11 ɞ

10 3 0
                                    

•••

Telefon Ina berbunyi. "eh, Aaron", kata Ina apabila melihat nama panggilan tersebut. 

"aaron? Siapa tu?", tanya Paulo curiga. Dia mula mendekatkan dirinya dengan Ina.

Ina menolak lembut tubuh sasa itu. "kawan lama dinda masa dekat Malaysia", jawab Ina.

Paulo mengangguk.Terus dia membawa diri ke bilik kerjanya di tingkat bawah.

Ina mencebik. "jealous lah tu", kata Ina tersenyum sinis. Dia perasan Paulo menarik mukanya seakan merajuk sebelum ke bilik kerjanya.

Dia menjawab panggilan tersebut. "Hi, aaron. Kenapa call ni?", kata Ina sejurus panggilan diangkat. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil king milik Paulo. 

Mereka mula berbual sehingga jam pun sudah masuk pukul 11:30 malam.

Paulo pula tidak dapat untuk mencuri-curi dengar perkara yang mereka bualkan kerana mereka berbual di dalam bahasa Melayu. Entah apa lah yang mereka bualkan.

Dia mengeluh sebentar. Paulo yang dari tadi tidak dapat fokus mula menghempaskan pen hitamnya. 

Dia memandang pintu bilik kerjanya lalu menyumpah. "aish, lama betul dorang bual. Dinda ni memang taknak pujuk aku ke? Ada ke patut sembang dengan lelaki lain padahal boyfriend sendiri tengah masam muka dekat sini?

Kerja aku pun tak boleh jalan kalau macam ni. Ni tak boleh jadi", kata Paulo menanggalkan cermin mata bulatnya. Terus dia berdiri menghampiri pintu.

"dinda..", kata Paulo apabila melihat Ina yang terlebih dahulu tercangak di pintu. Ina menyengetkan kepalanya apabila melihat Paulo seperti gusar.

"kanda okay?", tanya Ina memegang pipi teman lelakinya itu. Paulo menarik mukanya. Dia tak boleh kalah dengan kecomelan Ina. Dia perlu menang dari godaan kecomelan milik dindanya ini.

"buat apa datang sini? Dah habis sembang dengan si mamat tu?", tanya Paulo jelas cemburu dalam nadanya. Ina tergelak kecil. Dia berhenti ketawa apabila melihat wajah serius Paulo.

"sorry", kata Ina senyum segaris.

"aaron", kata Ina menegur Paulo. "apa?", kata Paulo mula geram. Suka hati je sebut nama lelaki lain depan dia. "nama kawan saya  tadi tu aaron ", kata Ina mengusik Paulo yang sudah habis cemberut mukanya.

Seronok pula usik teman lelaki dia yang suka cemburu ni. Comel.

"Siapa boyfriend dinda sekarang ni? Aaron tu ke kanda ni?", kata Paulo yang sudah tidak boleh mengawal kecemburuan dalam dirinya.

"ish, tanya pulak. Mestilah kanda saya ni. Paulo Accardi . Lelaki yang saya sayang sangat dekat dunia ni", kata Ina mula mendekatkan dirinya dengan Paulo lalu mencubit geram pipi lelaki itu.

Pipi Paulo memerah.

Ina terkejut. "oh my. Kanda! Pipi awak merah la! first time pipi kakanda merah lah HAHAHAAH", kata Ina mula ketawa besar. "aduh", gerang Ina apabila perutnya mula kejang akibat terlalu geli hati. 

Inilah pertama kali Ina melihat Paulo malu di hadapannya.

Paulo memuncung. " suka lah tu usik orang macam ni?", kata Paulo mula merajuk. 

"suka suka. Dengan cara ni lah dinda tahu yang kanda sayang sangat dekat dinda", kata Ina mula memeluk Paulo. 

Paulo mula tersenyum. Nampaknya dia kalah lagi dengan Ina. Susah sungguh dia nak merajuk lama-lama  dengan dindanya ini. Tak kuat. Dia membalas pelukan itu lalu mengusap belakang rambut lembut milik Ina.

YOU ENLIGHTEN MEWhere stories live. Discover now