7 ɞ

15 4 1
                                    


•••

Hari berganti hari, bulan berganti bulan , serta tahun berganti tahun ,Paulo masih  tidak putus asa cuba menelefon Ina. Walaupun sudah beberapa tahun dia cuba menelefonnya. Mungkin Ina sudah menukar nombor telefonnya semasa menetap di sana.

Paulo yang lemah itu memasuki ruang bilik tidurnya.

Di sisi katilnya terdapat gambar dia dan Ina bersama di dalam sebuah bingkai gambar berwarna biru muda. Senyuman Ina yang selalu mewarnai harinya kini sudah tiada.

Tiada khabar berita langsung dari Ina. Seolah-olah dirinya pupus dari hidup Ina.

Tiba-tiba terdetik suatu perasaan dalam hatinya. "aku.. cintakan Ina ke?", Kata Paulo sendiri apabila menyedari bahawa dia tersenyum melihat potret wajah Ina.

Paulo pun bersiap untuk ke hospital. Dia perlu memeriksa keadaannya secara psikologi.      "masa saya berkawan dengan dia saya takde pulak rasa macam nak dia ada sepanjang masa dengan saya. Tapi sejak dia pergi, saya asyik rindukan dia. Saya cuba untuk telefon dia sejak hari dia tinggalkan saya, tapi tak dapat.  Banyak kali saya cuba untuk cari dia , tapi masih tak berjaya.

Adakah perasaan ni normal sebagai kawan, doktor?", Tanya Paulo gementar.

Dia sendiri perasan, dirinya menjadi tak tentu arah dan tak keruan apabila Ina tiada bersamanya. Dia tak boleh duduk diam kalau Ina tiada. Dah macam cacing kepanasan.

"kamu yakin dia itu kawan kamu sahaja?", Kata doktor tersebut .

"Iyalah. Dia kawan... kawan.. sahaja", kata Paulo gagap. Doktor itu menggeleng.

"tidak, Encik Paulo. Saya rasa wanita itu bukan kawan biasa bagi Encik Paulo. Macam ni lah, kalau kawan encik Paulo tu macam berenggang sekejap dengan encik Paulo, apa perasaan encik waktu tu?", Kata doktor itu lagi.

"uhm.. saya rasa macam.. saya nak jugak dia dekat sisi saya. Saya sanggup cari kat mana sahaja dia berada asalkan dia ada dengan saya", jawab Paulo jujur.

"okey yang terakhir. Kalau kawan encik Paulo macam rapat dengan lelaki lain.. apa yang encik rasa?", Soal doktor itu.

"uhm.. saya rasa macam sesuatu yang tak menyenangkan. Hati saya rasa sakit. Saya nak bawa dia pergi dari laki tu. Sebab lelaki yang dia boleh kawan, boleh sentuh adalah saya seorang", kata Paulo bermain dengan tangannya.

Doktor itu mengangguk seketika.

"jadi, apa yang saya dapat simpulkan.. Encik Paulo sebenarnya tak menganggap kawan encik sebagai kawan biasa. Perasaan yang encik gambarkan sebentar tadi bukanlah perasaan seorang kawan, tetapi perasaan cinta", kata Doktor tersebut.

"Ish, apa pulak. Macam mana saya cintakan dia? Mana mungkin. Saya kan suka lelaki", kata Paulo menafi.

"encik, cuba encik tanya diri sendiri. Kalau betullah kawan sahaja, encik pastinya sudah putus asa untuk cuba menelefon wanita itu sekarang. Tapi encik masih lagi mengharap dan gusar sekiranya wanita itu mengangkat telefon ataupun tidak kan? 

 Encik, macam ni lah soal cinta ni.. tak kiralah encik sukakan laki ataupun tidak. Kalau seseorang itu dapat membuatkan encik jatuh hati, encik daripada bengkok pun boleh normal balik", kata doktor itu.

Jadi, dia betul-betul  cintakan Ina?

Tapi, adakah Ina juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya?

Macam mana kalau Ina tak suka pun dekat dia? Kalau Ina dah ada boyfriend ke sekarang?

Paulo buntu. Dia hanya dapat berharap agar suatu hari nanti Ina akan kembali kepada dirinya. Dia hanya dapat berharap.

YOU ENLIGHTEN MEWhere stories live. Discover now