Teaser 7

309 11 0
                                    

DZAFRI yang memandu sesekali dikerli Delisha. Lelaki itu hanya mendiamkan diri sedari tadi. Disebabkan Dzafri sememangnya bersikap seperti itu, Delisha tidak dapat mengagak sama ada lelaki itu marah kepadanya ataupun tidak.
Delisha menghela nafas perlahan.

Bie…”

Tiada sahutan dari Dzafri. Sebaliknya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya.

You marah I?”

Tetap tiada sahutan mahupun jawapan. Delisha diserang serba salah. Sudah pasti Dzafri bengang dengannya sekarang. Dia sudah memaksa lelaki itu sekali lagi untuk ikut kemahuannya.

I minta maaf kalau I ni sangat memaksa you. I cuma nak habiskan masa bersama dengan you je.”

Dari mengawal stereng menggunakan tangan kanan, Dzafri menukar menggunakan tangan kiri. Dia mengusap-usap dagu bersama senyuman sinis dibibir.

“Habiskan masa dengan I?” Dia tertawa sinis. “Tak cukup ke masa setahun I bazirkan untuk you habiskan masa dengan I?”

Pedih.

Pertanyaan yang menyebabkan Delisha membisu. Cukup pedih untuk menerima kenyataan bahawa Dzafri menganggap bersama dengannya ada perkara yang membazirkan masa lelaki itu.

Sampai di destinasi mereka dan Dzafri juga sudah selesai meletakkan kereta, Delisha keluar dari kereta dengan perasaan teruja.

“Jom, bie.” Lengan Dzafri diraih erat.

“Flora Delisha! Boleh tak you jangan buat perangai gedik you dekat tempat-tempat yang macam ni? Rimas!” Herdik Dzafri sedikit kuat serta menarik lengannya dari rangkulan Delisha.

Dia cukup pantang dan tidak selesa bila itu yang dilakukan Delisha.

Terpinga-pinga Delisha memandang Dzafri. Untung saja diruang tempat letak kereta tersebut tiada satu orang pun disitu. Jadi, hanya dia saja yang mendengar herdikan Dzafri.

Dia menunduk.

Sorry.”

Sorry again. I menyampah dengan perkataan sorry you tu. Then, you buat lagi. Jalan cepat!”

Terkial-kial Delisha cuba meraih langkah panjang Dzafri. Berjalan diatas jalan berbatu seperti ini menyukarkan dia untuk mengejar Dzafri.

Entah dimana silapnya, bercampur dengan cahaya yang samar-samar telah menyebabkan dia terpijak salah satu batu yang besar. Lalu terjatuh disitu.

“Aww!”

Cuba menahan diri dari terhempap, lutut dan tapak tangannya menjadi mangsa untuk menahan.

Dzafri laju menoleh mendengar rintihan itu. Kepala digelengkan sebelum dia mendengus lalu mendekati Delisha semula.

You jalan guna apa ni? Mata letak dekat mana?”
Delisha yang mendengar soalan berserta suara keras Dzafri itu menjadi sebak. Dengan rasa kesakitan pada lutut dan tapak tangan, dia cuba untuk bangun sendiri. Bimbang sekiranya Dzafri memarahinya lagi.

Kini, dia berdiri dihadapan Dzafri seperti orang yang bersalah.

I… I tak nampak tadi ada batu besar dekat depan.” Sibuk nak mengejar kaki panjang Dzafri sehingga lupa untuk berhati-hati.

I paling tak suka dengan orang yang menyusahkan especially you!” Tajam Delisha dipandang.

Akhirnya Dzafri berjalan untuk menuju ke keretanya semula. Sudahlah dia diajak secara paksa ke sini. Delisha pula buat hal.

“Balik!”

Terangkat kedua-dua belah bahu Delisha dengan arahan itu sebelum berpatah semula ke kereta Dzafri bersama hati yang kecewa.

𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐃𝐄𝐋𝐈𝐒𝐇𝐀 (𝙀-𝙗𝙤𝙤𝙠)Where stories live. Discover now