BAB 31

532 67 0
                                    

Kitaorang terus makan tanpa bercakap. Masing-masing didalam dunia masing-masing, selesai makan apa semua, anuar bersuara.

"J!"Panggil anuar.

Aku berpaling.

Kalau kau rasa kau tak selesa nak duduk sorang-sorang dekat rumah, yelah kau kan baru lepas terjadi benda macam ni, kau lepak je lah dulu dengan atia kat rumah dia. Nak aku hantar sana?" Tanya anuar.

Aku termenung memandang anuar.

"Tak kot. Aku balik rumah je lah. Lagi pulak aku nak rehat dekat rumah sendirian. Kalau aku pergi rumah atia nanti, confirm dia akan ajak aku borak. Tak ada mood nak borak"

"Okay aku faham. Tapi kalau kau nak apa-apa, kau roger-roger je aku dengan sham. Berdesup kitaorang sampai."

Aku tergelak lantas menggelengkan kepala. "Berdesup kononnya"

Anuar dan sham tersengeh. Mungkin kena kat batang hidung diaorang kot.

"Jom lah hantar aku ye."

"Okay-okay. Jom."

Selepas buat pembayaran, anuar terus menghantar aku balik ke kampung baru. Aku terus melangkah pelahan menuju ke lif. Kepala aku masih lagi berdenyut. Bongok punya anuar. Aku mengerling jam di pengelangan tangan. Sudah nak pukul 6. Cepat betul masa berlalu masa tu. Sampai saja dalam rumah, aku terus rebahkan badan aku kat atas sofa. Mata dipejamkan. Masih lagi terbayang apa yang terjadi semalam. Dari telentang, aku mengereng ke kanan. Akhirnya aku terlena dengan sendiri. Aku tersedar masa itu pukul 3 pagi. Masa ni memang terasa segar yang amat. Aku terus bangun capai kain tuala dan mandi. Settle mandi aku ambil wuduk untuk qada solat yang terbabas tu. Masa aku tengah solat tu, telinga aku tertangkap bunyi suara perempuan menangis. Aku tak tahu datang dari mana. Aku teruskan solat tanpa pedulikan suara tu. Kena kuatkan hati yang sememangnya tak kuat. Hurmm. Tapi alhamdulillah suara tu hilang selepas azan subuh berkumandang. Banyangkan, dari aku qada solat sampai lah aku tunggu subuh, suara tu mendayu-dayu je menangis. Aih! Pagi tu aku ingat ke tak nak pergi kerja, tapi aku batalkan niat tu dan bersiap untuk kerja. Rasa takut pulak nak masuk ofis. Anuar dan sham datang tepat pada masanya pukul 8. Aku terus meloloskan diri ke dalam kereta.

"Selamat pagi!" Ucap aku.

"Pagi j" Ucap

Aku memandang sham dekat sebelah. Oleh kerana aku malas nak kacau sham yang mood dia macam tak berapa nak cun, aku cuit anuar dari belakang.

"Asal tu?" Tanya aku.

"Tak tahu lah j. Dari tadi macam gitu. Aku tanya pun tak dijawab.

Tiba-tiba aku teringat kejadian masa kat ofis tempoh hari. Oleh kerana aku dah tak nak hadapi situasi macam tu lagi, aku cuit bahu sham.

"Sham. Kau okay tak?" Tanya aku

Tapi malangnya tak diendah oleh sham langsung.

"Kau jangan diam sham. Kalau kau diam macam ni, kau membuatkan aku teringat dekat dalam bilik aku hari tu."

Aku nampak sham pejam mata. Tak lama tu dia berpaling sekilas ke arah aku dan juga anuar.

KISAH SERAM BANGUNAN BERHANTUWhere stories live. Discover now