Bab 6

4.7K 99 3
                                    

KERANA rasa bosan, Hadya membuat keputusan untuk keluar dari apartmentnya setelah sekian lama dia berkurung lama. Hampir 2 minggu dia berkurung, tidak keluar dan tidak pergi kerja, akhirnya dia semakin tertekan.

Selepas Fadir mengirimkan pesanan itu, lelaki itu sudah tidak berhubung lagi dengannya. Hadya merasa marah, namun mengingatkan wajah lelaki yang dia cintai itu, amarahnya mula hilang begitu sahaja.

Murahnya dia.

Angin bertiup pada malam itu membuatkan Hadya merasa sedikit tenang. Tidak sia- sia dia keluar mengambil angin di kawasan tasik yang berhampiran dengan apartment nya.

Hadya tiba tiba teringatkan akan kata kata Yuha, saat melihat dirinya keluar dari bilik apartmentnya.

"Hadya sakit ke? Yuha risau, dah 2 minggu Yuha tak nampak muka Hadya"

Kerana rasa serba salah, Hadya hanya mengangguk lalu terus berjalan meninggalkan Yuha yang mungkin terasa dengan sikap dinginnya.

Pandangannya ditundukkan ke bawah, melihat kakinya yang sedang berjalan. Walhal dia juga tidak tahu ke mana dia ingin tuju. Sedar tidak sedar, dia sudah berjalan ke sebuah mesin air yang terletak berdekatan dengan sebuah gerai yang masih lagi buka pada waktu malam.

Hadya melihat anak- anak muda yang sedang berborak keriangan. Hadya tersenyum kecil. Dia teringat akan zamannya yang bergelar mahasiswa. Kawan-kawannya yang ramai, masa itulah dia berjumpa dengan Fadir.

Dia tidak pernah tahu bahawa Fadir mempunyai seorang isteri, bahkan dia sesekali pun tidak pernah menyangka bahawa lelaki sebaik Fadir itu akan mengkhianati dirinya. Tetapi dia, sangat mudah memaafkan kesilapan lelaki itu.

Seharusnya dia membenci Fadir kerana menipu dirinya. Atau mungkin kerana dirinya terlalu takut untuk kehilangan tempat bergantung sekali lagi?

"Ah.." satu keluhan dilepaskan. Hadya memasukkan duit syiling ke dalam mesin air sebelum menekan butang yang terdapat pada mesin tersebut. Bunyi air yang jatuh hanya dibiarkan. Dia tidak mengambilnya. Terlalu penat. Dia sangat penat dengan semuanya.

Tiba- tiba Hadya merasakan satu benda suam melekat di wajahnya. Lantas dia berpaling.

Seorang lelaki sedang tersenyum kepadanya. Mata yang mempunyai iris berwarna biru. Ditambah lagi dengan tahi lalat kecil di bawah mata lelaki itu.

Hadya sering merasakan ciri-ciri khas di wajah lelaki itu sangat manis. Apatah lagi ketika lelaki itu sedang tersenyum seperti itu.

"Darian?"

Darian tergelak kecil. Reaksi wanita itu membuatkan dia merasa senang.

"Coffee panas untuk miss" ucapnya. Hadya teragak agak menyambut huluran Darian. Kini cawan kopi itu beralih tangan.

"Terima kasih" balas Hadya.

"Tak sangka dapat jumpa miss dekat sini"

Hadya mengangguk sambil mengukir senyuman. Dia juga tidak sangka dia akan bertemu lagi dengan lelaki itu.

"Come...let us talk" pelawaan Darian membuatkan Hadya mengangguk perlahan.

Entah mengapa saat melihat seraut wajah yang bersih itu, Hadya merasakan semua bebannya hilang.

Mungkin kerana lelaki itu sering muncul ketika dia mengalami kesusahan.

Dalam perjalanan mereka, Hadya sekadar memerhatikan Darian berbicara.

Lelaki itu banyak menceritakan perihal kerjanya yang terlalu banyak dan tentang keluarganya.Nampaknya, Darian mempunyai keluarga yang sangat ramai dan juga bahagia.

TENGKU DARIAN IZKAEL [C]Where stories live. Discover now