Bab 55

846 72 15
                                    

BANG!

Bang!

Bang!

Kesemua lelaki bersut hitam itu tumbang. Zahrin terngadah tatkala melihat orang-orangnya jatuh ditembak. Pandangan naik menikam kelibat gadis berambut hitam panjang yang bersembunyi disebalik tangga. Butang kot hitam dibuka, pistol yang tersorok dipinggang dibawa keluar kemudian, berlari menerkam ke arah gadis itu.

Farhan terkaku ditempatnya. Lengan bapa mentuanya ditarik kebelakang. Mata meliar ke sekelilling. Tiada sesiapa. Tinggal mereka berdua dan jasad-jasad orang Zahrin yang lemah terkulai di lantai.

Ini kesempatannya.

"Uncle, saya check luar. Uncle check dalam, naik atas cari Tariq dan Theo. Saya menyusul kemudian. Pisau ni, uncle pegang. Butang merah yang ada dekat tepi ini, uncle tekan bila kecemasan. Bantuan akan masuk dan track uncle" bahu Haji Anuar ditepuk perlahan, sebelum berlalu meninggalkan lelaki itu.

•••

Pendengaran ditajamkan. Mata fokus memerhati sekelilling. Sunyi dan hening, tiada sesiapa melainkan bunyi angin dan burung.

Sreeet!

Telinga pantas menangkap bunyi itu. Tangan mencapai glock dipinggang lalu diacu ke hadapan. Kelibat seseorang berpelitup muka serba hitam menyapa pandangan. Kaki pantas mengejar langkah kelibat itu.

Namun, entah mana silapnya. Kaki tersadung dan dia jatuh. Lutut kuat menghentak tanah. Farhan mengaduh sakit. Mata melingas ke arah kakinya. Bulat matanya tatkala terpandangkan seekor anjing hitam yang elok lena di situ. Farhan menyumpah perlahan.

Pandangan di angkat kembali. Seperti yang dijangka, kelibat lelaki tadi hilang dari radar pandangannya. Nafas naik dan turun, penumbuk digenggam, kaki digagahkan untuk berdiri dan kembali semula ke dalam bersama Haji Anuar mencari rakan-rakannya.

Kreek!

Tubuh kembali pegun saat telinga menangkap bunyi patahan kayu itu. Suasana dia kembali. Keberanian datang menyapa, kaki di seret ke belakang lalu menyadung kaki figura misteri di belakangnya. Kaki jatuh melutut seraya tangan menerkam kolar baju manusia itu. Mata diluaskan, lantas dia terkaku apabila disapa dengan mata penuh ketakutan dan keresahan itu. Seluruh muka terlindung oleh sehelai fabrik kasar dan hanya menampakkan kedua mata. Pelitup waja itu ditarik kasar, senjata panjang yang berada dalam genggaman lelaki itu dirampas lalu dicampak ke tepi. Pandangan kembali  dihadapakan pada wajah itu. Farhan terkaku sendiri.

"Idris?!"

Farhan lantas bangun dari menindih tubuh itu. Cengkaman pada kolar laju dilepaskan. Dilihatnya Idris berusaha mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Usai, kad lesen perisik persendirian dibawah sebuah syrikat keselamatan berlsan dihadapkannya. Farhan capai kad itu kasar dan menelititnya dengan lebih mendalam.

"Kenapa kau tak bagitahu aku?"

"Aku tak boleh bocorkan identiti aku pada sesiapa or else, you'll be harm too"

"Kau polis. Kenapa minta tolong aku untuk selamatkan isteri kau? Kenapa tak maklumkan pada pihak atasan kau terus?" entah mengapa ada rasa geram bertumpuk di hati.

"Aku gagal misi sebelum ni Farhan, jawatan aku tinggal nyawa-nyawa ikan je. They refuse to help me! Ini misi terakhir aku sebelum berhenti. Aku dah tak nak libatkan diri dengan syarikat tu lagi. Isteri aku jadi sasaran sebab jawatan aku dan bos aku yang dasar pembelot pergi bocorkan identiti aku pada musuh kami" nafas lelaki itu turun dan naik.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now