3 ɞ

10 4 0
                                    





"uhm.. yes?", Kata Paulo dengan tenang. Tetapi dalam hati macam nak meletup.

"Hai, aku James. Yang tolong kau dua tahun lepas. Tapi, tak tahu lah kalau kau masih  ingat lagi ke tak.. hehe", kata James sedikit janggal. Lehernya yang tidak gatal digaru.

YES! I MEMANG INGAT YOU SEBAB WAKTU TU I DAH JATUH CINTA DENGAN YOUUU.

Ingin sahaja Paulo  mengungkapka kalimat tersebut.. namun dia perlu sabar.

"ouh, yeah. Aku ingat kau . Walaupun dah lambat, tapi terima kasih sangat-sangat. ", kata Paulo masih tenang dan mengawal reaksi wajahnya. 

"you're welcome", kata James bersama senyuman manis bak madu. ARGH, cairlah si Paulo.

Paulo hanya membalas senyumannya.

Usai sahaja perbincangan semua ahli kumpulan, mereka pun beransur-ansur meninggalkan bilik kuliah itu dan bergerak pulang. Ada yang pulang ke asrama dan ada juga yang pulang ke rumah mereka. 

"uhm Zek, esok awak lapang tak?", Tanya Ina kepada Zek yang berjalan di sampingnya.

"yes I am!", Kata Zek teruja. Eh, kenapa excited lain macam ni.

"ouh.. aha.. okey. Uhm, apa kata  kita bincang sikit pasal idea yang dorang bagi tadi?", Kata Ina memandang wajahnya. 

"  Aku okey je", kata Zek berdehem sebentar lalu turut memandang Ina. 

"okey lah kalau macam tu. Nanti saya contact awak ye?", Kata Ina kepada Zek. Zek mengangguk laju.

"uhm.. Ina. Apa kata saya hantar awak balik? ", Kata Zek mempelawa. Ina agak terkejut dengan tawaran Zek. Tidak pernah lelaki lain selain Paulo menghantarnya pulang ke rumah. 

"uhmm....", Belum sempat Ina memberi jawapan, perbualan mereka disampuk oleh Paulo yang baru keluar dari bilik kuliah.

"Ina!!", Lantang Paulo memanggilnya. Ina menoleh. Paulo berlari ke anak-anakan ke arah Ina. "Jom balik!", Kata Paulo teruja.

Ina mengangguk. "Maaf, Zek. Saya balik dulu dengan Paulo. Nanti saya belanja awak makan okey?", Kata Ina memegang tangan Zek.

Muka Zek memerah apabila diperlakukan sedemikian rupa.

Paulo yang memerhati mereka berdua menarik tangan Ina dari terus memegang tangan Zek.

Panas hatinya melihat kawan baiknya memegang lelaki lain. "Jom Ina. Aku lapar", kata Paulo memegang perutnya tanda lapar.

"ye ye", kata Ina lalu melambai ke arah Zek. Lambaian dibalas oleh Zek.

Paulo yang melihat memberikan jelingan tajam ke arah Zek. ' kau dekat dengan bestie aku, kau mati', kata Paulo tidak bersuara, hanya gerakan mulut.

Zek menggaru lehernya yang tidak gatal. "she's so cute", kata Zek sendiri.

•••


"Ina", panggil Paulo dengan suara sedikit keras. Ina memandangnya sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut.

Ina dan Paulo menjamah beberapa hidangan dari Malaysia seperti Nasi Lemak Bunga Talang dan Kari Kambing Kawah. Kata Ina, dia rindu masakan gulai kambing kawah neneknya di Malaysia.

"ha, kenapa?", Kata Ina. "explain", kata Paulo memandang wajahnya mendalam. Entah mengapa, paulo nampak begitu maskulin hari ini.  Dan riak wajah Paulo seakan cemburu. Cemburu? Mengarutlah.

Ina menyedarkan diri dari mengelamun sebentar.

"explain apa?", Tanya Ina buntu. Ina mengerutkan dahinya cuba memikirkan perkara yang perlu dia jelaskan kepada Paulo. Dia ada buat salah ke? Paulo nampak macam marah je.  

"siapa lelaki tu?", Kata Paulo seakan marah. 

"ouh lah.. Zek ke? Dia tu kawan satu kumpulan dengan saya. Dan dia penolong ketua kumpulan. Jadi kami mungkin akan habiskan banyak masa dalam 3 minggu ni sekali lah", jawab Ina menyuap kepingan daging kambing ke dalam mulut Paulo.

Alah comel.

Pelanggan-pelanggan yang lain memerhatikan mereka sambil tersipu-sipu malu. Mereka terlihat sebegitu manis dan rapat mengalahkan sepasang kekasih.

Malangnya, mereka hanyalah kawan baik.

"habiskan masa bersama? Habis tu aku macam mana?", Paulo memuncung.

"alah, awak ni, Paulo . Macamlah saya  dengan dia berkepit 24 jam", kata Ina mencubit pipi comel Paulo.

Paulo masih memuncung. "ye ye, tiga minggu je. Saya pasti 3 minggu ni pun awak mesti sibuk dengan si James tu kan? Kalau ada di James tu takde maknanya awak nak kawan dengan saya", kata Ina mengusik Paulo. 

"Mana ada", kata Paulo mula merajuk. Ingatkan makin dia muncung, makin Ina kesian dengan dirinya. Rupanya jauh sekali dari sangkaannya.

"Bukak mulut", kata Ina menyuapkan lagi sesudu nasi ke dalam mulut Paulo.

•••

Sudah hampir tiga minggu program bersama pelajar jurusan perubatan berlangsung dan Ina serta Paulo masing-masing  sangat sibuk .

"esok habis dah program ni. Huh,aku  rasa nak nangis", kata Zek tiba-tiba emosi. Kay menggeleng kepala tanda sudah lali dengan perangai Zek.

Ina hanya mengangguk tanda setuju dengan apa yang dikata oleh Zek.

Aktiviti kumpulan Ina berjaya menyelesaikan tugas mereka dengan baik dan memuaskan.

Mereka dapat pulang awal dari kumpulan yang lain. "Ina", panggil Zek.

"yes?", Kata Ina. "Boleh tak aku nak cakap dengan kau sekejap?", Kata Zek gugup. "uhm boleh", balas  Ina.

Mereka berjalan ke arah taman. "apa yang awak nak cakap, Zek?", Tanya Ina curiga.

"Uhm.. sebenarnya aku ada benda nak bagitahu kau", kata Zek masih gugup. "uhm.. apa dia?", Kata Ina mula tak senang duduk kerana cuaca  terlalu panas. Tisu dikeluarkan dari begnya lalu dilap peluh di dahi. 

"Aku suka kau, Ina", luah Zek tiba-tiba. Ina yang mendengar luahan itu terkaku serta terkedu sebentar.

Ish, tak pernah pulak seumur hidup 22 tahun ni orang luahkan perasaan  dekat dia. Dia pun tak tahu nak balas  macam mana.

Dia hanya anggap Zek sebagai kawan sahaja. Memang rupa parasnya tampan dan sesuai dengan taste Ina, tapi mereka baru kenal. Ina belum sempat nak berputik pun rasa cinta antara mereka berdua. 

"uhm.. terima kasih untuk perasaan awak Zek. Tapi.. saya tak ada perasaan macam tu terhadap awak. Saya minta maaf", kata Ina menunduk. Dia berasa bersalah apabila menolak cinta Zek.

Tapi takkan dia nak terima sebab Zek sukakan dia.

Riak wajah Zek berubah. Dia kelihatan begitu sedih dan kecewa. Lagilah bersarang rasa bersalah di hati Ina. 

"saya minta maaf sekali lagi, Zek", kata Ina lalu pergi meninggalkan Zek di situ. Tak boleh  lama-lama dekat situ. Kang makin bersarang rasa serba salah tu.


Rupanya situasi itu disaksikan oleh Paulo yang baharu sahaja keluar dari bilik kuliah kerana melihat Ina dan Zek bersama.

Dia  nak curi-curi dengar perbualan mereka . Tapi... Macam ni pulak jadinya. 


YOU ENLIGHTEN METempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang