Bab 23

4.6K 101 0
                                    

TIDAK sangka!

Hadya betul betul tidak sangka! Wah! Memang Darian telah mencabar kesabarannya!

Kalau ikutkan pada kiraannya sudah seminggu sejak kes mereka bergaduh haritu. Keesokkan dari hari itu, Darian pulang ke rumahnya tanpa membawa Hadya!

Dengan alasan bahawa Hadya ingin menetap lama dengan Sofea. Cuyy! Pandai lelaki itu mengelak darinya!

Dan selama seminggu itu juga, Hadya terpaksa menyorokkan diri apabila ternampak kelibat Izqea mahupun Fadir. Turun makan pun sengaja dia buat lembap. Dah perisainya sudah tiada kini dia perlu pandai pandai survive sendiri.

Tapi ini dah melampau!

Sampai hati Darian tinggal dia! Dia isteri lelaki itu kut!

"Tak guna betul" Hadya mendengus perlahan. Batu batuan di tangannya dibaling ke dalam kolam ikan. Memikirkan permukaan kolam itu ialah seraut wajah Darian.

Mujur sekarang boleh katakan semua orang sudah kerja. Dia? Memandangkan Dina memberinya cuti selama 2 minggu, jadi sudah tentu dia akan manfaatkan sebaiknya.

Tetapi, tidak sangka 1 minggu lebih sudah berlalu dengan rasa yang sangat tidak puas hati dalam dirinya.

Bunyi kenderaan di luar membuatkan Hadya terus berdiri. Yalah, dah tinggal dia sahaja yang berada di dalam rumah. Semua pengawal yang ada mengawasi di kawasan luar rumah sahaja.

Memang begitulah rutinnya kini. Jika Izqea atau Rion balik ke rumah, dia harus membuka pintu buat mereka. Pembantu di dalam rumah sudah sibuk membuat kerja mereka di dapur.

Dan sebab mengapa Hadya rela membuat tugas itu tanpa dipinta ialah kerana dia berharap agar Darian pulang untuk menjemputnya. Ya, dia berharap.

Tanpa sebarang syak wasangka, Hadya membukakan pintu utama. Alangkah terkejut saat mendapati susuk tubuh orang yang paling dibenci berdiri di depan muka pintu.

Riak wajah Fadir yang lihat terkejut itu membuatkan Hadya terus berundur setapak. Kenapa dalam ramai ramai manusia, lelaki itu juga yang perlu ada depan mata dia?!

Fadir memandang Hadya lama. Sangat lama sehingga dia tanpa sedar mengambil langkah ke arah wanita itu.

"Its feels like you're my wife" kata kata Fadir membuatkan Hadya bengang.

"Enough of your fantasy Encik Fadir Haizam. Saya hanya tolong bukakan pintu untuk encik sahaja. Jangan anggap perkara yang bukan bukan" dingin nada Hadya berbicara.

"Hadya, saya..."

"Sudahlah Fadir. Saya penat. Awak tahu kenapa saya selalu bukakan pintu untuk orang lain walaupun saya tak nak buat benda tak berfaedah ni? Saya tunggu suami saya. Suami saya yang sah. Tengku Darian Izkael. Remember that!" Hadya memberi amaran keras. Kakinya terus mengorak langkah untuk pergi dari situ.

"Awak kahwin dengan Darian bukan sebab cinta Hadya. Awak ingat saya tak tahu yang awak dah terlanjur dengan dia? I heard everything what you said a week ago" kata kata Fadir membuatkan langkah Hadya terhenti.

"What?" Hadya berpaling menghadap Fadir. Lelaki itu senyum.

"Saya tahu. Saya dengar semuanya. I thought my ear deceived me but, Hadya I don't really mind. Saya cuma nak awak. Sama ada awak dah-"

"Fadir Haizam" keras nada Hadya menyebut nama itu. Jika dahulu nama itu sering menjadi pemanis di bibir dan telinganya. Kini apa yang dia rasa hanyalah benci dan amarah yang meluap luap.

"Don't ever. Walaupun sekali jangan pernah berharap saya untuk putus dengan Darian"

"Tapi awak kahwin denga-"

TENGKU DARIAN IZKAEL [C]Where stories live. Discover now