𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓜ℯ𝒹𝒾𝓃𝒶 50

901 51 19
                                    

Zakwan memutarkan stereng keretanya ke kanan untuk membelok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zakwan memutarkan stereng keretanya ke kanan untuk membelok. Dia masih belum menjumpai Qarizh setelah hampir seharian dia mencari bayang lelaki itu. Zakwan meraup kasar wajahnya.

Hatinya berkecamuk dengan rasa amarah yang menggunung tinggi. Dia mahu meraung, mahu menjerit, mahu melepaskan amarahnya. Namun dia tahu, itu semua tidak akan dapat mengembalikan semula Qarizh.

Zakwan memberhentikan keretanya di tepi jalan. Rahang diketap kuat menahan rasa yang mula mendidih di dalam jiwa. Kedua belah tangan diletakkan di atas stereng. Tajam matanya merenung jalan yang lenggang di hadapan sana.

Mana Qarizh pergi?

Hebat sungguh lelaki itu. Jalan kaki sahaja pun boleh hilang entah ke mana. Pakai ilmu apa sebenarnya? Bebel Zakwan dalam hati.

Seketika tangannya naik menghentak kuat stereng kereta. Rambut diraup berkali-kali. Deru nafasnya memburu seakan mahu meletup. Matanya berkilat penuh dengan rasa tidak puas hati.

"Arghhh!" raungnya geram. Wajah diraup kasar dengan mata yang bersinar tajam. Dia sangat-sangat serabut sekarang!

Lelaki itu menyandar lesu pada penyandar kerusi. Keluhan berat terlepas keluar dari celahan bibir nipis lelaki itu. Dia membuang pandang ke luar tingkap dengan wajah yang kecewa.

Zakwan mengetap kuat giginya. Kedua belah tangan turut dikepal kuat menahan rasa sehingga kuku jarinya memutih. Urat-urat timbul di lengannya yang berwarna sawo matang.

Matanya mula terasa panas. Kecewa dengan apa yang telah terjadi. Wajahnya tegang namun dalaman lelaki itu sudah lumat ditumbuk aturan takdir. Segala rancangannya musnah dalam sekelip mata.

Zakwan pejam erat kedua belah mata. Dia tidak akan membiarkan emosi menguasai tubuhnya. Rancangannya masih belum musnah secara total.

Masih ada harapan dan dia akan gunakan peluang itu sebaik mungkin walaupun pada hakikatnya peluang itu senipis kulit bawang. Macam-macam perkara boleh terjadi dalam keadaan yang sangat rumit sekarang.

Dia perlu lebih berhati-hati.

Sepasang mata itu merenung jauh. Ke arah sesuatu atau harapan yang semakin pudar. Sakit kepalanya memikirkan masalah yang nampaknya semakin rumit. Tanpa sedar lelaki itu melepaskan keluhan berat. Liur ditelan sekali.

Qarizh hilang. Sekelip mata rancangan lelaki itu musnah. Pelaku masih bebas di luar sana ataupun sedang merencana langkah seterusnya yang lebih kejam, lebih bahaya.

Tiba-tiba bukaan kelopak matanya meluas. Ada sesuatu yang menerjah fikirannya buatkan duduk Zakwan terus tegak. Otaknya ligat memikirkan perkara tersebut. Nafasnya sesak. Otaknya baru sahaja menyampaikan mesej baru yang lebih bahaya.

Dia tinggalkan Medina seorang diri di rumah.

Zakwan ketap erat giginya. Terus tangan menghentak kuat stereng kereta. Wajah diraup berkali-kali bersama bibir tidak henti-henti memaki diri sendiri.

HIS IMPERFECT MEMORY (on going)Where stories live. Discover now