𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓜ℯ𝒹𝒾𝓃𝒶 51

377 34 4
                                    

Kedua belah tangan menggenggam kuat stereng kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kedua belah tangan menggenggam kuat stereng kereta. Lagu yang dimainkan di corong radio langsung tidak menghilangkan kegusaran yang melanda jiwa. Sekali-sekala jari-jemarinya mengetuk permukaan stereng menghasilkan irama yang hanya difahami wanita itu.

Rambut panjangnya diraup perlahan. Bibir bawah digigit bagi menghalau segala resah yang bertandang. Kelilingnya dipenuhi dengan hutan tebal dan di jalan yang penuh suram ini hanya ada keretanya sahaja yang meluncur laju membelah jalan raya. Langit malam yang kelam menambahkan lagi rasa seram yang ada.

"Tak guna punya waze. Kenapalah kau bawa aku lalu dekat jalan macam ni?" bebel wanita itu sambil tidak berhenti memandang ke kiri dan ke kanan. Hanya hutan yang tebal, kabus nipis dan laluan jalan ini hanya diterangi oleh cahaya lampu dari keretanya.

Sepasang matanya beralih memandang skrin telefon yang memaparkan seluruh perjalanannya. Kira-kira lagi 10 minit barulah dia tiba di destinasi. Hatinya berdegup kencang. Otak sudah merancang satu idea yang tidak pernah dia lakukan sebelum ini.

Alang-alang jalan ini hanya dia sahaja yang lalu, jadi tidak salah untuk dia memecut sehingga 100 kilometer perjam. Boleh cepat sampai rumah abangnya, Qash Ariyaz dan dia juga tidak betah untuk berada disini terlalu lama. Bagaikan ada mata yang memerhati dan dia benci berada dalam keadaan macam tu.

"Arisha, kau boleh buat."

Stereng kereta dipegang kuat. Kaki kanannya sudah bersedia di pedal minyak. Perlahan mula memijak sehingga kelajuan keretanya bertambah. Sebuah kereta Audi itu laju membelah jalan yang lenggang tanpa sebarang kereta lain. Pergi mampus dengan segala kegusaran yang ada. Dia tidak mahu duduk disini seorang diri.

Saat keretanya mula laju bergerak, Arisha baru perasan ada seseorang berpakaian gelap melintasi jalan yang dilaluinya. Jantung Arisha bagaikan berhenti dari berdegup. Kejung tubuhnya melihat lelaki itu berdiri terpacak di tengah jalan tanpa bergerak walaupun sedikit. Laju tangannya membunyikan hon agar menyedarkan lelaki itu.

Tidak sempat.

Bahagian hadapan kereta Arisha laju menghentam tubuh lelaki itu sehingga terpelanting jauh dari keretanya. Arisha terkedu. Peluh dingin mula merenek di dahi. Menggeletar seluruh tubuhnya berfikir tindakan selanjutnya. Apa yang patut dia lakukan sekarang?

Mengumpul segala kekuatan yang ada, Arisha menguak pintu keretanya untuk melihat keadaan lelaki itu. Kencang jantungnya mengepam darah seakan memberi tekanan kepada dirinya terhadap keadaan lelaki itu. Kakinya mula menapak selangkah demi selangkah sehingga dia berhenti betul-betul dihadapan lelaki itu.

Darah mengalir, tubuh kaku tidak bergerak namun dadanya laju naik turun seakan masih bertarung dengan nyawa di hujung tanduk. Matanya masih terbuka namun terlihatnya seperti mencari sesuatu. Arisha mengetap bibir.

Sepantas kilat telefon yang tersimpan di dalam poket ditarik keluar. Laju nombor telefon kecemasan didail sebelum ditekan.

Arisha bermundar-mandir di hadapan lelaki
itu. Mulutnya tidak berhenti terkumat-kamit menyalahi diri sendiri. Liur ditelan berkali-kali. Jantungnya menggila. Ruang yang diduduki mereka berdua pula seakan memberi tekanan dan rasa bersalah kepada Arisha.

HIS IMPERFECT MEMORY (on going)Where stories live. Discover now