EPILOGUE

1.7K 93 26
                                    

1 TAHUN KEMUDIAN.

"Farha Hijanna, baik awak pakai baju sekarang sebelum mommy tinggal awak" Ayra bangkit dari birai katil, mengacah-ngacah hendak meninggalkan anaknya itu sendirian. Belum sempat melangkah, tangisan si kecil itu bergema ke segenap bilik.

"Ha, tahu pun takut. Jom sayang, pakai baju" tubuh montel itu di angkat perlahan. Sudah setahun umur anaknya itu, seperti biasa anak perempuan akan rapat dengan ayahnya. Begitu juga dengan Farha, tidak kurang manjanya bersama Farhan. Masakan tidak? Pagi, petang, siang dan malam lelaki itu bermain dengannya. Kalau hari kerja tak sah kalau tak video call sekali sehari. Macam tak boleh tunggu balik rumah.

Bila balik rumah, keluar segala macam mainan baharu. Untunglah kamu wahai anak, mommy kecil-kecik dulu main pasir je kat luar.

"Sayang, awak nampak jam tangan saya? Rasanya saya letak dalam laci semalam tapi tak ada pula" Farhan muncul diambang pintu. Tertunduk-tunduk dia mencari jam tangan kesayangannya itu. Usai menyiapkan Farha, Ayra bangkit mendekati Farhan. Kena siapkan bapanya pula. Badan lelaki itu dipusingkan menghadapnya, kolar baju yang tidak terurus dibetulkan. Tangan menyeluk ke poket blouse sendiri, kemudian mengeluarkan jam tangan yang dicari-cari suaminya tadi.

"Awak sure awak letak dekat dalam laci? Saya jumpa atas lantai. Tinggi juga Farha rupanya sampai boleh ambik jam tangan kesayangan daddy dia dalam laci" sebelah kening terjungkit. Farhan menarik sengih, tangannya naik melingkar disekeliling pinggang ramping isterinya. Sejak anak seorang ni, makin kuat membebel dan memerli. Harap Farha tak ikut sama, kalau tak memang habislah dia nak handle dua orang!

"Hehehe, sorry. Jangan marah-marah. Awak terlalu cutelah sejak jadi mak orang ni" kucupan berlabuh dikedua pipi putih melepak itu. Satu perkara tentang Ayra, perempuan itu tak pakai alat solek dan hanya mengenakan beberapa produk penjagaan kulit sahaja. Nak cium pun tak ada bedak nak melekat dibibir. Nice.

"Hey, apa ni. Depan anaklah"

"Dia tak nampak pun. Tu, dia lebih fokus pada stokin dia yang ada plushie berung tu"

"Hee, tengoklah siapa yang pilih" Ayra tersengih panjang. Langkah di atur mendekati anak perempuannya. Tubuh montel itu di dukung. Tangan kepala kecil itu terlentok ke bahunya.

"Ngantuk ke? Lesu aje Farha ni" Farhan angkat belakang tangannya melekap ke dahi anaknya. Tak panas.

"Ngantuk aje kut. Malam tadi susu saya tak keluar banyak, lama dia berjaga malam tadi tunggu susu sampai terlelap dua ke tiga pagi" Ayra membalas. Dahi anaknya dikucup sebelum mereka sama-sama melangkah keluar dari bilik dan bersiap menuju ke rumah Puan Mariana.

Ibunya itu sudah bising bertanyakan keberadaan mereka. Bila dikata masih dirumah, mulalah wanita itu membebel dan merajuk.

Pintu kereta dibuka oleh Farhan. Ayra masuk ke dalam seraya mendudukkan Farha di atas pehanya. Anaknya itu susah hendak berenggang. Letak saja di bawah, terus meraung.

"Kenapa tengok mommy macam tu hah? Tak pernah tengok orang yang lahirkan awak ni ke?" Ayra mengusik anaknya yang tunak memandang ke arahnya tanpa kelip. Dahi Farha dikucup lembut. Tangan menahan belakang badan anak kecil itu.

"Mommy dia cantik sangat" Farhan pula menyambut usikannya.

"Kenapa? Sebelum ni saya tak cantik?" Usikan dibalas lagi.

"Cantik. Cuma harini, cantik dia lain macam. Sebab awak punya outfit stylish so handsome and make your appearance look hot today" Ayra tarik muncung. Sedapnya puji diri sendiri. Tapi ada betulnya, Farhanlah stylish dia untuk pakaian di hari istimewa ini.

Selendang putih terlilit kemas di kepala. Dress labuh satin silk tanpa lengan yang sedikit kembang dibahagian bawah di padankan dengan cardigan merah jambu lembut dan tali pinggang moden hitam melilit pinggang dari luar pakaiannya. Farha pula, dress tutu putih dan cardigan kecil berwarna merah jambu. Di atas kepala anaknya itu, mereka sarungkan headband bunga putih.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now