Teaser 10

608 20 8
                                    

PEMERGIAN Dato’ Farid dan Datin Raihana diiringi oleh orang ramai. Siapa sajalah yang kedua orangnya itu ada selain dari kenalan-kenalan rapat perniagaan Dato’ Farid. Orang tuanya tiada sanak saudara yang lain.

Dengan kekuatan yang masih bersisa, Delisha bangkit dari sebelah pusara kedua orang tuanya. Jag yang berisi air bunga dicapai kemudian disiram kedua-dua pusara tersebut. Hampir lembik, namun digagahkan jua.

“Mommy teringin nak tengok you tutup aurat.”

“Jangan tinggalkan Daddy dengan Mommy lagi. Apa-apa masalah you can talk to us.”

Mulut ditekup menggunakan lebihan shawl. Tidak mahu mengeluarkan tangisan dihadapan orang ramai. Tidak ingin menangis dipusara Daddy dan Mommy.

Selesai, dia beralih semula ke tempat dimana dia duduk sebentar tadi. Hadif setia menemaninya dibelakang sedar tadi. Lelaki itu selalu menjaganya dari hospital sehinggalah pengurusan jenazah selesai.

Pusara Dato’ Farid diusap.

Dad... Mom... tunggu I dekat syurga ya.” Bibir diketap.

Dia fikir dia kuat, tetapi dia silap. Akhirnya dia menunduk dan menangis semahu-mahunya. Tanpa mengeluarkan suara. Dada yang sakit ditekan kuat.
Bagaimana dia ingin teruskan hidup tanpa kasih sayang orang tuanya?

Terpandang sesuatu, Hadif segera menunduk. Berbisik sesuatu ditelinga Delisha.

Family mertua you dah sampai.”

Mendengar itu, Delisha terus berdiri lalu menyorok di belakang Hadif. Separuh wajahnya dilindungi dengan shawl dan menunduk. Dalam keadaan begini sekali pun, dia tidak mahu mereka tahu akan kepulangan dia.

Nampak kelibat Hadif, Dzafri menuju ke arah lelaki itu. Hairan bagaimana Hadif boleh berada disini.

“Hadif...” Panggilnya.

Sebaik mungkin Hadif menjaga riak wajah agar tidak kelihatan terlalu cuak.

“Macam mana kau boleh ada dekat sini juga?”

Sedar Dzafri disebelah Hadif, Delisha bergerak sedikit menjauh dari belakang dan berdiri disisi Hadif. Harap sesiapa saja tidak mengecam dia.
Hadif terkelu.

“Err... aku...” Ligat otak berputar memikirkan jawapan yang bernas.

“Ke-kebetulan aku lalu dekat kawasan rumah arwah mertua kau. Then aku nampak kebakaran tu. Terus aku singgah and call bomba.” Harap Dzafri tidak soal banyak. Mati idea untuk menjawab.

Rasakan jawapan Hadif itu bernas, Dzafri tidak bertanyak banyak lagi. Cuma, dia meliarkan mata mencari sosok tubuh yang dinantikan. Dahi berkerut.

Tidak mungkin Delisha tidak hadir. Tidak tahukan wanita itu tentang pemergian mertuanya?

𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐃𝐄𝐋𝐈𝐒𝐇𝐀 (𝙀-𝙗𝙤𝙤𝙠)Where stories live. Discover now