4 ɞ

9 4 0
                                    



Sejak Paulo berkumpulan dengan James, Paulo mula dikenali di minda James.

James selalu mengajaknya makan tengah hari bersama. Paulo pula hanya menurut. Lagipun si Ina sibuk dengan kumpulannya.

Dia takde teman. Lonely sorang-sorang . Baik dia makan dengan James. Si James ni kaya, selalu belanja.

"Paulo", panggil James tiba-tiba. Paulo yang sedang mengelamun terus tersedar.

"ah, ye? Kenapa, James?", Balas Paulo.

"saya tahu soalan ni mungkin akan buatkan Paulo terasa.. tapi boleh saya tahu tarikan seksual Paulo?", Kata James perlahan yang sepertinya malu.

Paulo tersentak dengan soalan James.

Adakah James juga berpendapat sepertinya?

"i like man", kata Paulo perlahan tapi masih boleh James dengar.

Bersinar-sinar kedua bebola mata James. Paulo hanya tersenyum nipis.

'yes, aku ada chance', desis hati James sambil berbunga-bunga. Dia sebenarnya sudah lama meminati Paulo.

Sejak Paulo mula bekerja di restoran berdekatan dengan rumahnya. Restoran itu menjadi tempat kegemarannya kerana terdapat Paulo sebagai pekerja.

Dia menolong Paulo dari diganggu oleh lelaki-lelaki pelik kerana dia ingin Paulo kenal dengan dirinya. Namun hampa, Paulo seakan-akan tidak kenal dirinya pada kali pertama mereka bersapa.

Namun dia tidak berputus asa. Dia ingin merapatkan lagi hubungannya bersama Paulo. Supaya mereka lebih intim.

•••

"Ina pasti ke taknak ikut mama balik Penang?", Kata Anis, ibu kandung Ina.

Bahu kanan Anis dipeluk oleh Colin. Anis menghadiahkan senyuman kepada suami yang tercinta.

"Ya, mama. Lagipun kalau Ina balik Penang... kelas Ina macam mana? Paulo macam mana?", Kata Ina sambil meraih tangan ibunya.

Dia tidak mahu pulang ke Penang bukanlah sebab dia tidak suka rumah neneknya. Dia cuma taknak Paulo keseorangan gitu. Baik betul lah si Ina ni kan?

"Mama rasakan.. Ina bukan anggap Paulo ni kawan sahaja  lah . Ina suka dekat dia kan? Betul tak?", Kata Anis mula menghampiri anaknya itu.

Tubuh kurus anaknya dipegang. "baik cakap betul-betul  dengan mama. Tak baik tipu mama", kata Anis seakan-akan memberi amaran.

Ina menggeleng laju. "Mana mungkin Ina suka kawan baik Ina sendiri mama", kata Ina lalu duduk di atas katilnya.

Anis juga mula melabuhkan punggung lalu diikuti suaminya.

"yeke? Boleh percaya?", Kata Colin pula menambah.

"Iya, papa. Lagipun.. Paulo tu tak  suka perempuan", kata Ina. Nampaknya pertanyaan yang diberitahu Ina membuatkan kedua ibubapanya ternganga.

Mereka nampaknya begitu terkejut apabila mendapati bahawa Paulo gay. 

"lah.. ye ke. Kenapa Ina tak bagitahu mama dengan papa awal-awal?", Kata Anis mula merangkul anaknya.

Pertanyaan ibunya tidak dijawab. Ina sendiri tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan tersebut.

Sebenarnya.. sejak mereka mula berkawan rapat, hati Ina sentiasa berdebar-debar apabila berjumpa dengannya. Layanan Paulo, tatapannya, percakapannya yang lembut terhadap Ina membuat jiwanya tak keruan.  

YOU ENLIGHTEN MEOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz