𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 18

555 60 2
                                    

Dari jauh aku nampak Zakwan menapak menghampiri aku

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

Dari jauh aku nampak Zakwan menapak menghampiri aku. Aku tak tahulah nak rasa apa. Aku nampak dia aku rasa nak marah.

Rasa nak cekik tu menggila sebab dia dengan penuh rasa tak bersalah kata dekat aku dia lah yang bagi cadangan dekat Qarizh untuk mengahwini aku. Sungguh aku rasa nak lempang wajah kacak Zakwan.

"Morning." Kata Zakwan bersama senyuman trademark. Aku juling mata. Buang pandang ke arah lain. Tubuh sendiri dipeluk. Malas nak cakap dengan Zakwan. Aku benci dia. Aku benci semua orang!

"Marah I lagi?" Suara Zakwan mula diselit rasa bersalah. Dia cuba mencuri perhatian aku. Aku malas nak layan. Tapi aku tak salahkan dia. Aku lebih bencikan seorang lelaki bernama Aza Qarizh. Sebab aku memang tak suka dia!

"Tak saya tak marah. Cuma saya rasa dikhianati." Balasku tanpa memandang wajah Zakwan. Kalau kami langsung tidak bertegur sapa memang sunyi sesunyinya aku dalam rumah besar ni. Aku? Nak cakap dengan Qarizh? Lambat lagi. Aku pandang muka dia pun rasa nak tembak.

Dari hujung mata aku nampak Zakwan mengulum senyum. Kedengaran lelaki itu melepaskan nafas lega. Lega mungkin sebab aku tak merajuk dengan dia. Mana mungkin aku nak merajuk dengan Zakwan.

Dia lah diantara yang paling memahami aku dalam rumah ni selain Cik Ana. Nak harap Qarizh? Memang mintak kaki. Silap-silap perasaan aku pun dia tak kesah. Pandang sebelah mata pun tak nak. Apa yang dia nak mesti benda tu bagi kepentingan untuk dia. Pentingkan diri!

Selfish bagi dia ja!

Yang semalam tu apa cita?

Kita lupakan!

Seronok kutuk dia sampai tak sedar bibirku melebar senyum. Tak sedar tengah kutuk suami sendiri. Eh, aku tak pernah lah nak anggap dia suami. Tak hingin langsung! Niat pun tak! Bagi aku dia hanyalah seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Terpaling selfish!

"Lebar betul senyum. Kutuk Tuan Muda lah tu." Tebak Zakwan memang tepat mengena sasaran. Entah macam mana dia tilik muka aku. Dari mana dia belajar pun tak tahu. Macam tahu-tahu ja yang aku tengah kutuk bos dia. Yalah dia ja yang paling faham aku.

"Kenapa? Tak boleh saya nak kutuk mamat tu?" Aku angkat kening kepada Zakwan sambil tersengih. Baru rasa lapang segala urat saraf aku. Mana taknya asyik menegang sahaja bila dengan Qarizh. Tak pernah rasa nak senyum langsung. Bagi aku senyuman aku langsung tak layak untuk dia. Dia hanya suami atas kertas. Langsung tiada makna bagi aku.

"Memang tak boleh." Tegas Zakwan bersama satu pandangan tajam. Amboi sayang betul ya dia dengan Qarizh. Zakwan merapat sebelum menyambung kata.

"Kalau tak ajak I."

Terhambur tawa Zakwan. Aku juga sama. Amboi kena ajak dia dulu baru boleh memulakan sesi kutuk mengutuk. Baik, lepas ni kalau nak kutuk aku ajak dia, ajak Damien, kalau Cik Ana nak join jugak baru lagi meriah kan? Semakin lebar mulut aku ternganga. Betul-betul terhibur dengan lawak kering Zakwan.

HIS IMPERFECT MEMORY (on going)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt