Teaser 6

306 11 0
                                    

Shawl digenggam erat. Bibir diketap menahan tangisan yang akan pecah. Sebak dihati apabila melihat diri sendiri melalui pantulan cermin. Biarpun sekadar menutupi rambut begitu, sudahpun membuatkan hatinya dirundum sebak yang amat.

Ya Allah!

Sesungguhnya selama ini dia terlalu lalai dengan nikmat yang diberikan.

You buat apa ni? Buang tabiat?”
Suara garau milik Dzafri menyedarkannya. Air mata lantas diseka dan shawl ditarik jatuh dari kepala. Perlahan dia berpusing memandang Dzafri yang memandangnya sedikit pelik.

Delisha menggeleng.

Nothing.”

Tiba-tiba kedengaran ketawa sinis dari Dzafri. Lelaki itu berpeluk tubuh.

First, tiba-tiba you solat even selama ni I tak pernah nampak you solat. And now what? Try nak bertudung pula? After you know yang I tetap pilih Aisyah berbanding you? I rasa apa yang I fikir ni betul. You rasa tercabar.”

Delisha terkedu. Sekali kali Dzafri menuduhnya begitu. Bibir sedikit bergetar.

I ni teruk sangat ke dekat mata you?”

“Soalan yang tak perlukan jawapan daripada I sebab you sendiri pun tahu. I tak sukakan you sejak dulu lagi, Del. Remember that.” Balas Dzafri seraya menunding jari telunjuk di tepi dahinya.

Then, orang teruk macam I tak boleh berubah? Nampak hina ke kalau I nak berubah? I... I tak faham dengan you. Satu sebab I sukakan you sebab you ni jenis tak suka memperendahkan orang. Semua orang tahu Abah dengan Umi macam mana. Alim. Penuh didikan agama and tak terlepas juga you.” Delisha sempat mengetap bibir mengawal emosi sebelum menyambung.

But why bila you dapat isteri macam I, you tak boleh nak didik I and bimbing I ke jalan yang sama dengan you? Kenapa you perlu hina I, kutuk I macam I ni manusia yang tak layak nak berada di jalan yang sama dengan you?” Dihujung ayat, suaranya kedengaran bergetar. Seiring dengan jantung yang berdegup kencang menyoal Dzafri sebegitu.

Biarpun sedikit tergamam dengan soalan yang begitu menyentakkan hati, Dzafri masih lagi berlagak biasa.

Satu persatu langkah kakinya menghampiri Delisha. Tajam pandangan menikam wajah tersebut. Menggambarkan betapa dia tidak suka dengan wanita itu.

“Bagi I, you tetap Flora Delisha yang sama sebelum you paksa I kahwin. You tetap Flora Delisha yang gedik, angkuh, sombong dan berlagak! Macam yang I cakap sebelum ni, I tak akan pernah lupa you adalah penyebab Opah I meninggal!”  Geraham milik Dzafri bergerak-gerak menandakan lelaki itu menahan amarah dan dikawal.

You tak layak untuk berubah sebab you akan tetap Flora Delisha yang sama! Sekali pun you betul-betul berubah, itu tak mampu ubah hati I untuk cintakan you!”

Tatapan tajam mata Dzafri turut Delisha balas tanpa gentar. Tentang hatinya saat ini tidak usah dibilang. Hancur lagi dan lagi!

Hujung bibir terbit senyuman sinis yang Dzafri tidak sedar.

You… yakin?”

Serta merta wajah Dzafri berubah sedikit terkejut. Mengapa dia perlu rasa sesuatu?

Even dah setahun kita jadi husband and wife, I yakin you belum cukup kenal dengan I. Tapi, tak apalah kalau itu yang you cakap and… you yakin. Bila I nak kan sesuatu, I akan usaha sampai I dapat. But, once hati I dah berubah, I dah tak peduli lagi kalau I tak dapat sesuatu tu.” Penuh mendalam maksud yang tersirat disebalik ayat yang dituturkan Delisha.

Delisha tersenyum hampa.

“After you dah sah jadi suami Aisyah, I akan usaha untuk hapuskan rasa cinta I pada you. Supaya you dah tak perlu risau kalau-kalau I nak rosakkan hubungan you dengan Aisyah. I’m promise.” Jari kelingkingnya ditayang dihadapan Dzafri.

Wajah Delisha dan jari kecil itu dipandang silih ganti. Ketika ini, sekali lagi Dzafri rasakan sesuatu yang aneh seakan menjalar di tangkal hatinya. Untuk kesekian kalinya juga, dia tidak suka melihat wajah Delisha yang cukup yakin berkata seperti itu.

𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐃𝐄𝐋𝐈𝐒𝐇𝐀 (𝙀-𝙗𝙤𝙤𝙠)Where stories live. Discover now