𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓜ℯ𝒹𝒾𝓃𝒶 55

339 40 7
                                    

"Ariyaz!"

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

"Ariyaz!"

"Apa yang kamu buat ni?" soal Encik Azrul sambil menarik tubuh Ariyaz menjauhi Qarizh. Ariyaz keraskan tubuhnya. Dia tidak mahu bergerak walaupun sedikit. Puan Ezra merapati tubuh anak lelakinya itu. Wajah tegang Ariyaz diperhati tanpa kelip.

Qarizh masih terkejut dengan tindakan drastik dari Ariyaz. Tangannya naik menyentuh pipinya yang masih terasa pijar sehingga berdesing telinganya. Hujung bibirnya pecah. Ada darah yang mengalir menunjukkan betapa kuatnya penampar Qash Ariyaz.

"Kenapa ni, Ariyaz?" soal Puan Ezra pula. Lengan Qash Ariyaz diusap lembut dalam usaha untuk menenangkan dalaman Ariyaz yang sedang bergelora. Boleh nampak di bahagian sisi kepalanya timbul urat-urat hijau.

Mata Qash Ariyaz yang masih kemerahan itu menikam dalam wajah Qarizh yang masih statik tidak berpaling. Lelaki itu masih menunduk. Langsung tidak ada niat untuk mengangkat wajah. Hati Qarizh berkocak hebat. Pelbagai perasaan bercampur menjadi satu. Rasa terkejut, marah dan keliru. Dia tidak tahu dia patut rasa yang mana. Qarizh buntu.

Qarizh perlahan berpaling ke arah mereka empat beranak. Nafasnya terasa berat. Masih mencerna tindakan tiba-tiba Ariyaz tadi. Matanya tidak berkelip merenung tindak-tanduk Qash Ariyaz.

Qash Ariyaz merapat. Wajah Qarizh yang masih keliru itu diperhati dengan mata yang masih basah. Ariyaz mendongak seketika, seakan mengumpul kekuatan untuk bertentang empat mata dengan lelaki yang dia susah untuk percaya adalah adik kandungnya sendiri. Lelaki di hadapannya kini adalah Qash Arsyad Ikhtiari.

"Jawab soalan aku. Angguk atau geleng sahaja." ujar Ariyaz bersama suara yang tertahan-tahan. Anak mata coklat gelapnya merenung jauh ke dalam anak mata coklat cair milik Qarizh. Qarizh menelan liur. Apa pula kali ni?

Ariyaz menarik nafas panjang.

"Angguk kalau betul kau adalah Qash Arsyad."

Qarizh terpanar. Soalan itu bagaikan merentap seluruh jiwanya. Saat suara Ariyaz menggema di dalam ruang wad, terus wajah ketiga-tiga mereka yang masih setia di belakang berubah terkejut. Jelas tidak percaya dengan apa yang Ariyaz soalkan.

Dada Puan Ezra berkocak hebat. Masih keliru dengan apa yang telah terjadi sekarang. Ariyaz tiba-tiba sahaja hadir hadiahkan penampar kepada anak orang, kemudian menyoal sama ada lelaki di hadapan mereka ini adalah Qash Arsyad atau bukan.

Qarizh terdiam. Masih dalam dilema sama ada dia patut angguk atau terus diamkan diri sahaja. Melihatkan wajah bengis Ariyaz buatkan Qarizh tertelan liur sekali. Sungguh menakutkan.

"Angguk atau geleng. Apa yang susah sangat." kata Ariyaz apabila melihat tiada sebarang respons dari lelaki di hadapannya sekarang.

Qarizh menelan liurnya sekali.

"Abang, apa yang abang merepek ni?" soal Arisha turut sama hairan. Keadaan di dalam wad semakin terasa bahangnya. Terlalu sunyi sehingga mereka boleh mendengat ASMR jantung masing-masing berdegup.

HIS IMPERFECT MEMORY (on going)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon