BAB 9

779 71 3
                                    

Ada seorang perempuan tengah berdiri didepan kereta aku sambil dukung budak. Kepalanya menunduk. Aku memerhati benda tu dari dalam kereta. Tak lama selepas itu kepala yang dia tunduk terus dia mendongak memandang ke arah aku sambil tersenyum. Anak yang dia dukung dia sua dekat aku. Aku terus keluar dari kereta dan melangkah ke arah perempuan tersebut. Belum sempat aku nak ambil budak tu tiba-tiba.

"Cikkk!!!"

Aku tersentak lantas berpaling.

"Cik buat apa kat sini?"

Aku memandang nama dekat baju lelaki yang berada di depan aku. Iskandar.

"Cik! Bahaya cik dekat parking ni sorang-sorang." Ucap iskandar lagi.

Tanpa aku bercakap apa-apa, aku cepat-cepat masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi. Dari tingkat 9 untuk aku turun ke bawah kena makan masa. Aih.

Sampai saja di rumah, aku terus masuk bilik. Aku rebahkan diri dekat atas katil. Tak lama tu aku terlentang. Muka aku dongakkan ke atas. Mata aku pulak memandang siling putih walaupun aku tak nampak siling tu sebab gelap. Otak aku masih lagi berlegar-legar memikirkan apa yang berlaku sebenarnya. Apa yang tak kena dan akhirnya aku terlelap dengan sendiri.

Keesokan pagi, aku pergi kerja seperti biasa. Cuma mood aku tak sampai dan aku banyak diamkan diri. Aku banyak terfikir. Aku banyak menyendiri. Sesekali aku mengerling jam dekat pengelangan tangan. Terasa angka nak ke malam tu begitu cepat. Petang itu aku cepat-cepat kemaskan meja aku dan melangkah keluar dari ofis. Hari masih lagi siang. So tak salah kalau nak balik awal dari kebiasaan. Aku memandu dengan kelajuan yang sederhana sebab nak turun parking. Sampai je bawah, anuar dan sham tahan aku dekat pondok bawah.

Tok! Tok! Tok!

Aku memandang anuar yang tengah mengetuk tingkap sebelah memandu. Tak lama itu aku terus turunkan tingkap.

"Nak apa?" Tanya aku.

Anuar tepat memandang mata aku.

"Kau kalau ada masalah boleh kan cerita dekat aku. Tak payah nak lari-lari macam ni."

"Tak ada lah. Mana ada aku lari dari kau. Aku cuma nak balik awal je. Penat sikit"

"Aku kenal kau lama lah j. Kau tak payah lah nak menipu orang yang dah kenal lama."

Aku terdiam. Tak lama tu aku mintak diri untuk balik.

"Okay lah anuar, aku gerak dulu. Apa-apa roger lah." Ucap aku

"Aduh kau ni j, tak save lah." Sampuk sham tiba-tiba.

"Tak apa. Aku gerak dulu. Bye!"

Aku terus meninggalkan mereka berdua di situ. Betul. Aku bukan nak larikan diri. Aku cuma penat. Penat dengan hidup aku untuk aku hadap benda yang bukan-bukan. Kenapa ya? Kenapa aku ditakdirkan memiliki keistimewaan ini?. Malam itu aku tidur awal lagi dan bermimpi. Dimana dalam mimpi tu aku didalam ofis dan berlaku benda yang tak sepatutnya. Dalam mimpi tu jugak aku dikejar sampai dekat parking tingkat 9 dan aku ditolak jatuh dari tingkat 9. Aku terus buka mata. Berpeluh jangan cakap lah. Real!

"Astaghfirullahalazim" Ucap aku lantas menyapu peluh dimuka dengan tapak tangan.

Aku berganjak sedikit untuk capai jam dekat atas meja tepi katil. Pukul 3.30 am. Mimpi itu bermain di minda aku. Terlayar indah. Aku terus turun dari katil dan menuju ke bilik air. Aku bersihkan badan dan akhirnya aku ambil wuduk untuk solat malam. Aku berharap waktu itu doa aku diangkat oleh ALLAH s.w.t. Keesokkan hari, aku tak terus pergi ke kerja, malah aku singgah ke bangsar untuk berjumpa dengan pak budi

"Assalamualaikum" Aku memberi salam di luar pagar.

Tak lama kemudian aku nampak kelibat pak budi melangkah ke arah aku. Ditangannya memegang segugus kunci. Pintu pagar telah pun di buka. Aku terus masuk dan melangkah ke bangsal.

KISAH SERAM BANGUNAN BERHANTUDonde viven las historias. Descúbrelo ahora