BAB 10

779 85 6
                                    

Pak budi duduk di depan aku sambil memandang ke arah aku.

"Kamu kenapa? Kena kacau lagi?"

Aku memandang pak budi lantas menganggukkan kepala.

"Tak tahu lah budi. Makin menjadi-jadi sekarang ni." Ucap aku lantas mengeluh.

"Kamu kena banyak bersabar. Dugaan ni
datang dengan bermacam-macam cara. Dugaan untuk kamu dengan cara yang macam ini. Kamu kena kuat."

Aku terdiam. Tak lama tu aku bersuara.

"Budi, budi tak boleh ubat kan aku ke?"

"Rata-rata yang ubatkan kamu pun tak menjadi."

"Mana lah tahu kot budi berjaya berubatkan aku."

Pak budi menganggukkan kepala lantas bersuara.

"Baiklah aku cuba. Nanti bila aku dah bersiap sedia, kamu datang ye"

Aku memandang pak budi dengan senyuman dibibir. Harap masih ada sinar untuk aku selepas ini.

Pagi tu aku tak terus masuk ke ofis, tetapi aku singgah ke cafe kak na untuk breakfast, sampai saja, aku terus duduk dimeja yang paling hujung supaya tak ada siapa yang nampak aku. Aku ingin bersendirian. Kopi o panas aku biarkan sedikit suam sebelum aku meneguk.

"Amboi j! Jauh betul kau duduk. Paling hujung!"

Aku berpaling seketika kekiri. Aku memejamkan mata, nafas dilepaskan.

"Adeh kau ni! Jumpa je kan aku."

"Eh of course! Kau kan jantung aku. Mesti aku tahu punya jantung aku kat mana!" Ucap sham lantas menarik kerusi dan duduk disebelah aku. Sham berpaling ke kanan. "Din! Teh tarik satuu!"

"Baik!" Balas din.

"J" panggil sham.

Aku memandang sham dekat sebelah lantas mengangkat kening.

"Kau semalam kenapa tak masuk kerja?" Tanya sham ingin tahu.

Aku menarik nafas lantas membetulkan duduk.

"Tak ada apa pun. Semalam aku pergi jumpa budi. Aku minta tolong dia ubatkan aku."

Dahi sham kerut seribu.

"Kenapa?" Tanya sham.

Belum sempat aku nak buka mulut, din datang bersama air ditangan.

"Terima kasih din!" Ucap sham.

"Sama-sama"

Sham berpaling ke arah aku.

"Okay sambung."

"Lately ni aku makin kerap kena kacau"

"Maksud kau kes yang 2 hari lepas tu ke?" Tanya sham.

Aku hanya menganggukkan kepala. Tak lama tu terlayar di kaca fikiran aku tentang perempuan yang aku jumpa dekat pantry minggu lepas. Terlayar indah. Aku memejamkan mata supaya benda tu hilang. Tapi tak boleh.

"Benda ni dari minggu lepas. Bukan setakat minggu lepas je. Sebelum-sebelum ni pun benda berlaku kat aku sampai aku sendiri naik penat."

"Okay, sekarang ni aku free, apa kata kau cerita semuanya dekat aku. Boleh?"

Aku hanya mengangguk perlahan.

"Masa ni berlaku pada malam aku dengan yang lain main pingpong dekat tingkat 7 bangunan ni. Masa ni kau cuti sebab mak kau sakit. Yang ada masa tu ramai juga lah. Aku, megat, anuar, mega, dhina, hafis, samhuri, khairul dan seangkatan dengannya. Masa ni kitaorang tengah tengah bersorak bagi semangat dekat hafis dan samhuri main pingpong. Okay. Kau ada perasan tak cermin dekat tingkat 7?" Tanya aku.

Nanti aku sambung lagi yek.. jangan lupa vote

❤️ you all!!

KISAH SERAM BANGUNAN BERHANTUWhere stories live. Discover now