2 ɞ

8 4 0
                                    


Selepas selesai mereka mengisi perut, Paulo meneman Ina pulang ke rumahnya dengan berjalan kaki. Nampaknya rumah Ina hanya mengambil masa selama 10 minit dari restoran tadi. 

"Saya masuk dulu tau. Babai", kata Ina melambai ke arahnya. 

"Ina..", panggil Paulo menahan tangannya sebelum dia masuk ke dalam rumahnya.

"yes?", Kata Ina memberi laluan untuk Paulo bercakap. "terima kasih untuk harini ", Paulo mula menggeletar.

"eh? Paulo. Awak dah kenapa? Are you okay?", Ina memegang tangan Paulo. Risau pula melihat Paulo sebegini. Tadi okey je.

"terima kasih sebab sudi terima aku sebagai kawan.. kau ", Kata Paulo memegang hujung bajunya.

Ina tersenyum. Dia menghampiri Paulo yang mula menangis teresak esak. Mungkin sudah terlalu lama Paulo tidak mempunyai rakan? Ini sebabkah Paulo begitu tersentuh apabila aku nak berkawan dengan dia?

Tangannya diraih oleh Ina. "aku pun nak ucap benda yang sama dekat kau. Thank you Paulo sebab jadi kawan pertama aku dekat sini", kata Ina tersenyum lebar.

Ina menepuk-nepuk bahunya sehingga  tangisannya reda. Paulo pulang selepas berbual dengan Ina. Ina melambai ke arahnya dan lambaiannya dibalas Paulo bersama senyuman ibarat bunga yang mekar.

Pintu rumah kayu berwarna hijau ditolak Ina. Dari muka pintu utama dia dapat melihat ayahnya yang sedang membaca buku di ruang tamu.

"Anak kesayangan papa! Dah balik?", Kata Colin kepada anak perempuannya.

"papa!", Ina berlari lalu memeluk erat ayahnya . Colin bangun dari duduknya dan membalas pelukan anak tunggalnya itu. Cepat sungguh anaknya membesar. Rasa baharu semalam dia memegang tangan kecil Ina yang kecil seperti walnut itu.

"how's today at school?", tanya Colin sambil mengusap rambut anaknya. "Seronok ! Harini Ina ada kawan baru!", jawab Ina teruja. Matanya bersinar-sinar.

Colin tersenyum. Syukurlah, masih ada yang ingin berkawan dengan anak tunggalnya ini. Kadang-kadang dia juga sendiri heran, kenapa kalau seseorang itu berbeza, perlu dipulau atau dipinggirkan?

Colin sendiri tahu di kejiranan mereka agak memandang rendah kepada orang Asia. Kata mereka, negara-negara di Benua tersebut miskin semuanya. Padahal merekalah salah satu benua yang terbesar yang mempunyai banyak hasil bumi, hasil galian yang dapat menjana hasil pendapatan untuk negara.

"mama mana papa?"tanya Ina. "mama pergi butik", jawab Colin lalu kembali duduk di atas sofa kegemarannya.

"ouh, okeh. Ina masuk bilik dulu tau", Ina menaiki tangga rumahnya lalu masuk ke dalam bilik tidur.

Ina merebahkan tubuhnya ke atas katil empuknya sambil tersenyum girang. " tak sangka aku akan dah ada kawan. Dia pulak baik ", puji Ina sendiri.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Hubungan Ina dan Paulo semakin hari semakin rapat. Mereka akhirnya sudah menamatkan sesi persekolahan tinggi mereka dan masing-masing telah menyambung pelajaran di universiti di Itali.

" apakah perasaan anda selepas masuk universiti ni, encik Paulo?", Kata Ina memberikan botol airnya sebagai mikrofon kepada Paulo yang berjalan di sebelahnya.

" makin seronok", jawab Paulo . Ina terkejut dengan jawapan Paulo. Disenggolnya lengan paulo.

"uish, awak dah ada crush ke ?", tanya Ina sambil menjongketkan keningnya mengusik Paulo . Paulo tersenyum malu. Paulo cuba melarikan pandangannya. 

Ina membuat muka tidak percaya. "apa ni! tak bagitahu pun. Cerita lah, cerita lah", kata Ina mencucuk-cucuk lengan Paulo.

Paulo mengangguk sambil menggigit bibir tanda teruja. Amboi.

YOU ENLIGHTEN MEWhere stories live. Discover now