Teaser 4

274 9 0
                                    

ZAFRI tergamam. Dadanya terus berdegup kencang melihat Delisha yang sedang duduk dihujung katil. Wanita itu lengkap bertelekung. Ditangan wanita itu juga turut adanya sejadah.

Sedar akan Dzafri yang sudah keluar dari tandas, lekas Delisha bangun berdiri. Dia tersenyum manis.

Bie… you nak solat Zohor kan? Boleh tak kalau I nak jemaah dengan you. And sambil-sambil I belajar daripada you cara nak solat dengan betul.” Suaranya kedengaran ceria.

Dzafri tersentak. Tumpuannya pada wajah Delisha terus hilang. Dia berdehem. Seakan terleka seketika dengan wajah Delisha yang tersarung telekung tersebut.

Dia tersenyum sinis.

“Solat? Sejak bila you tahu nak solat?” Sinis juga dia memerli seraya melangkah masuk ke ruang wardrobe.

Hati Delisha terhenyak mendengar pertanyaan seperti itu. Dada terasa begitu sakit itu terus dipegang.

Jelas, Dzafri langsung tidak ambil peduli tentangnya. Sehinggakan dia solat sendiri juga lelaki itu tidak tahu.

“Sa… salah ke kalau I nak solat?”

“Bukan salah tapi pelik. Ke you rasa tercabar bila you dapat tahu Aisyah tu macam mana? You jangan ingat bila you berubah nak solat macam ni, hati I terus terbuka untuk you. It’s never be happen.” Tuduh Dzafri melulu. Sememangnya itu yang dia fikirkan.

Sejadah ditangan, Delisha genggam erat.

I just ajak you solat jemaah. Tak ada kena mengena dengan cinta hati you. Sikit pun tak rasa tercabar. Sampai hati you cakap macam tu. I ajak you solat sama-sama kan?”

Apa yang dia dapat sekiranya tuduhan Dzafri itu benar? Solat disebabkan rasa tercabar? Walaupun dia jahil, tapi dia masih tahu apa hukumnya solat disebabkan orang!

Dzafri keluar dari ruangan wardrobe. Dia memandang Delisha.

“Sebelum you ternampak I dengan Aisyah, tak ada pun you ajak I solat sekali. Ini tiba-tiba pula.”

“Umi cakap hidayah itu milik Allah. Kalau Allah bukakan hati I hari ini untuk ajak you solat berjemaah kenapa you nak persoalkan? Lagipun, I boleh belajar cara solat yang sah kalau I ikut you. Tapi kalau you tak sudi, tak apa. I… boleh solat sendiri.” Delisha mengalah. Berbahas dengan orang cerdik seperti Dzafri akan merobekkan hatinya kelak.

Jadi, layak lagikah Dzafri mengutuk dia soal solat? Lelaki itu juga sekali pun tidak pernah mengajaknya untuk solat bersama-sama. Yang Dzafri tahu mengutuk dan menghinanya yang lemah soal agama.

Diam. Dzafri hanya memandang pergerakan Delisha yang sudah membentangkan sejadah dan mula mengangkat takbir.

Hatinya berbisik sesuatu.

Wajah diraut kasar. Dia memang pantang bila bercakap bersama Delisha. Akan ada saja yang tidak kena padanya.

𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐃𝐄𝐋𝐈𝐒𝐇𝐀 (𝙀-𝙗𝙤𝙤𝙠)Where stories live. Discover now