ULAT SAGU

106 13 0
                                    

Farhan menyedut sisa kopi ais terakhir yang dibelikan Andy seraya menyelak fail  berwarna merah yang diletakkan di atas meja.

" Tahun ni ada berapa orang semuanya?"

"Ada dua puluh enam orang semua."

Tanpa menanggapi kata Anita,Farhan menyelak satu demi satu kandungan fail yang siap dilabelkan dengan perkataan PERUBATAN itu.Meneliti setiap profil para pelajar junior yang akan melanjutkan pelajaran di universiti tersebut.Rata-ratanya lepasan matrikulasi dengan gred cemerlang.

Sepintas lalu dia membacanya namun ketika tatapan matanya jatuh kepada helaian kertas yang terakhir,mendadak kening Farhan bercantum di tengah dahi.

SP-5055 Naifa Zahra binti Abdullah.

Kenapa nama pelajar yang satu ini seperti biasa dilihat??

Naifa Zahra.....
Naifa Zahr......

"Ulat sagu???"

"Excuse me?"

Anita yang berada paling hampir dengannya menegakkan cuping telinga sebaik sahaja dua patah perkataan itu jatuh dalam relung pendengarannya dan mendadak sahaja belasan pasang mata yang berada di situ tumpah kepada mereka berdua.

" Tak ada apa-apa.But this one.." Farhan menyua fail ke arah Nazmi di sebelah sana." Don't you think she is a bit old to enroll into our faculty?"

" So? " Khan mengangkat bahu " Being old is a crime nowdays?"

" Tak adalah.."  Farhan menyahut pantas " Aku cuma risau dia tak mampu mengikuti program kita macam junior yang lain."

" Boleh sahaja dikecualikan jika keadaan tidak mengizinkan.Ini cuma minggu orientasi.Bukan latihan komando."

" Terpulang dengan mereka."

" By the way,how about your housemanship?"

"Hospital kecil sahaja.Tak adalah sibuk sangat.Bila fakulti panggil semula untuk program orientasi ni,aku anggap sahajalah sebagai suatu terapi selepas masa bekerja yang memenatkan."

" Welcome back Mr.Head Hazer.." Jimmy menghulur tangan disambut tawa kecil Farhan namun matanya tetap hinggap pada gambar profil seseorang.

What are you doing here,Ulat Sagu?

*              *                *

Ulat Sagu bernama Naifa Zahra itu adalah antara hal yang paling dikesali Farhan sehingga kini kerana setelah belasan tahun,Naifa tetap sahaja mengelak daripadanya dan jika bertembung pandangan sekalipun,dia akan membalas dengan tatapan dingin dan nanar.

Kejadian semasa kenduri Aira dua minggu lepas merupakan bukti paling nyata bahawa Naifa masih belum memaafkannya.

Naifa yang hanya setahun lebih muda dikenali Farhan sebagai anak bongsu kepada pesara guru dan kemudiannya mengambil keputusan untuk menetap di kampung.Memiliki seorang kakak yang nyata jauh lebih ramah berbandingnya.Berpindah ke sekolah menengah di mana Farhan bersekolah pada dua tahun sebelum mereka menghadapi peperiksaa  besar Sijil Pelajaran Malaysia.

Naifa secara fizikalnya agak sedikit rendah berbanding rakan sekelas dan kerana dia lebih berisi,tidak sukar untuk dia menjadi tumpuan hampir serta-merta.Malahan,raut wajahnya yang selalu tampak kelam-kabut dan seperti hendak menangis itu membuatkan Farhan tersenyum sendiri kadang kala.Jarang sekali Farhan melihatnya di kantin dan berbeza dengan pelajar lain yang hatta ke tandas sekali pun memerlukan sekurang-kurangya seorang teman,Naifa cenderung bersendirian.

My Dear LoserWhere stories live. Discover now