starter ɞ

24 5 0
                                    

"kau buat apa dekat sini?",  tanya seorang lelaki membuatkan Ina yang berada di hujung penjuru bumbung menoleh. 

Ina hanya diam tidak menjawab. Dia kembali memandang pemandangan bangunan sekolahnya tanpa mempedulikan kehadiran Paulo. 

Paulo menghampiri Ina. Dari dekat, dia ternampak luka di bahagian sebelah kening milik Ina. Dia kembali ke kelas untuk mengambil first aid di kabinet kayu. Paulo kembali semula ke bumbung. 

Setibanya dia kembali ke bumbung, dia melihat Ina sedang menangis teresak-esak. Dia menghampiri Ina. Belakang Ina diusapnya lembut. "awak nak apa?", Ina menepis kasar.

Tiba plak mamat ni pegang pegang  orang.

"aku nak rawat luka kau", Paulo membuka kotak first aid tersebut lalu mengeluarkan ubat pembasmi kuman dan plaster.

"kenapa pulak?", kata Ina tidak selesa ingin dirawat oleh Paulo disebabkan luka kecil di keningnya. "habistu? kau nak biar je ke macamtu? Maybe dua atau tiga hari okey, tapi nanti akan tinggal parut", kata Paulo lalu mendekatkan dirinya dengan Ina.

Ina menginjak ke tepi. Paulo terlalu dekat dengannya. Paulo menarik Ina. "duduk diam. Kalau tak nanti lagi sakit", kata Paulo mula mencuci luka Ina. "luka kecil je lah apa yang saki- ARGHHH", Ina menjerit kerana Paulo menekan luka tersebut. 

"Sakit lah! Buat pun tak ikhlas", bebel Ina memuncung. Paulo tersengih. 

"tu aku suruh duduk diam. Degil lagi", ditunjal lembut dahi luas milik Ina. Ina mengusap dahinya yang ditunjal Paulo.

Paulo kembali merawat luka Ina. Tanpa Paulo sedar, Ina memerhatikan setiap sudut wajahnya dalam diam. 

'boleh tahan hensem jugak mamat ni', desis hati kecil Ina.

'hensem? ish, kau dah gila ke Ina?', Ina tersedar dari lamunannya. 

"dah,"Paulo selesai merawat lukanya lalu mengemaskan kotak first aid itu. "terima kasih", ucap Ina tersenyum janggal kepada Paulo. 

Paulo membalas dengan anggukan. "By the way, nama kau apa dan kau dari kelas mana?", tanya Paulo memandang Ina yang sedang menikmati susu berperisa strawberi.

"Saya Ina. Kelas 4 T-a. Awak pulak?", kata Ina memandang Paulo. Mata biru laut kepunyaan Paulo menarik perhatiannya. Cantik.

"Paulo, 4 E-c", kata Paulo ringkas. 4 E-c? Uish, budak kelas pertama. 

Mesti pandai gila nak mampus. Pelajar-pelajar dalam kelas tu semua IQ lebih daripada 200. 

"kau selalu datang sini ke?", tanya Paulo. Ina mengeluh. "sometimes", jawab Ina melarikan pandangannya dari Paulo. 

"kenapa dengan kening kau?", tanya Paulo lagi. Ina diam. Berat hatinya ingin meluah. Takkan dia nak bagitahu masalah dia dekat seseorang yang dia baru kenal tak sampai satu jam kot?  "takde ape lah.Tadi saya terlanggar benda tajam", tipu Ina. 

"aku tahu tu bukan alasannya. Tapi aku faham, mesti ada sebab kau cakap macamtu kan?", Paulo memandang dalam mata Ina. Dia mengalihkan pandangannya ke hadapan.

Ina terkejut. Macam mana dia boleh tahu? Dia boleh baca fikiran orang ke macam mana?

"Sebenarnya.." Meleret Ina berkata membuatkan Paulo memandangnya kembali. 

"aku sebenarnya kena buli..", Ina memperlahankan suaranya.

"ouh, dengan geng Bella tu eh?", Teka Paulo. Ina hanya mengangguk. "saya tak faham lah.. kenapa saya kena buli? Saya cuma nak kawan dengan diorang je", kata Ina tetiba meluah.

Air matanya mula bertakung di tubir mata. Paulo bersimpati terhadapnya. "Kau tau tak? Sebenarnya kita ni lebih kurang sama je", kata Paulo.

"eh? Kenapa awak cakap macam tu?", Tanya Ina pelik. "aku pun kena pulau jugak denagn budak sekolah ini ", kata Paulo tiada nada. Selamba.

"maksud awak?", Ina masih keliru. Tidak mengerti maksud Paulo. 

"aku ni.. sebenarnya sukakan lelaki ", Kata Paulo menundukkan kepalanya kerana malu.

Ina terkelu dengan kata-kata yang keluar dari mulut Paulo. Dia gay?

Paulo terdiam seketika lalu memandang Ina yang sepertinya tidak kisah dengan luahannya sebentar tadi. Bukan senang dia nak cerita perkara ni dekat orang lain.

"kau tak jijik ke dengan aku?", Kata Paulo agak terkejut dengan reaksi Ina. "Kenapa pulak saya nak jijik dengan awak?", Jawab Ina selamba.

"selalunya orang akan cakap yang  aku tak patut minat kaum sejenis lah apa lah. Tapi kau macam tak kisah je kalau aku minat kaum sejenis pun", kata Paulo.

Ina tergelak kecil. "kenapa pulak?  Biarlah awak nak suka apa pun, awak tetap diri awak. Kita tak perlu pun nak ubah diri kita ikut kehendak orang lain. Kita akan lagi gembira bila jadi diri sendiri", kata Ina panjang lebar sambil melihat ke arah langit yang indah itu. 

Nyamannya..

Paulo tersentuh dengan kata-kata Ina. Jadi, tak salah lah jika dia inginkan seorang teman lelaki?

"uhm.. terima kasih, Ina", kata Paulo menggaru lehernya yang tidak gatal itu . Ina hanya membalas dengan  senyuman manis ke arahnya.

Mereka berdua pun mula berjalan pulang ke kelas . "uhm.. kau sibuk tak lepas balik sekolah ni?", Tanya Ina. Paulo menggeleng sambil memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam poket seluarnya. 

 'bagus, bolehlah aku belanja dia makan dekat Gustoso', desis hati Ina gembira. 

"Apa kata aku belanja kau makan?", Kata Ina kepada Paulo. Langkah mereka berdua terhenti. 

Mata Paulo berkilauan. Serious lah?

"Biar betul?", Kata Paulo. Pertanyaannya dijawab dengan anggukan kecil oleh Ina. Ina tersenyum ke arah Paulo dan Paulo juga membalas senyumannya.

Ina dan Paulo singgah di Gustoso  berdekatan sekolah usai sahaja tamat sesi persekolahan.

Meja di sebelah cermin kaca dipilih oleh mereka. Ina dan Paulo melabuhkan punggung masing-masing.

Pesanan diambil oleh pelayan kedai tersebut.  "saya nak tortellini satu. Awak?", tanya Ina kepada Paulo yang masih meneliti menu tersebut.  "aku nak pesto pasta satu", kata Paulo. Pelayan itu meninggalkan mereka berdua setelah pesanan telah diambil. 

"Ina, tak mahal ke makanan dekat kedai ni?", tanya Paulo sambil memerhatikan keadaan sekitar restoran  italy itu. Nampak terlalu fancy dan mahal baginya. Ada duit ke si Ina ni bayar ?

"takdelah. Lagipun aku nak belanja kau sebagai penghargaan jadi kawan pertama aku kat sini", kata  Ina menuangkan air masak ke dalam gelas yang disediakan lalu disua kepada Paulo. Paulo menyambut gelas itu dan meneguk air sejuk berais itu.

Paulo hanya mengangguk. Sejujurnya dia agak malu apabila Ina yang terlebih dahulu membelanjanya makan. 

"Ina,"panggil Paulo. Ina melihat ke arahnya.

"yes?", tanya Ina. "kau foreigner ke?", tanya Paulo. Ina mengangguk. "aku lahir dekat Malaysia. Tapi aku dibesarkan dekat sini. ( italy) Tu aku fasih italian tu. Heheh", Ina menggaru lehernya yang tidak gatal itu. 

"ouh, ", kata Paulo. Makanan mereka sampai selepas beberapa minit menunggu. "kau ada rancangan  nak balik Malaysia?", tanya Paulo. 

"setakat ni takde lagi. Tapi tak tahu lagi lah. Sebab kadang-kadang mak aku nak balik negara dia. Jadi, mungkin balik cuma tak tahu bila lah", kata Ina sambil menjamah tortellini itu. 

Paulo mengangguk tanda memahami. 

'Jadi, dalam masa terdekat ni dia tak balik sana lagi. Nice! Aku tak keseorangan lah buat sementara waktu ni', desis Paulo sambil memerhatikan Ina yang kelihatan comel menjamah hidangan tersebut.

'comel', pujinya perlahan. "kenapa kau tak makan?", tanya Ina menyedari dari tadi Paulo asyik melihatnya. "eh, takde ape lah", kata Paulo gelabah lalu menyuapkan sesuap pesto pasta ke dalam mulutnya. 

Paulo tersenyum dalam diam apabila teringat bahawa dia tidak keseorangan sekarang. Sebab dia dah ada kawan baru, Ina 

YOU ENLIGHTEN MEWhere stories live. Discover now