B A B 7

3.1K 187 6
                                        

NASUHA ZAHRA menghela nafas panjang. Kini duduk berhadapan dengan Ku Qidran di meja makan. Tangan di atas paha, digenggam membentuk penumbuk. Bibir dikemam kuat. Rasa nak layang penampar di wajah tampan bakal suami kontraknya itu.

"Why do you look at me like that?" Ku Qidran jongket kening. Bukan tidak tahu sebab Nasuha pandang dia begitu. Saja mengusik. Pura-pura bodoh. Sempat meneguk air kosong di atas meja.

"Saya tak suka awak rapat dengan ibu."

Nasuha luahkan apa yang terpendam. Ku Qidran patut sedar apa yang lelaki itu sedang lakukan. Semua ini tidak termasuk dalam kontrak itu. Jadi kenapa Ku Qidran boleh melakukan sesuka hatinya?

Setidaknya Nasuha tidak mahu libatkan ibu dalam hal ini. Dia cuma takut jika ibu dapat tahu tentang kontrak itu. Pesan doktor yang merawat ibu, wanita itu tidak boleh terlalu tertekan dan terkejut. Khuatir akan menjejaskan lagi kesihatan ibu. Buat masa ini, jantung ibu masih lemah.

"Kenapa pula? Ibu kau, bakal mak mentua aku juga..." Ku Qidran senyum main-main.

"Pernikahan kita hanya sementara saja Ku Qidran! Jangan lupa fakta yang satu tu. Macam mana saya nak jelaskan dekat ibu bila kita berpisah nanti? Jangan libatkan ibu saya dalam hal ni. Kalau boleh saya memang tak mahu ibu tahu pun yang kita akan bernikah! Tapi awak pandai-pandai reka cerita. Oh, awak cakap kita dah kenal lama...apa lagi? Oh, awak dah lama pendam perasaan dekat saya. Pandai ya awak tipu ibu saya! Saya tak suka tahu tak!" bentak Nasuha tiba-tiba.

Turun naik dada, menahan gelora amarah di dada. Makin kuat Nasuha gigit bibir apabila melihat Ku Qidran sekadar senyum. Ketawa perlahan, tergeleng. Mungkin lelaki itu sedang mentertawakan dia sekarang ini. Nampak pathetic!

Dari posisi menyandar, kini Ku Qidran tegakkan tubuh. Hembus nafas panjang. Tangan ditongkat ke bawah dagu. Memerangkap Nasuha dalam pandangan. Dua ulas bibirnya masih tersenyum. Ada baki geli hati dengan reaksi Nasuha tadi. 

"Jadi, kau nak aku jawab apa? Aku kawan kau yang dah selamatkan kau dari jadi 'anak ayam' dekat KL sana? Atau kau nak aku mengaku yang kau terima untuk jadi isteri aku sebab perjanjian tu? Kau fikir ibu kau bodoh sangat ke nak percaya kalau aku cakap yang kita sekadar kawan. Sedangkan kau dekat KL sana tak beri khabar berita. Tiba-tiba balik sini dengan seorang lelaki yang dia langsung tak kenal." 

Dan Nasuha terdiam. Memang ada benarnya kata-kata Ku Qidran. Tapi jika sekali sudah menipu, perkara ini akan berlarutan. Nasuha tidak sanggup membayangkan betapa kecewanya ibu nanti. Tambahan lagi, setelah mengetahui keadaan ibu, buat Nasuha jadi bertambah takut. Ibu sudah benar-benar sayangkan Ku Qidran. 

"Tapi macam mana saya nak bagitahu ibu perkara sebenar nanti kalau..."

"That's not my problem," pintas Ku Qidran selamba. Mudah. Tiada ekspresi di wajah. 

Diam lagi. Malas mahu bertekak. Andai itu jawapan Ku Qidran, Nasuha terima saja. Tiada apa-apa dia mampu balas buat masa ini. Ya! Memang bukan masalah Ku Qidran pun. Masalah ibu tiada dalam kontrak perjanjian mereka. Buat apa lelaki itu mahu ambil kesah. Tiada kena mengena pun. 

Yang Ku Qidran perlu ambil tahu hanyalah berkenaan rawatan ibu. 

Nasuha jatuhkan bahu, mengeluh. Terima takdir hidupnya kini. Nasuha sedar kini kitaran roda hidupnya sudah berubah tiga ratus enam puluh darjah. Perlu terima kenyataan, kini Ku Qidran ialah lelaki asing yang telah 'selamatkannya' dari mulut buaya tetapi kini terjerat pula dalam kandang harimau. 

"Dah. Tak perlu fikirkan apa yang belum terjadi. Kenapa kau asyik cakap pasal bila kita akan berpisah nanti? Sedangkan, kahwin pun belum." 

Benar lagi kata Ku Qidran. Kenapa Nasuha perlu fikirkan kemungkinan yang belum terjadi? Bukankah setiap takdir yang tertulis ditentukan oleh Allah SWT? Andai Allah kata berpisah, maka mereka tetap akan berpisah. Begitu juga yang sebaliknya. Sepatutnya Nasuha perlu doa perkara yang baik-baik untuk dia dan ibu. Mungkin juga untuk Ku Qidran. 

Isteri Yang Dibeli [ E-BOOK | DIBUKUKAN-TERBITAN APRIL 2022 ] Donde viven las historias. Descúbrelo ahora