BAB 5

898 71 0
                                    

"Eh anna!" Panggil kak na selepas nampak kelibat aku masuk ke dalam cafe. Aku memandang kak na lantas melangkah ke arah dia.

"Kenapa kak na?" Tanya aku.

Aku meninjau-ninjau makanan yang berada di depan aku. Aku capai pinggan dan ceduk nasi putih paru sambal dan ikan goreng.

"Din, sirap satu eh!" Ucap aku lantas melangkah ke arah meja bulat yang tersedia di dalam cafe tersebut.

Tak lama tu kak na datang bersama dengan sirap ais. Kak na duduk disebelah aku.

"Anna, kamu free tak kejap lagi?" Tanya kak na.

Aku berkerut dahi.

"Kenapa? Tanya aku lantas menghala nasi ke dalam mulut. "Bismillah"

"Kak na nak minta tolong kamu repairkan plug kat tepi tu."

Aku memanjangkan leher memandang ke arah plug tersebut.

"Kenapa dengan plug tu?"

"Tak tahu lah. Semalam okay lagi. Hari ni tiba-tiba tak okay.

"Oo yelah. Kang aku tengokkan. Tapi kena tutup kat distribution box tu lah dulu. Kang tak pasal keras kejung aku."

"Haha! Yelah. Nanti tolong tau."

"Iye!." Ucap aku.

Kak na terus bangun dan menuju ke arah dapur. Aku teruskan makan sementara menunggu sham dan juga anuar. Mana tah pergi nya. Kata nak lunch sekali bagai.

"Hai kekasih hati pujaan jantung aku!" Jerit seseorang. Aku tahu siapa! Nasib tak ada orang lagi kat dalam cafe tu. Kalau tak naya je. Aih!

Aku terus berpaling kebelakang. Anuar dan sham berjalan menuju ke arah aku sambil tersenyum sumbing.

"Weh! Sorry lambat!"

"Kau memang!"

Sham dan anuar terus melangkah ke arah makanan. Tak lama kemudian, diaorang datang dan duduk didepan aku.

"Okay! Berbalik pada kisah tadi tu kan."

"Kisah apa?" Tanya anuar tiba-tiba.

Sham memandang ke arah aku. Tak lama tu anuar turut pandang ke arah aku. Aku terus angkat bahu.

"Sejak bila korang berdua ni tak nak kongsi cerita dengan aku?" Tanya anuar.

Aku menelan sisa makanan yang ada didalam mulut bagi memudahkan untuk aku bersuara. "Sini" Panggil aku.

Tak lama tu anuar mendekatkan dirinya ke arah aku.

"Sham nak cerita pasal bangunan ni. Bangunan ni kan creepy." Ucap aku seraya berbisik.

Anuar memandang ke arah sham.

"Asal? Kau kena kacau ke?" Tanya anuar.

Sham lantas menggelengkan kepala.

"Bukan aku. Tapi noor"

Anuar terdiam seketika. Aku pulak sambung makan.

"Ha! Sebut pasal noor. Kesian dia kan?" Ucap anuar.

"Tu lah tu. Nak buat macam mana. Benda dah jadi. Tapi yang aku peliknya, dia buat apa malam-malam?"

Aku yang tengah tunduk makan lantas mendongakkan kepala.

"Apa kau ingat dia tengah berdisco kat dalam ofis ni? Mesti lah dia kerja. Apa lah kau ni sham" Ucap aku lantas capai air sirap.

"Mana air aku ni." Tanya anuar lantas mendongakkan kepala. "Din! Air!"

KISAH SERAM BANGUNAN BERHANTUWhere stories live. Discover now