𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 33

407 45 1
                                    

10 BULAN KEMUDIAN

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

10 BULAN KEMUDIAN

Aku melangkah masuk ke dalam bilik. Terlihatnya Qarizh berdiri di tengah-tengah bilik sambil meraup rambut panjangnya supaya terlihat lebih kemas. Aku tersengih jahat. Gunting di tangan aku pandang lama. Ada misi yang aku perlu jayakan harini.

Potong rambut Qarizh.

"Abang." panggilku membuatkan Qarizh laju menoleh memandang aku. Aku tersenyum simpul. Menghampiri si dia yang sudah tersenyum lebar. Aku suka tengok senyuman Qarizh. Manis. Dan dia hanya tersenyum bila dengan aku sahaja.

Alahai, sweetnya suami aku!

"Medina, aku masih rasa ini semua mimpi." kata Qarizh perlahan. Buatkan senyuman jahatku mati serta-merta.

Suaranya yang kedengaran sayu itu buatkan hatiku disapa rasa sedih yang menebal. Aku tahu yang dia masih berhati-hati dengan hubungan kami. Macam mana lagi aku nak tunjuk dekat dia yang aku ikhlas dalam perkahwinan ni?

Perlahan aku menapak menghampiri Qarizh. Aku berdiri menghadap lelaki itu sebelum kepala aku mendongak ke arahnya yang lebih tinggi. Tangan aku naik mengusap wajahnya sebelum tubuhnya aku dakap erat. Haruman semula jadi dari tubuhnya buatkan hatiku disapa nyaman. Hatiku rasa tenang.

"I am your reality, abang." bisikku perlahan. Aku memaksudkan apa yang aku katakan tadi. Aku tak nak kehilangan dia. Aku nak hidup dengan dia bersama dengan anak dan cucu kami yang bakal mendatang. Aamin.

"Thank you Medina." Qarizh membalas dakapan aku sebelum ubun-ubunku dikucupnya lama. Satu rasa hangat menyusup masuk ke dalam jiwa buatkan aku rasa selamat berada dekat disampingnya. Qarizh meleraikan pelukan kami sebelum wajahku dipandang pelik.

"Aku nampak kau pegang gunting tadi. Nak buat apa dengan gunting tu Medina sayang?" soal Qarizh buatkan aku teringat semula tujuan utama aku datang ke sini.

Aku kembali mengukir sengihan jahat. Gunting yang berada di dalam genggaman aku pandang bersama seribu satu muslihat. Wajah Qarizh aku pandang tajam.

Qarizh angkat kening pandang aku sebelum wajahnya terus berubah apabila perasan akan sesuatu.

"No, you don't!" larang Qarizh keras sebelum terus menolak tubuhku ketepi.

Aku tergelak jahat melihat reaksinya yang kelihatan ketakutan. Takut sangat aku nak potong rambut dia ke?

"Please, abang! Rambut panjang abang tu tak kemas langsung. Medina nak potong!" balasku sambil ketawa jahat. Kalau dalam cerita disney mesti aku dah ketawa jahat sambil menutup mulut acah ayu. Maklumlah villain yang paling ayulah katakan.

HIS IMPERFECT MEMORY (on going)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt