BAB 18

434 52 8
                                    

"Aku tak faham j! Dekat dalam sana pesta hantu ke?" Tanya sham

Aku keluarkan rokok dan letak kat mulut. Aku nyalakan api. Aku sedut asap perlahan-lahan lantas hembus.

"Aku tak tahu lah sham." Ucap aku perlahan.

Aku terus diam macam tu juga sham. Masing-masing dengan dunia masing-masing. Bayangkan eh petang tu aku dengan sham pergi hantar anuar dekat airport sebab anuar ada kerja dekat sabah. Tiba-tiba tadi anuar pegang bahu kitaorang. Tak ke terkejut berok? Aih!

"Takkan kita nak duduk sini?" Tanya sham lagi.

Aku mengeluh.

"Entah lah. Aku pening kepala lah macam ni. Aku dah lah banyak kerja nak kena buat. Jadi macam ni lagi."

"J!" Panggil sham.

Aku berpaling ke arah sham.

"Jangan risau lah. Bos kita tu faham. Kalau dia banyak mulut, suruh dia duduk dekat bangunan tu malam. Nak tengok juga terkencing ke tak kan. Banyak songeh pulak. Sekarang ni aku rasa macam dedo lah j."

"Ah sudah. Kau nak demam ke?" Tanya aku.

"Tadi tu kita hadap pesta hantu tau. Bukan kita hadap gro kat dalam club. Pergi sana ada hantu. Pergi sini ada hantu. Mau tak dedo. Yang lain mana? Tinggal kita berdua tau j."

Aku menganggukkan kepala.

"Tak apa lah kalau macam itu, aku tahan teksi." Ucap aku bangun dan melangkah ke tepi jalan besar. Sham ikut aku dari belakang. Memang tengok muka sham pucat.

Setengah jam berlalu, aku dengan sham berada didalam perut teksi. Aku minta driver teksi tu berhenti dekat rumah aku. Lepas itu aku akan hantar sham ke rumah dia. Sampai je dekat rumah sham, satu badan sham mengeletar. Cuak juga. Nasib baik family dia ada. Aku pun terus balik ke rumah aku. Keesokkan hari, aku dengar khabar sham demam. Masa tu teruk juga lah member tu demam. Dan anuar pulak dah balik. Member terkejut bila kitaorang cerita apa yang terjadi. Seminggu selepas itu, kitaorang dapat offer masuk dekat bangunan baru. Memang rata-rata nak lah. Tak tahan sebab hari-hari kena kacau. Duty pun duty dekat rumah. Dah tak duty kat ofis. Hanya beberapa orang je yang stay dekat ofis. Itu pun tak lama.

Nak dijadikan cerita sebelum aku dengan yang lain berpindah dekat bangunan baru, malam itu selepas kitaorang kerja luar, aku dengan yang lain balik ofis. Kalau tak silap aku masa tu pukul 3 pagi. Naik je ofis, kitaorang lepak santai dulu. Tengah lepak-lepak tu tiba-tiba.

Tap!

KISAH SERAM BANGUNAN BERHANTUWhere stories live. Discover now