8 ɞ

15 3 0
                                    

•••

"Saya rasa kita boleh bukak bakery ni dalam dua hari", ujar Aaron sambil melihat keadaan sekeliling kedai tersebut

Ina mengangguk laju. "yeah.. I'm excited! ", Ina tersenyum lebar memikirkan dia akan mempunyai kedai bakerinya sendiri.

"So, aaron. Boleh tak saya nak masuk kedai ni?", Tanya Ina tidak sabar kepada Aaron. Telefon pintar Aaron berdering.

"kejap, Aku jawab call kejap", kata Aaron kepada Ina. Ina hanya mengangguk.

Sejak Ina pulang ke Malaysia 3 tahun lepas, hubungan antara mereka berdua kembali rapat seperti dahulu.

Setelah hampir 2 tahun Ina belajar membuat pastri dan kek, dia teringin untuk membukak kedai bakerinya sendiri. Cuma, dia ingin buka di Milan kerana keluarganya telah menetap di Itali.

"jom.  Maaf lah, tadi ada hal sikit", kata Aaron menyimpan telefon pintarnya ke dalam kot panjangnya yang berwarna kelabu itu.


Mereka masuk ke dalam kedai tersebut. Suasana hiasan dalamannya cukup cantik dan menarik. Tema classic modern sage dipilih Ina.

Katanya dia minat sungguh dengan warna hijau sage. Sampai kalau boleh satu kedai ni dia nak warnakan warna hijau.

"okay tak? Ada apa-apa yang kau rasa perlu tambah ke?", Tanya Aaron yang menjadi interior designer buat Ina.

"okay sangatt! Thank you Aaron! Love you", kata Ina memeluk erat Aaron.

Habis merah padam muka Aaron apabila dibuat sebegitu. Ish, Ina ni. Suka hati dia je ber- 'i love you' dengan orang lain. 

Aaron dari kecil lagi sudah mempunyai perasaan terhadap Ina. Namun disebabkan perpisahan mereka, makin kuat rasa cintanya terhadap Ina.

Dia  kian tidak mempunyai kekasih dek hanya kerana menunggu Ina untuk menjadi miliknya.

Tapi dia sendiri tidak tahu isi hati Ina. Siapakah yang dia suka, Ina tak ada pula berkongsi dengannya.

"dahtu kalau suka, mana reward aku?", Kata Aaron mengangkat keningnya.

"reward? Reward apa ni?", Tanya Ina tidak mengerti.

"eh kau. Penat aku buat kedai kau ni. Paku sana paku sini. Hias sana hias sini. Sampai bengkak jari aku. Ingat free of charge ke? ", Kata Aaron mula mencekak pinggang seperti makcik .

Ina tergelak melihat posisi Aaron. Kelakar lah dah macam makcik di pasar yang tak puas hati sebab tak dapat diskaun 90%.

"ha yelah. Reward apa?", Tanya Ina setelah berhenti ketawa.

"let's have a date for one day", kata Aaron mendekatkan dirinya dengan Ina. Hampir tiada ruang antara mereka.

Ina terkedu lalu menolak Aaron agar menjarakkan sikit kedudukan mereka.

'panas pulak hari ni', desis Ina sambil mengipas-ngipas mukanya. Membahang pula  mukanya tiba-tiba.

"macam mana? Nak tak?", Tanya Aaron yang tersenyum apabila berjaya mengusik Ina.

YOU ENLIGHTEN MEWhere stories live. Discover now