𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 24

447 46 3
                                    

"Medina?"

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

"Medina?"

Aku sedikit tersentak saat suara Qarizh menyapa koklea. Fikiran yang tadi sibuk menafsir kata-kata Zakwan terus terhenti. Aku mendongak, memandang wajah Qarizh yang sedang tersenyum manis. Senyuman itu senyuman yang semakin sukar untuk aku nafikan kesannya.

Debaran kian terasa. Jantung semakin kuat bekerja menjadikan aku semakin tidak tenteram. Lantas, aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Tidak betah untuk memandang lelaki itu terlalu lama.

Aku tidak cukup kuat untuk menahan hati yang semakin mahukan dia.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu.

"Qarizh," panggil aku perlahan.

Qarizh memandang aku. Senyuman itu masih tidak lekang dari bibirnya. Liur ditelan sekali. Cepat-cepat mengembalikan fokusku terhadap perkara yang sepatutnya.

"Apa maksud Zakwan tadi?" soalku kepada Aza Qarizh. Kini aku telah memberikan sepenuh fokusku terhadap reaksi Qarizh.

Qarizh hanya angkat kening tanda tidak mengerti. Wajahnya langsung tidak menunjukkan yang dia sedang bermain ataupun bergurau. Dia memang betul-betul tidak faham dengan soalan yang aku telah ajukan.

"Maksud Medina?"

Aku menghela nafas perlahan. Qarizh memang betul-betul tidak faham nampak gayanya. Aku ingatkan dia tahu. Yalah mungkin Zakwan ada bagitahu dia sikit-sikit.

Mungkin.

"Maksud saya, kenapa dia cakap dia rindu suasana ni? Suasana kita bermesra. Awak tak syak sesuatu yang pelik ke?" soalku kepada Qarizh.

Lama aku memerhati seraut wajah yang kini sudah hampir berjaya membuka pintu hati aku. Hanya tinggal aku untuk membenarkan dia masuk. Jangan haraplah aku nak bagi dia masuk. Sebab hati aku dah ada Qash Arsyad.

Qarizh diam seketika. Seolah-olah sedang berfikir. Dia diam sambil merenung ke suatu tempat. Seketika jantungku laju mengepam darah.

Entah mengapa aku takut dengan aturan takdir kali ini. Ada sesuatu yang cuba disampaikan, cuba dilontarkan, cuba membuat aku lebih faham dan mengerti. Tetapi sehingga sekarang aku tidak dapat mengenal pasti apakah perkara tersebut.

Semuanya masih kekal sebagai misteri.

"Kenapa Medina tanya macam tu?" soal Qarizh semula. Kini dia memandang aku semula setelah sekian lama memerah otak. Wajahku diteliti seolah sedang mencari sebab mengapa aku ragu dengan Zakwan. Liar matanya, liar lagi jantungku berdegup.

Janganlah tengok aku macam tu!

"Bukan. Saya tanya awak sebab... cara dia macam dia dah lama kenal awak." Aku pandang Qarizh.

"Awak tak rasa macam tu?" Aku menyoal dengan riak wajah curiga.

Lelaki itu masih sama. Kekal diam dan setia mendengar setiap patah yang keluar dari celahan bibir aku. Sekali sekala lelaki itu mengukir senyum apabila aku bersungguh-sungguh mahu yakinkan dia yang Zakwan itu pasti tahu sesuatu tentang dia.

HIS IMPERFECT MEMORY (on going)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt