci tersenyum. Mereka pun beri tabik tapops.

Di kafeteria...

Boboiboy: Hero ElementalWhere stories live. Discover now