BAB 19

501 57 3
                                    

Suasana dalam ofis tu jadi gelap gelita. Sebelum-sebelum ni hanya pantry je. Ini dalam ofis okay. Aku terus keluarkan torchlight. Ingatan aku pasal studio menjelma kembali. Masa ni aku cuak. Aku suluh sekeliling. Tak ada siapa-siapa!!! Mana yang lain pergi? Aku sendiri tak pasti. Aku undurkan diri dan bersandar dekat tingkap.

"Anuar!!!" Panggil aku sambil suluh depan.

Aku tundukkan kepala. Kepala aku rasa sakit yang teramat sangat. Aku kuatkan hati. Aku terus melangkah ke arah depan.

"Harris!" Panggil aku lagi.

Masa aku berjalan tu, aku dapat rasakan ada sesuatu dekat belakang aku. Aku berpaling. Ngam-ngam pulak aku tersuluh dekat atas almari besi.

"Allah!!" Ucap aku mengundur.

Benda tu tengah duduk dalam keadaan bercangkung. Muka dia ya allah.! Posisi dia ni macam nak menerkam ke arah aku. Menyeringai.

"Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum. La ta'khuzhuhu sinatun wa la nawm, Lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard Man zhal-lazhi yashfa'u 'indahu illa bi-izhnihi Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum. Wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a. Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard,
Wa la ya'uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Azheem! Allahuakbar!!" Jerit aku seraya menghentak kaki kanan aku.

Tak lama benda tu hilang. Aku terus berpaling. Memanggil nama diaorang apa semua. Bila dah puas aku cari diaorang, dah tak tahu nak cari macam mana lagi. Dengan tak jumpa lagi. Tiba-tiba aku teringat dekat pak budi. aku terus keluarkan telefon dan mendial nombor pak budi.

"Pak budi! Tolong aku."

"Aku azan." Ucap pak budi tiba-tiba.

Aku seraya buka loudspeaker dan letak telefon aku dekat atas meja. Masa pak budi azan, aku tak tahu kenapa kepala aku makin sakit. Makin berat. Makin kuat pak budi azan, makin kuat sakitnya sampai aku terduduk.

"Arghhhhh!!!!!" Jerit aku kuat. Badan aku merengkok kesakitan. "Argghhhhhh!!!" Jerit aku lagi.

Lepas je pak budi habis azan, serta merta lampu dekat ofis aku jadi terang benderang. Kepala aku yang sakit tadi hilang serta merta. Tak lama tu tiba-tiba.

"J!" Panggil seseorang.

Aku berpaling kebelakang. Aku masih lagi duduk di atas lantai.

"Ya allah j!" Jerit anuar.

Harris sham dah juga yang lain berlari ke arah aku. Aku tak berdaya. Akhirnya aku tak sedar apa-apa. Lama juga aku tak sedarkan diri masa tu. Sedar-sedar je pak budi tengah berborak dengan yang lain. Menurut pak budi, masa lampu terpadam tu diaorang seolah-olah berada didunia yang lain. Gelap gelita. Tak nampak satu bayang pun dan diaorang berpecah. Sorang dekat sana. Sorang dekat sini. Pak budi cakap lagi, benda yang kat atas almari tu cuba nak masuk dalam badan aku. Tapi disebabkan batu delima sentiasa ada dengan aku, benda tu tak jadi masuk dalam badan aku. Tetapi benda tu bagi aku kesakitan yang teramat sangat. Aku ambil cuti selama 5 hari untuk rehat. Selama 5 hari tu aku aman damai sentosa. Selepas dari itu aku dengan yang lain lapor diri dekat bangunan baru.. sekian dari cerita aku..

TAMAT!!

Next chapter! ⬇️

KISAH SERAM BANGUNAN BERHANTUWhere stories live. Discover now