𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 30

430 41 4
                                    

Aza Qarizh

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Aza Qarizh

Aku hanya mampu diam. Hati aku terasa berat dengan kata-kata Medina tadi, tetapi aku tidak mahu menunjukkan apa-apa reaksi. Wajah angkuhnya masih terbayang di mata aku. Dia langsung tidak menyesal dengan apa yang dia katakan—seolah-olah setiap patah perkataannya tidak memberi kesan kepada aku.

Aku menggenggam jemari sendiri. Cuba menahan perasaan seorang diri. Amarah yang semakin menggelegak cuba dikawal sehabis baik.

Aku bukan tidak cuba langsung untuk menjadi seorang suami yang baik untuk dia, malah lebih dari itu. Aku dah buat lebih dari apa yang aku sendiri sangkakan.

Satu hari nanti kau akan tahu, Medina. Kau akan sedar sendiri yang aku lebih layak berbanding dengan arwah suami kau yang tak guna tu!


















Malam itu, ketika Medina sudah lena dibuai mimpi, aku berdiri di sisi katilnya. Mataku merenung setiap inci yang membentuk wajah wanita itu. Nafasnya perlahan, teratur, seolah-olah tiada apa yang mengganggu fikirannya.

Aku tunduk sedikit sambil mataku perlahan memandang jemari kirinya. Cincin perkahwinan yang Arsyad berikan masih tersemat di situ. Rahangku diketap kuat.

"Kau istimewa, Medina." bisikku perlahan bersama anak mata yang tidak lepas dari sebentuk cincin itu. Sinar mataku tajam seolah-olah merenung musuhku dengan renungan membunuh. Penuh dendam.

"Aku tak pernah rasa macam ni."

Jari-jemariku naik menyentuh helaian rambutnya yang sangat lembut. Penuh berhati-hati seakan melindungi perkara yang sangat berharga. Seolah-olah Medina itu sesuatu yang mudah retak. Fragile.

"Hati aku memang nak sangat cintakan kau." sisi wajahnya aku usap perlahan. Lembut, penuh lemah dan berhati-hati.

"Aku ni seolah-olah merindui sesuatu yang tidak kesampaian, Medina. Sebelum aku jumpa kau, hati aku rasa kosong sangat." Tangan aku naik menyentuh dada sendiri seakan cuba memahami gelora yang melanda.

"Tapi lepas aku jumpa kau, segalanya bagaikan sempurna. Hati aku rasa lengkap."

Aku mengukir senyuman lebar. Bagiku, perjumpaan dengan Medina adalah momen yang paling indah buatku. Wajah Medina yang nyenyak tidur itu aku pandang lagi.

"Sejak dari tu aku tahu, kau merupakan kepingan puzzle yang aku cari selama ni."

Tiba-tiba senyumanku mati. Anak mataku turun merenung tangan kiri Medina.

"Tapi kau, tak habis-habis ingat dekat suami kau yang dah lama mampus!"

Suara yang keluar hanya dari celahan gigi. Amarah yang semakin membara aku cuba kawal sehabis baik. Aku sudah berjanji untuk tidak terlalu ikut perasaan tetapi aku tahu suatu hari nanti kesabaran aku akan teruji dengan kedegilan Medina.

HIS IMPERFECT MEMORY (on going)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt