𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓜ℯ𝒹𝒾𝓃𝒶 02

1.3K 128 44
                                    

Tangan yang mencekak pinggang ditarik turun ke bawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tangan yang mencekak pinggang ditarik turun ke bawah. Keluhan kecil dilepaskan dari bibir. Sebelah tangan diangkat memicit kepala yang terasa agak berat. Kenapa sejak akhir-akhir ni hati aku menjadi tidak sedap?

Rasa tidak enak memenuhi setiap sudut ruangan di dalam hati. Aku cuba berfikir positif namun tetap hatiku berkeras menolak pandangan tersebut.

Seolah-olah ada sesuatu yang besar bakal berlaku sebentar lagi dan aku tidak mahu tahu apakah ia. Perasaan sahaja ni betul tak? Tidak ada apa-apa yang akan berlaku kan?

Bagi membuatkan aku tidak memikirkan hal tersebut aku mengambil keputusan untuk berlalu ke arah dapur. Mata memandang ke arah luar melalui tingkap yang terdapat disitu. Kelihatan kosong sahaja pada pandangan anak mataku sejak empat tahun yang lalu. Segalanya sudah tidak seperti dulu. Kosong. Hatinya kosong.

Aku memejamkan kelopak mataku yang mula menakung air mata. Rasa sebak mula menguasi jiwa. Alahai kenapa murah sangat air mata aku sejak akhir-akhir ni? Penat lah jadi cengeng ni.

Kalau dulu, aku menangis ada orang tolong pujukkan. Tolong lap air mata. Sekarang aku sudah tidak punya sesiapa. Menunjukkan betapa alonenya aku sekarang ni. Huh!

Dan untuk itu, otak aku terus membawa kembali ke empat tahun lepas. Disaat aku dan Qash Arsyad sedang hangat bercinta.

Jap, bila fikir balik dah tua dah aku sekarang ni! 28 tahun!

| QarAin |

Empat tahun yang lalu...

"Sayang? Lahai mana awaknya?" Panggil Qash Arsyad sambil melangkah masuk ke dalam dapur. Dipanjangkan lehernya untuk melihat sama ada orang yang dicarinya ada atau pun tidak.

Kosong.

Qash Arsyad meraup rambut panjangnya. Puas dia mencari seluruh kawasan rumahnya. Namun, kelibat yang dicari masih belum nampak bayangnya. Kelopak matanya dipejam seketika. Mencari ilham disebalik kegelapan tutup mata.

Hutan.

Hijau.

Qash Arsyad kembali membuka kelopak matanya. Nurain Medina memang sukakan kehijauan alam semulajadi. Pasti gadis itu berada di sekitar taman bunga rumah ini. Qash Arsyad senyum sendiri. Kakinya melangkah ke arah taman mini di luar rumah.

Rasa macam cara yang bodoh tapi itu adalah cara dia tersendiri.

Entah la kadang-kadang dia rasa tak betul juga. Haha!

Senyuman terukir di bibir tatkala figura yang dicari sudah dijumpai. Perlahan-lahan langkahnya menghampiri Nurain Medina. Terus mati senyuman Qash Arsyad saat melihat pipi isterinya kelihatan basah dengan air mata. Sudah, kenapa pulak ni?

"Sayang, kenapa ni?" Soal Qash Arsyad prihatin. Resah hatinya melihat gadis kesayangannya menangis tiba-tiba. Sakit hati.

Aku tidak menjawab. Masih diam.

HIS IMPERFECT MEMORY (on going)Where stories live. Discover now