BAB 24

580 63 0
                                    

Aku terus pusing kebelakang dan suluh. Belum sempat aku nak buka mulut, satu badan aku terkaku. Ada sesosok tubuh perempuang berambut panjang. Mukanya tak nampak sebab dia berdiri dalam keadaan kepala tunduk. Bola mata aku turun dibahagian tangan. Tangannya tengah mengendong sesuatu. Sham dan anuar juga turut terkaku disebelah aku. Kaki kitaorang ibarat dipaku dekat simen. Mulut ibarat digam. Hanya bebola mata yang main peranan. Aku tak pasti berapa lama aku anuar dan sham keadaan macam gitu. Mungkin dalam 20 minit. Tak lama tu tiba-tiba..

"Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum
La ta'khuzhuhu sinatun wa la nawm,
Lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard
Man zhal-lazhi yashfa'u 'indahu illa bi-izhnihi. Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum, Wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a. Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard,
Wa la ya'uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Azheem!! Allahuakbar!!!" Jerit seseorang.

"Arggghhhhhhhhhhhhh"

Benda tu menjerit mengelupur tak lama tu terus hilang. Serta merta tubuh kitaorang terus boleh gerak. Oleh kerana itu aku tak dapat imbang badan, aku jatuh melutut.

"Korang tak apa-apa?"

Aku berpaling dan mendongakkan kepala. Torchlight aku halakan dekat atas. 'Siapa?'

"Kitaorang okay." Ucap anuar lantas hulur tangan ke arah aku.

Aku memahut lengan anuar untuk bangun. 'Adeh lutut aku sakit'

"Macam mana kau tahu kitaorang dekat sini?" Tanya anuar.

"Encik yusuf call aku minta aku tengok-tengokkan j. Semalam kan j tidur dekat cafe."

"Mana encik yusuf?" Tanya anuar.

"Oh. Encik yusuf cuti. Tapi tadi masa dia call, dia bagitahu yang dia tak sedap hati. Dia minta aku cari j. Tu yang aku cari tu. Tak sangka pulak apa yang encik yusuf cakap tu terjadi betul-betul. Aku ingat ke dia main-main. Kau okay tak j?"

"Aku okay. Kau siapa?" Tanya aku pelik.

"Aku zul."

Aku menyuluh dekat arah anuar. Mungkin anuar memahami dan dia bersuara.

"J. Dia zul dari ipoh transfer kat sini. Join kita"

"Oh" Ucap aku

"Habis nak buat apa sekarang ni? Takkan nak duduk dekat sini?" Tanya sham.

"Better keluar dari sini lah." Ucap anuar.

Aku hanya mengikut apa anuar katakan.. kalau nak ikutkan situasi sekarang ni aku dengan yang lain kena masuk ke dalam bangunan semula untuk naik ke tingkat 9 melalui tangga. Sebabnya kereta kitaorang dekat tingkat 9. Anuar dan sham cuba untuk buka pintu tangga yang tertutup tadi. Tapi tak boleh. I dont know why!. Percubaan pertama kali tak berjaya. Kedua kali tak berjaya dan ketiga kali tetap tak berjaya.

KISAH SERAM BANGUNAN BERHANTUWhere stories live. Discover now