BAB 13

404 51 10
                                    

"J! Kalau ada apa-apa bagitahu. Anuar dah lah tak ada nak tenangkan kau ni. Jangan buat aku takut!" Ucap sham.

Aku tergelak.

"Apo kau ni! Aku okay lah. Cuma jantung aku je tiba-tiba berdegup laju."

Tengah aku cakap-cakap dengan sham tu tiba-tiba aku terdengar bunyi suara perempuan menangis.

"Shhh!!" Ucap aku dekat sham.

"Alaaa! Bunyi apa tu?" Tanya nasir pulak.

Nasir terus berlari dan duduk dekat sebelah harris

"Weh! Jangan lah tegur." Ucap harris.

"Buat tak tahu je." Ucap khairul pulak

Yang lain sambung borak. Mungkin tak selesa dengar perempuan menangis. Harris bersuara dan dia cuit lengan aku dan juga lengan sham.

Aku berpaling.

"J! Kau salah seorang yang paling berani dalam team kita ni. Apa kata kau pergi tengok benda apa tu."

"Halah kau ni. Yelah yelah." Ucap aku seraya bangun melangkah ke arah pantry. Lepas tu aku melangkah ke arah tangga. Akhir sekali aku melangkah ke arah lif. Masa aku nak patah balik, makin kuat suara perempuan tu menangis. Aku tekap telinga aku dekat lif dan salah satu lif situ aku terdengar bunyi suara perempuan menangis. Aku cepat-cepat berlari anak dan menuju ke arah diaorang.

"Weh!"

"Kenapa j?"

Semua orang bangun berdiri memandang aku.

"Ada. Ada perempuan dalam lif. Tapi aku tak pasti manusia atau tak."

"Serius lah?" Tanya harris.

"Haah!" Ucap aku patah balik ke lif.

Aku cuba ketuk-ketuk pintu lif tersebut.

"Hello!!" Panggil aku.

Aku tak dapat dengar dengan jelas suara kat dalam sebab suara tu bersama tangisan.

"Hello!" Panggil aku.

"Too...long saya!!"

Aku berpaling kearah diaorang.

"Ada orang! Pergi ambil kuku kambing dalam stor!" Ucap aku.

Nasir pergi bersama dengan megat. Tak lama tu diaorang datang bersama dengan kuku kambing ditangan.

"Harris!" Panggil aku seraya menganggukkan kepala.

Oleh kerana harris faham anggukan aku, dia capai kuku kambing tu lantas dia mengopek pintu lif tersebut. Bila pintu dah terbuka sedikit, harris berpaling.

"Ada orang j!" Jerit harris.

KISAH SERAM BANGUNAN BERHANTUWhere stories live. Discover now